Tanda-tanda dan gejala

Petunjuk tanda-tanda dan gejala autisme berbeza bagi setiap individu.

Gejala yang lazim terdapat pada orang dengan autisme adalah yang zahir manakala gejala yang luar biasa mungkin terlepas pandang sebagai tanda autisme. Beberapa tanda autisme terbatas kepada perkara atau topik tertentu, pilihan untuk bermain sendiri atau pengulangan pertuturan dan bunyi (echolalia). Kanak-kanak kecil akan mula menunjukkan tanda-tanda autisme pada awal pembangunan mereka, yang mungkin berterusan dari semasa ke semasa. Gejala autisme pada kanak-kanak perempuan mungkin berbeza daripada lelaki, manakala gejala yang lain hanya didiagnosa pada usia remaja atau dewasa mereka.

Apakah Echolalia?

Echolalia adalah pengulangan sebutan yang tidak disengajakan dan bukan pertuturan yang biasa ditutur. Terdapat dua jenis echolalia – segera dan tertunda.

Echolalia segera berlaku serta-merta. Sebagai contoh, orang dengan autisme mengulangi arahan sejurus selepas mendengarnya walaupun tidak semestinya mematuhinya.

Echolalia tertunda berlaku selepas mendengar perkataan yang ditutur dalam percakapan. Sebagai contoh, orang dengan autisme mungkin tiba-tiba mengulangi sesuatu perkataan beberapa jam, hari, atau mungkin beberapa minggu selepas perkataan/frasa itu didengar.

Berikut contoh mudah untuk membantu memahami gejala ini:

Dalam permainan ‘The Broken Telephone’, mesej dibisikkan daripada seorang ke seorang dan mesej tersebut diputarbelitkan sepanjang penyampaiannya. Echolalia berlaku seperti itu, dimana minda menerima mesej yang tidak difahami sepenuhnya, seterusnya mencong dan diulangi pula dengan mesej yang berbeza

Gejala umum

Dalam erti kata yang lebih umum, gejala autisme wujud tetapi tidak terhad kepada kriteria berikut yang berdasarkan Panduan Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5). Buku panduan ini merupakan salah satu sumber utama yang digunakan oleh profesional penjagaan kesihatan apabila mendiagnosa orang dengan autisme.Kriteria ini mungkin terdapat pada setiap pangkal umur dan memerlukan saringan khusus untuk pengesahan.

Sila berunding dengan profesional penjagaan kesihatan untuk memutuskan langkah seterusnya untuk anak anda atau diri anda sendiri.

Gejala umum

Gejala-gejala Contoh
Masalah dengan isyarat dan tindak balas sosial
  • Cara berinteraksi sosial yang aneh
  • Kemahiran berbual yang serba kekurangan
  • Perkongsian minat dan emosi yang terhad.
Masalah dengan komunikasi bukan lisan
  • Masalah dengan hubungan pandanga
  • Cabaran dalam menggunakan dan mentafsir bahasa gerak-geri seseorang
  • Corak pertuturan yang pelik
  • Perubahan air muka atau reaksi yang pelik dalam situasi tertentu
Masalah dengan kesedaran sosial dan memahami hubungan.
  • Kesukaran menyesuaikan tingkah laku dengan situasi sosial;
  • Masalah memulakan atau mengekalkan persahabatan
  • Kurang minat terhadap orang lain.
Pertuturan, pergerakan, dan permainan yang tidak normal.
  • Penggunaan bahasa yang terlalu formal
  • Mengulangi lagu atau dialog secara berlebihan
  • Terlibat dalam tingkah laku berulang seperti mengasah gigi atau wajah mengejek
  • Berulang kali membuka dan menutup pintu.
Keasyikan dengan objek atau topik tertentu
  • Penumpuan minat kepada objek ganjil
  • Ketidaksanggupan melampau untuk menerima kualiti yang kurang sempurna
  • Kegigihan kepada bahagian objek yang kecil atau tidak relevan.
Ritual dan penentangan terhadap perubahan.
  • Mengikuti rutin yang tegar
  • Tingkah laku yang berceloteh atau hanya berdiam diri yang diulang-ulang
  • Penentangan kuat kepada perubahan dalam rutin atau cara dia berfikir
Tingkah laku berderia yang luar biasa
  • Keasyikan kepada sensasi dan tekstur
  • Tindak balas ganjil kepada rangsangan deria
  • Cara luar biasa menerokai rangsangan deria untuk objek-objek tertentu

Menentukan tanda-tanda sebagai gejala autisme

Jika anda mengesyaki bahawa tanda-tanda ini menunjukkan autisme, anda disyorkan untuk membuat temu janji dengan pengamal perubatan untuk penilaian. Perlu diambil kira bahawa melihat satu atau dua tanda-tanda sahaja tidak bermakna seseorang itu autistik.

Memahami lebih lanjut tentang autisme dan tingkah laku serta sifat yang berbeza yang menyertainya adalah penting. Ini membantu dalam mendiagnosa yang tepat dan mencari sokongan dan terapi yang sesuai.

Untuk maklumat lanjut tentang penilaian dan proses mendiagnosa autisme, lihat bahagian seterusnya.

Autisme dalam kanak-kanak

Ibu-bapa mungkin mula mengesan tanda-tanda, atau ‘bendera merah’, autisme pada kanak-kanak seawal umur enam bulan hingga tiga tahun, terutamanya kepincangan pada pencapaian perkembangan mereka, seperti berikut:

  • Tiada berceloteh , menunjuk dengan jari atau bergerak isyarat lain pada usia 12 bulan.
  • Tiada menggunakan perkataan yang bermakna pada usia 18 bulan.
  • Tiada menggunakan frasa dua perkataan spontan (tidak berulang) menjelang 24 bulan.

Berikut beberapa tanda dan gejala autisme pada anak anda yang perlu diberi perhatian:

Usia 6 hingga 11 bulan:
Aspek Pembangunan Bendera Merah
Pertuturan dan kegunaan perkataan
  • Lewat/tidak berceloteh atau membebel pada usia 10 bulan.
Pergaulan sosial tingkah laku
  • Hubungan pandangan yang lemah/kurang berlaku
  • Tiada gerak isyarat / gerakan terhad selama 10 bulan.
  • Biasanya tidak cuba mendapatkan perhatian sepanjang usia 9 bulan.
  • Tiada tindak balas apabila dipanggil dengan namanya sepanjang usia 10 bulan.
  • Jarang tersenyum apabila didekati oleh ibu-bapa atau penjaga.
Bermain tahap pemahaman
  • Tiada menunjukkan minat untuk bermain.
  • Tidak perasan jika objek/mainan menarik diambil daripadanya – dalam linkungan usia 9 bulan
Pergerakkan Kecekapan tangan
  • Kelewatan keupayaan berguling, duduk dan merangkak (tetapi tidak sering berlaku)
Usia 12 hingga 18 bulan:

Pergerakkan & Kecekapan tangan Kelewatan keupayaan berguling, duduk dan merangkak (tetapi tidak sering berlaku).

Usia 2 hingga 3 tahun:
Aspek Pembangunan Bendera Merah
Pertuturan dan kegunaan perkataan
  • Tiada perkataan yang bermakna/ hanya satu perkataan.
  • Ungkapan yang biasa digunakan
  • Istilah khas yang hanya dia memahami.
  • Banyak perkataan yang dibuat-buat.
  • Echolalia.
  • Tidak upaya memahami arahan mudah yang melibatkan dua langkah.
Pergaulan sosial tingkah laku
  • Tidak upaya menguruskan diri walaupun cara sederhana.
  • Tidak mengambil berat hal orang lain
  • Terjerat dalam kepompong ‘dunia sendiri’.
  • Lembap memulakan interaksi sosial.
  • Permulaan hubungan hanya untuk memenuhi keperluan
  • Tidak segera membalas apabila dipanggil namanya.
  • Tidak berminat dengan orang lain.
  • Tidak pandai meniru
  • Tidak terbuka mempamerkan kasih sayang/kurang senang dengan pelukan.
  • Hubungan pandangan yang lemah/kurang berlaku
  • Tiada gerak isyarat / gerakan terhad.
  • Jarang menunjukkan ke arah sesuatu dengan menuding jari
  • Tidak memandang ke arah anda menunjuk.
  • Pergerakan yang dilakukan berulang kali
Bermain tahap pemahaman
  • Tidak berkhayal apabila bermain dengan permainan
  • Bermain bersendirian atau mainan sehaluan dengannya
  • Tiada permainan simbolik, seperti main masak-masak
  • Tiada permainan dalam pakatan
Pergerakkan & Kecekapan tangan Mungkin berlaku atau mungkin terlewat.
Usia 5 tahun keatas:
Aspek Pembangunan Bendera Merah
Pertuturan dan kegunaan perkataan
  • Nada suara yang membosankan
  • Maklumat berlebihan diutarakan tentang topik-topik yang diminati sendiri
  • Hanya bertutur kepada orang lain tanpa memberi peluang untuk berkomunikasi dua-hala
  • Tindak balas yang kasar dan tidak sesuai.
Pergaulan sosial tingkah laku
  • Kekurangan tindak balas terhadap air muka atau perasaan orang lain
  • Kekurangan respons terhadap panggilan nama sendiri walaupun tiada masalah pendengaran
  • Sukar memahami niat orang lain; mungkin menganggap sesuatu secara literal dan tidak memahami kiasan
  • Keengganan luar biasa terhadap permintaan orang lain.
  • Kurang arif terhadap keperluan ruang peribadi orang lain, atau tidak bertolak ansur dengan pencerobohan ruang peribadi mereka
  • Desakan berlebihan untuk mengikut agenda sendiri
  • Tidak gemar perubahan (boleh membawa kepada keresahan atau tekanan lain)
  • Tindak balas emosi yang berlebihan dan melampau
Bermain tahap pemahaman
  • Ketidakupayaan untuk berkongsi dalam permainan sosial atau menimba idea orang lain
  • Permainan bersendirian
  • Kekurangan permainan khayalan atau kreatif yang boleh disesuaikan, walaupun adegan yang terpapar pada media visual itu boleh dilakonkan semula
  • Pengharapan melangit bahawa kanak-kanak lain harus mematuhi peraturan permainannya
  • Permainan berulang dan berorientasikan objek dan bukannya orang
  • Reaksi berlebihan atau kurang terhadap rangsangan deria (tekstur, bunyi, bau)
  • Tindak balas yang berlebihan terhadap bau, rasa, tekstur, rupa makanan atau trend makanan yang melampau.
  • Alpa kepada situasi yang disukai kebanyakan kanak-kanak
Pergerakkan Kecekapan tangan
  • Pergerakan ‘stereotaip’ berulang (mengepakkan tangan, badan berayun semasa berdiri, berputar, menjilat jari)
  • Kurang berlaku gerak isyarat yang bersepadu, perubahan air muka, orientasi badan dan hubungan pandangan
  • Absence of joint attention (lack of gaze switching in conversations, following a point (looking at the person’s hand rather than the object pointed to), using pointing at or showing objects to share interest.)

Summarised from: “AUTISM IN SHORT: A Handbook For Parents” by Dr. Subhashini Jayanath.

  • Mungkin berlaku atau mungkin terlewat

Autisme dalam kanak-kanak perempuan

Sebelum ini telah dinyatakan bahawa setiap orang dengan autisme mengalami gejala autisme yang berbeza. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor dan jantina adalah salah satu daripadanya. Autisme mungkin hadir secara berbeza pada kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.

Gadis dengan autisme sering bergelut dengan stereotaip yang dilemparkan dan jangkaan negatif masyarakat yang tidak faham tentang autisme. Apabila mereka menangis teresak-esak diwaktu mengalami kekecewaan, ini dilihat sebagai kegagalan mengawal emosi. Keterampilan mereka yang terlalu kemas mungkin menyembunyikan tanda-tanda autisme. Minat seperti membela haiwan atau membaca dilihat sebagai perkara biasa, dan tidak dikaitkan dengan autisme. Mereka mungkin mengulangi aktiviti seperti membaca atau membuat kerja rumah dengan sempurna, yang boleh menyebabkan keresahan dalam situasi tertekan.

Gadis-gadis seperti ini menyembunyikan perasaan sebenar mereka kerana mengkhuatiri kebolehan untuk menyesuaikan diri. Mereka berjaya di sekolah tetapi menghadapi cabaran di rumah apabila bertindak dengan perangai sebenar mereka. Mereka menghargai persahabatan tetapi sukar menyesuaikan diri dalam kumpulan, kadangkala berasa tersisih atau dibuli. Mereka mempelajari peraturan sosial dengan memerhatikan orang lain dan mungkin mempamerkan keunikan mereka dengan bertindik berlebihan atau mewarnakan rambut.

Perjuangan emosi mereka akan lebih mencabar apabila tiba akil baligh dan kedatangan haid boleh memudaratkan kerana kepekaan deria. Mengurus kedatangan haid memerlukan perbelanjaan yang lebih dan turut mencabar – sesuatu yang perlu diberi perhatian apabila menyokong mereka yang terjejas.

Para gadis mungkin menunjukkan tanda-tanda autisme dalam pelbagai aspek seperti berikut:

Gejala-gejala Contoh
Persahabatan
  • Menjalinkan persahabatan yang akrab
  • Tidak senang dengan pertelingkahan
  • Lebih suka bermain sendiri
Alam sekolah
  • Sukar menerima perubahan antara bilik darjah
  • Tidak selesa menghadiri perhimpunan sekolah kerana bercampur gaul dengan ramai orang
  • Berkeupayaan mengesan corak dan/atau membuat keputusan tentang perkara tertentu tanpa kecondongan kemana-mana pihak.
Keresahan
  • Ketidakhadiran yang berpanjangan dari sekolah
  • Menghidap gangguan pemakanan
  • Keresahan menjelma kepada gejala fizikal seperti pening kepala, sakit perut dan lain-lain
Terlalu mengikut perasaan
  • Gemar berpura-pura menjadi kucing (atau haiwan lain)
  • Menghargai mainan lembut/boneka dan bermain dengannya lebih lama daripada rakan sebaya
  • Mempunyai perwatakan lebih muda daripada segi emosi dan sosial jika dibandingkan dengan rakan mereka.
Menerima dan menghantar rangsangan deria
  • Rangsangan deria terhadap pakaian, sentuhan, bunyi atau bau melahirkan tindak balas yang berdaya
  • Tiada keupayaan membezakan antara sensasi fizikal pada tubuh dengan rangsangan sensasi emosi
  • Mengelakkan mandi, memberus atau menyikat rambut dan memberus gigi oleh kerana rangsangan deria.
Pergaulan sosial
  • Mengakui diri sebagai ‘Emo’ (terlalu mengikut perasaan) atau ‘Geek'(orang yang canggung dan tidak pandai bergaya), atau bentuk unggul lain.
  • Minat yang mendalam dalam topik biasa amalan hidup rakan sebaya mereka (budaya pop, rancangan TV, dll.)
  • Kecenderungan untuk meraih populariti dengan memberi jawapan yang mereka anggap orang mahu dengar.
Ketidakmampuan bergerak ekoran autisme
  • Kesukaran menerima peraturan
  • Sukar merancang sesuatu cara keseluruhan tanpa memecahkannya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.
  • Tidak suka diganggu apabila memfokus kepada sesuatu yang mendalam.
Lain-lain
  • Gemar mengumpul dan menikmati barang-barang yang dikumpul
  • Bermasalah menerima arahan dan mencari hala tuju
  • Pilihan pemakanan terhad

Sumber: “Autism, Girls Keeping It All Inside” oleh Rangkaian gadis dengan autisme (Autistic Girls Network – AGN)

Bahagian Seterusnya:

Hubungi Kami!