Pinjaman bank dan kredit

Siri Mengurus Wang

Kad debit, kad kredit, pemindahan wang atas talian dan E-dompet

Bank, akaun bank dan perbankan atas talian

Penjimatan & Belanjawan

Lindungi diri anda daripada terkena ‘scam’

Memahami tentang insurans

Apakah pinjaman bank?

Pinjaman berlaku apabila anda meminjam wang daripada bank. Anda membuat persetujuan untuk membayar balik wang yang dipinjam kepada bank, berperingkat-peringkat, termasuk jumlah faedah, setiap bulan.Sebagai contoh, jika anda ingin membeli rumah yang berharga RM 300,000, tetapi anda tidak mempunyai wang yang cukup sekarang, anda boleh memohon fasiliti pinjaman daripada bank. Bersandarkan kepada pendapatan dan kemampuan anda pihak bank akan memutuskan tentang jumlah wang yang mereka boleh pinjamkan kepada anda dan anda menggunakannya untuk membeli rumah tersebut.

Apakah Kos faedah?

Faedah ialah wang tambahan yang anda bayar kepada bank untuk meminjamkan wang kepada anda. Kos faedah ini seperti upahan untuk menggunakan kemudahan wang mereka.

Apabila anda mendapat kelulusan pinjaman, bank akan memberitahu anda berapa banyak faedah setahun yang anda perlu bayar. Faedah ini biasanya merupakan peratusan daripada jumlah keseluruhan pinjaman.

Jika peminjam tidak menunaikan pembayaran tepat pada waktu yang ditetapkan, mungkin terdapat lebih banyak caj ditambah kepada kos faedah.

Apakah skor kredit?

Skor kredit adalah angka yang menunjukkan tahap keyakinan yang boleh diberikan keatas kebolehan membayar balik wang yang anda pinjam. Tahap keyakinan ini membantu bank dan pemberi pinjaman memutuskan sama ada mereka boleh mempercayai anda untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Skor kredit kadangkala dikenali sebagai penarafan kredit. Skor kredit anda adalah berdasarkan sejarah kredit anda.

Apakah Sejarah kredit?

ejarah kredit adalah rekod keseluruhan pinjaman anda dan apakah status pembayaran semula pinjaman tersebut. Ia termasuk:

  • Pinjaman: Wang yang telah anda pinjam.
  • Kad kredit: Cara anda menggunakan dan membayar perbelanjaan kad kredit anda.
  • Pembayaran terlepas atau lewat: Sebarang pembayaran yang anda tidak buat tepat pada waktu yang ditetapkan.

Mengapakah Skor kredit penting?

Jika anda mempunyai skor kredit yang baik, mungkin lebih mudah untuk meminjam wang daripada bank. Anda mungkin mendapat kadar faedah dan terma yang lebih baik untuk jenis pinjaman tertentu.

Jika anda mempunyai skor kredit yang buruk, mungkin lebih sukar untuk meminjam wang daripada bank. Anda mungkin perlu membayar kadar faedah yang lebih tinggi atau permohonan pinjaman anda boleh ditolak.

Akibat Skor kredit buruk

  • Lebih sukar mendapat pinjaman : Pihak bank mungkin keberatan untuk meminjamkan wang kepada anda.
  • Kadar faedah lebih tinggi : Sekiranya pinjaman anda diluluskan, anda mungkin perlu membayar kadar faedah yang lebih tinggi, yang bermaksud terpaksa membayar jumlah yang lebih banyak dari semasa ke semasa.
  • Cabaran kewangan lain : Anda mungkin menghadapi masalah menyewa rumah, memohon pekerjaan (kerana terdapat majikan yang merujuk skor kredit pemohon pekerjaan), atau mendaftar untuk perkhidmatan utiliti seperti elektrik dan air.

Cara mengekalkan Skor kredit yang baik

Bayar bil tuntutan pembayaran tepat pada masanya:

  • Sentiasa bayar pinjaman anda, bil kad kredit dan bil lain tepat pada waktu yang ditetapkan.
  • Pembayaran lewat boleh menjejaskan skor kredit anda.

Gunakan kredit dengan bijak:

  • Hanya pinjam apa yang anda mampu bayar balik.
  • Jangan maksimumkan had perbelanjaan kad kredit anda.

Pantau laporan kredit anda:

  • Laporan kredit adalah kad laporan sejarah kredit anda.
  • Kerapkan menyemak laporan kredit anda untuk memastikan tiada kesilapan.
  • Di Malaysia anda boleh mendapatkan laporan kredit percuma daripada agensi seperti CTOS atau CCRIS

Educate Yourself

  • The Agensi Kounseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) can be a valuable resource. They provide financial education modules, materials, and tips on proper credit use and money management for individuals and businesses, helping you build a better financial future.

Bagaimanakah pinjaman bank boleh berguna?

  • Pinjaman boleh memberi anda wang untuk kegunaan masa yang singkat atau lama.
  • Pinjaman boleh membantu anda membeli sesuatu yang mahal, seperti rumah.

Nasihat penting

Mengambil pinjaman bank adalah langkah yang penting. Jika anda berhasrat untuk membuat pinjaman, berbincang terlebih dahulu dengan seseorang yang lebih memahami tentang pinjaman dan yang anda percayai

Bagaimana pinjaman berfungsi?

Katakan anda ingin membeli rumah di Malaysia. Rumah itu berharga RM 300,000, tetapi anda tidak mempunyai keseluruhan jumlah tersebut buat masa sekarang. Anda boleh mendapatkan pinjaman daripada bank untuk membantu anda membeli rumah tersebut.

Inilah yang mungkin berlaku:

Mendapatkan Pinjaman:

  • Anda pergi ke bank dan meminta pinjaman berjumlah RM 300,000 untuk membeli rumah tersebut.
  • Bank tidak akan memberikan anda jumlah keseluruhan. Biasanya pihak bank akan memberi anda sebahagian daripada jumlah harga rumah tersebut.

 

Contohnya:

Jumlah pinjaman: 75% daripada RM300,000 = RM225,000

Baki: RM300,000 – RM225,000 = RM75,000

Kadar Faedah:

  • Bank memberitahu anda kadar faedah semasa mereka adalah 5% setahun.
  • Ini bermakna anda membayar tambahan 5% setiap tahun ke atas baki jumlah yang anda pinjam

Bayaran Bulanan:

  • Anda bersetuju untuk membayar balik pinjaman selama 10 tahun.
  • Bank akan memberitahu anda berapa banyak yang perlu anda bayar setiap bulan

Perkara penting untuk diambil kira

Pinjaman boleh membantu anda membeli barangan yang anda perlukan, seperti kereta atau rumah, jika anda tidak mempunyai jumlah keseluruhan harga barangan tersebut sekarang.

Perlu ingat:

  • Ketahui Kos: Fahami kos pinjaman anda setiap bulan dan kos keseluruhan yang perlu dibayar.
  • Mampukah anda membayar?: Pastikan anda mampu menjelaskan bayaran bulanan.
  • Bayar balik tepat masa: Anda perlu membayar balik pinjaman dengan faedah.
  • Faedah bertambah: Ingat bahawa semakin lama anda mengambil masa untuk menjelaskan bayaran pinjaman, semakin banyak jumlah yang anda perlu bayar secara keseluruhan disebabkan kos faedah yang bertambah.

Memahami perkara ini akan membantu anda membuat keputusan kewangan yang bijak.

Hubungi Kami!