Kad debit, kad kredit, pemindahan wang atas talian dan E-dompet

Kad debit

Kad debit adalah kad untuk berurus kewangan yang diberi oleh pihak bank apabila anda membuka akaun bank anda.

Perkara utama tentang kad kredit:

Akses ATM:

  • Gunakan kad debit anda untuk mengeluarkan wang tunai daripada akaun bank anda di mesin ATM.

Pembelian barang:

  • unakan kad debit anda bagi membayar untuk pembelian barang dengan pembayaran tanpa sentuh atau dengan memasukkan PIN anda.

Dipautkan ke akaun bank anda:

  • Kad debit disambungkan terus ke akaun bank peribadi anda.

Sumbernya wang anda sendiri:

  • Apabila anda menggunakan kad debit, sumber wang itu datang terus daripada akaun bank anda.

Tiada caj faedah

  • Memandangkan anda membelanjakan wang anda sendiri, anda tidak membayar sebarang faedah.

Transaksi segera:

  • Pembayaran dan pengeluaran wang tunai dikeluarkan serta-merta daripada akaun bank anda.

Kad kredit

Kad kredit berfungsi sebagai alat yang memudahkan pinjaman kepada anda bagi membeli barangan atau membayar bil, tetapi pinjaman perlu anda bayar balik.

Anda boleh memohon kemudahan kad kredit daripada bank dimana anda mempunyai akaun. Anda boleh juga memohon kemudahan kad kredit daripada syarikat kewangan lain.

Apakah maksud kredit?

  • Kredit adalah kemudahan kewangan yang membolehkan anda membeli barangan dan membayarnya pada kemudian hari yang ditetapkan.

Perkara utama tentang kad kredit:

Pinjaman wang:

  • Kad kredit memudahkan anda meminjam wang daripada bank untuk jangkamasa yang dipersetujui dan pembayaran perlu dibuat pada had tertentu.

Bil bulanan:

  • Setiap bulan, anda akan menerima bil untuk jumlah yang telah anda belanjakan. Anda boleh memilih untuk membayar jumlah penuh atau sebahagian daripadanya dibayar berperingkat.

Caj faedah:

  • Anda mesti membayar sekurang-kurangnya jumlah minimum yang ditetapkan pada bil kad kredit anda atau akan dikena caj faedah yang tinggi.

Had kredit:

  • Anda mempunyai jumlah maksimum yang boleh anda pinjam, dikenali sebagai had kredit anda.

Bina sejarah kredit:

  • Menggunakan kad kredit secara bertanggungjawab boleh membantu membina sejarah kredit yang baik.

Apakah maksud Sejarah Kredit?

  • Sejarah kredit anda adalah rekod terperinci tentang bagaimana anda mengurus wang yang dipinjam dan membayarnya semula.

  • Ini termasuk maklumat tentang pinjaman anda, kad kredit dan bentuk kredit lain yang telah anda gunakan, serta sejarah pembayaran anda.

  • Ketahui lebih lanjut tentang pinjaman dan kad kredit dalam bahagian Kad Debit dan Kredit, Pembayaran atas talian dan E-Dompet serta Pinjaman dan Kredit

    Ringkasan perbezaan antara kad debit dan kad kredit

    Ciri Kad debit Kad kredit
    Sumber kewangan Akaun bank anda sendiri Pinjaman daripada bank

    faedah

    Tiada bayaran faedah

    Anda akan dikena caj faedah jika tidak membayar pinjaman sepenuhnya pada waktu yang ditetapkan

    Had berbelanja

    Jumlah baki dalam akaun bank anda

    Akan ditetapkan oleh bank

    Bil bulanan:

    Tiada bil bulanan

    Bil bulanan akan dikeluarkan

    Ganjaran

    Jarang diberi ganjaran

    Ganjaran dalam bentuk ‘points’ atau pemberian tunai akan diberi daripada masa ke semasa

    Pengeluaran wang tunai di ATM

    Tiada yuran perlu dibayar (tertakluk kepada polisi bank)

    Yuran dan caj faedah akan menjadikan pengeluaran wang tunai tersebut lebih mahal

    Pengeluaran wang tunai di ATM

    Tidak memberi kesan kepada kiraan mata kredit

    Sikap bertanggungjawab akan membaikkan kiraan mata kredit

    Apakah maksud Kiraan mata kredit?

    Kiraan mata kredit atau credit score adalah angka yang menunjukkan tahap betapa baiknya anda membayar balik pinjaman anda. Kiraan ini membantu pihak bank memutuskan sama ada mereka harus berpuas hati dengan tabiat meminjam dan membayar balik anda dan terus memberi pinjaman atau memberi anda kemudahan kad kredit.

      • Kiraan mata kredit yang tinggi: Bermakna anda membayar balik wang tepat pada waktu yang ditetapkan dan bertanggungjawab dengan pembayaran pinjaman.
      • Kiraan mata kredit rendah: Bermakna anda mungkin menghadapi masalah membayar balik pinjaman tepat pada waktunya.

    Perkara penting yang perlu diingat tentang penggunaan kad kredit

    • Apabila anda membeli sesuatu menggunakan kad kredit, bermakna pihak bank meminjamkan jumlah tersebut kepada anda.
    • Anda perlu menjejaki perbelanjaan anda dan membayar bil apabila menerimanya.
    • Jika anda terlepas pembayaran atau tidak dapat membayar bil anda, ia boleh menyukarkan untuk meminjam wang daripada bank pada masa hadapan.
    • Jika menghadapi masalah membayar bil kad kredit anda, berbincang dengan pihak bank atau pembekal perkhidmatan kad kredit anda untuk mendapatkan bantuan.

    Pembayaran dengan menggunakan kad debit atau kad kredit di Malaysia

    Membayar sendiri
    • Di kedai atau pasar raya: Berikan kad anda kepada juruwang atau ketuk dengan perlahan pada mesin pembaca kad untuk pembayaran tanpa sentuh.
    • Daftarkan PIN: IJika diminta, masukkan PIN 6-angka pada mesin pembaca kad
    • Resit: Ambil resit setelah pembayaran berjaya dilaksanakan.
    Membayar atas talian
    • Pilih barangan: Pilih barangan yang anda ingin beli yang terdampar di laman sesawang.
    • Checkout : Pergi ke halaman checkout.
    • Masukkan butiran kad: Isikan nombor kad anda, tarikh luput dan CVV (kod tiga angka di belakang kad).
    • Sahkan pembayaran: Ikut arahan di laman sesawang untuk mengesahkan pembayaran.
    • Kod pengesahan: Anda mungkin menerima kod yang dihantar ke telefon bimbit atau e-mel anda, atau pemberitahuan melalui aplikasi bank untuk melengkapkan pembayaran.
    • Pengesahan pesanan: Anda akan mendapat mesej pengesahan apabila pembayaran berjaya.
    Petua keselamatan untuk menggunakan e-dompet
    • Pastikan keselamatan kad anda: Sentiasa simpan kad anda di tempat yang selamat.
    • Pantau perbelanjaan: Semak penyata bank atau perbankan dalam talian anda dengan kerap untuk memantau perbelanjaan anda.
    • Minta bantuan: Jika anda keraguan tentang apa-apa perkara, minta bantuan orang yang dipercayai.

    Pembayaran dengan menggunakan kad debit atau kad kredit di Malaysia

    • Di kedai atau pasar raya: Berikan kad anda kepada juruwang atau ketuk dengan perlahan pada mesin pembaca kad untuk pembayaran tanpa sentuh.
    • Daftarkan PIN: Jika diminta, masukkan PIN 6-angka pada mesin pembaca kad
    • Resit: Ambil resit setelah pembayaran berjaya dilaksanakan.
      Membayar atas talian
    Membayar atas talian
    • Pilih barangan: Pilih barangan yang anda ingin beli yang terdampar di laman sesawang.
    • Checkout : Pergi ke halaman checkout.
    • Masukkan butiran kad: Isikan nombor kad anda, tarikh luput dan CVV (kod tiga angka di belakang kad).
    • Sahkan pembayaran: Ikut arahan di laman sesawang untuk mengesahkan pembayaran.
    • Kod pengesahan: Anda mungkin menerima kod yang dihantar ke telefon bimbit atau e-mel anda, atau pemberitahuan melalui aplikasi bank untuk melengkapkan pembayaran.
    • Pengesahan pesanan: Anda akan mendapat mesej pengesahan apabila pembayaran berjaya.
    Petua keselamatan untuk menggunakan e-dompet
    • Pastikan keselamatan kad anda: Sentiasa simpan kad anda di tempat yang selamat.
    • Pantau perbelanjaan: Semak penyata bank atau perbankan dalam talian anda dengan kerap untuk memantau perbelanjaan anda.
    • Minta bantuan: Jika anda keraguan tentang apa-apa perkara, minta bantuan orang yang dipercayai.

    Pengunaan e-dompet

    Jenis-jenis e-dompet

    E-dompet adalah cara pembayaran tanpa sentuh dan tanpa wang tunai bagi membayar untuk perkhidmatan dan barangan yang anda beli di Malaysia.

    Ini adalah antara e-dompet yang paling biasa digunakan di Malaysia:

    Tempat untuk digunakan:

    Pengangkutan awam, tol jalan raya, kedai jualan runcit dan pasar raya.

    Faedah:

    Pulangan tunai, diskaun dan promosi khas. Sesuai untuk perjalanan harian

    Tempat untuk digunakan:

    Tempahan kereta Grab, penghantaran makanan dan pembekal runcit.

    Faedah:

    Dapatan mata untuk diskaun dan tempahan kereta percuma

    Tempat untuk digunakan:

    Kedai, beli-belah atas talian dan membayar bil utiliti.

    Faedah:

    Pulangan tunai, Syiling Boost untuk ganjaran dan tawaran istimewa

    Tempat untuk digunakan:

    Beli-belah atas talian, pembayaran dalam kedai dan transaksi luar negara.

    Faedah:

    Kadar pertukaran yang baik, faedah melancong dan ganjaran.

    Tempat untuk digunakan:

    Beli-belah atas talian Shopee dan beberapa kedai fizikal.

    Faedah:

    Dapatan Syiling Shopee, dapatan pulangan tunai dan diskaun eksklusif

    Tempat untuk digunakan:

    Kedai, beli-belah atas talian dan membayar bil utiliti.

    Faedah:

    Pulangan tunai dan tawaran Istimewa

    Manfaat penggunaan e-dompet

    Kemudahan:

    Pembayaran mudah: Bayar dengan cepat menggunakan telefon bimbit anda.
    Tidak perlu wang tunai: Tidak perlu membawa wang tunai, lebih selamat dan kebersihan terkawal

    Ganjaran dan promosi

    Pulangan Tunai: Dapatan wang kembali apabila anda membeli sesuatu.
    Mata kesetiaan (loyalty points) : Dapatan mata untuk diskaun dan ganjaran.

    Transaksi selamat

    Keselamatan: Kaedah pembayaran selamat melindungi wang anda.
    Jejaki Perbelanjaan: Semak perbelanjaan anda dalam aplikasi

    Berurus belanjawan

    Kewaspadaan perbelanjaan: Disediakan pemberitahuan untuk setiap pembayaran.
    Penjejakan perbelanjaan: Semak dan urus perbelanjaan anda dengan mudah.

    Penerimaan menyeluruh

    Penerimaan luas: Penerimaan e-dompet di banyak kedai, restoran dan atas talian.
    Perkhidmatan bersepadu: Bayar untuk pengangkutan, makanan dan bil perkhidmatan semuanya dalam satu aplikasi.

    Penggunaan e-dompet untuk pembayaran di Malaysia

    Bayar sendiri menggunakan e-dompet
    1. Pilih aplikasi e-dompet: Buka aplikasi e-dompet yang telah dimuat-turun kepada telefon bimbit anda (seperti Touch ‘n Go, GrabPay atau Boost).
    2. Imbas kod QR: Imbas kod QR kedai dengan aplikasi e-dompet anda.
    3. Masukkan jumlah: Masukkan jumlah yang perlu anda bayar.
    4. Sahkan pembayaran: Sahkan pembayaran dengan mengetik butang ‘pay’.
    5. Resit: anda akan melihat mesej pengesahan pada aplikasi anda dan kadangkala anda akan mendapat resit daripada kedai/restoran terbabit.
    Membayar dalam talian dengan e-dompet
    1. Pilih item : Pilih item yang anda ingin beli di tapak web.
    2. Checkout : Pergi ke halaman checkout.
    3. Pilih e-dompet : Pilih pilihan untuk membayar dengan e-dompet anda.
    4. Imbas kod QR: Imbas kod QR kedai dengan aplikasi e-dompet anda.
    5. Masukkan jumlah: Masukkan jumlah yang perlu anda bayar.
    6. Sahkan pembayaran: Sahkan pembayaran dengan mengetik butang ‘pay’.
    7. Pengesahan pesanan: Anda akan mendapat mesej pengesahan apabila pembayaran berjaya.
    Petua keselamatan untuk menggunakan e-dompet
    • Pastikan telefon anda selamat: Sentiasa pastikan telefon bimbit dan aplikasi e-dompet anda selamat.
    • Pantau perbelanjaan: Kerap menyemak aplikasi e-dompet anda untuk memantau perbelanjaan anda.
    • Tambah Nilai: Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam e-dompet anda sebelum membuat pembayaran.
    • Minta bantuan: Jika anda tidak pasti tentang apa-apa perkara, minta bantuan orang yang dipercayai.

    Hubungi Kami!