Mengurus kewangan untuk orang autisme
Bank, akaun bank dan perbankan atas talian
Siri Mengurus Wang
Kad debit, kad kredit, pemindahan wang atas talian dan E-dompet
Pinjaman bank dan kredit
Penjimatan & Belanjawan
Lindungi diri anda daripada terkena ‘scam’
Memahami tentang insurans
- Jenis-jenis akaun bank
- Mengapa saya perlukan akaun bank?
- Apabila saya pergi ke bank, apa yang anda lihat? apa yang akan saya lihat?
- Panduan menggunakan perkhidmatan bank di Malaysia
- Mengaktifkan kad ATM dan menetapkan nombor PIN untuk bank di Malaysia
- Menggunakan Perbankan Internet
- Petua untuk kekal selamat semasa berurus perbankan atas talian atau di cawangan bank
Membuka akaun bank sendiri dan belajar cara menguruskan kewangan anda sendiri secara bertanggungjawab adalah sebahagian besar daripada pengajaran hidup berdikari. Sesiapa yang berumur lebih daripada 18 tahun dan faham akan konsep menguruskan kewangan boleh membuka akaun bank. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, ibu bapa atau penjaga boleh membantu anda membuka akaun bersama.
Maklumat berikut sebahagiannya dipetik daripada Perbankan Setiap Hari: Panduan mudah dibaca yang dikeluarkan bersama oleh Pihak Berkuasa Kelakuan Kewangan dan Persatuan Autistik Kebangsaan United Kingdom.
Jenis-jenis akaun bank
1. Akaun simpanan
- Akaun jenis ini hanya untuk menyimpan wang anda dengan selamat.
- Anda boleh mendapat faedah daripada jumlah simpanan anda.
- Anda boleh menyimpan atau mengeluarkan wang anda bila-bila masa.
Apakah maksud Faedah?
- Faedah ke atas akaun simpanan ialah jumlah upahan yang dibayar oleh pihak bank kepada anda untuk menyimpan simpanan anda bersama mereka.
-
Faedah berupa peratusan daripada jumlah simpanan anda yang ditambahkan ke akaun anda secara berkala, seperti setiap bulan atau tahun.
-
Ini adalah cara yang selamat dan mudah untuk mengembangkan wang simpanan anda.
![Asset 2](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Asset-2-2.png)
2. Akaun semasa:
- Akaun ini serupa dengan akaun simpanan, tetapi digunakan secara berbeza.
- Biasanya menawarkan sedikit atau tiada faedah ke atas wang dalam akaun anda.
- Sesuai untuk transaksi dan pengeluaran yang lebih kerap.
3. Akaun simpanan tetap:
- Akaun ini adalah bagi menyimpan wang untuk tempoh tetap, seperti jangkamasa enam bulan atau 12 bulan.
- Anda memperoleh faedah yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan.
- Anda tidak boleh mengeluarkan wang sehingga tempoh yang ditetapkan tamat.
4. Akaun bersama
- Akaun ini dikongsi oleh dua atau lebih orang – pemilik akaun.
- Semua pemilik akaun boleh memasukkan wang dan mengeluarkan wang dan boleh melihat baki dan transaksi.
- Setiap pemilik akaun bertanggungjawab ke atas akaun, termasuk membayar sebarang yuran tertentu.
Mengapa saya perlukan akaun bank?
Terdapat banyak faedah untuk mempunyai akaun bank sendiri.
Keselamatan
- Anda boleh menyimpan wang anda dengan selamat dan mengurus kewangan anda dengan mudah di satu tempat.
Akses perbankan atas talian:
- Perbankan Internet kini tersedia secara meluas, jadi anda tidak perlu kerap melawat bank untuk berurusan.
Terima dan buat pembayaran:
- Membayar bil melalui debit terus mungkin memberi anda diskaun perkhidmatan.
- Pembayaran debit langsung adalah automatik jadi anda tidak akan terlupa membayar bil.
- Jika anda seorang OKU berdaftar di Malaysia, bantuan kewangan kerajaan hanya boleh dibayar melalui akaun bank
Apakah maksud Debit Langsung?
- Debit langsung ialah kaedah pembayaran automatik terus ke akaun pembekal perkhidmatan.
-
Wang diambil terus daripada akaun bank anda untuk membayar bil atau langganan biasa.
-
Anda boleh menyediakan dan mengawal pembayaran debit langsung dengan bertanya kepada kakitangan bank, menggunakan perbankan atas talian atau menerusi telefon.
![Asset 3](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Asset-3-1.png)
Kemudahan:
- Anda boleh memiliki kad debit, yang memudahkan anda membayar sesuatu dan membeli-belah atas talian.
- Kad debit anda juga kad untuk digunakan di mesin ATM
- Anda boleh menggunakan kad ATM anda untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM di Malaysia dan kadangkala di luar negara.
Jejaki wang anda:
- Bank memberikan anda penyata, yang menunjukkan pergerakan wang yang telah dikeluarkan dan dimasukkan ke akaun anda. Gunakan ini untuk menyemak perbelanjaan anda.
Dapatkan faedah:
- Anda mungkin boleh memperoleh faedah ke atas jumlah wang dalam akaun anda.
Mempunyai akaun bank akan membantu anda menambahkan kiraan mata kredit anda. Ini boleh membantu jika pada masa hadapan anda ingin meminjam wang daripada bank atau memohon kad kredit kerana pihak bank dapat menyemak sejarah kredit anda.
Apakah maksud Sejarah Kredit?
- Sejarah kredit anda adalah rekod terperinci tentang bagaimana anda mengurus wang yang dipinjam dan membayarnya semula.
- Ini termasuk maklumat tentang pinjaman anda, kad kredit dan bentuk kredit lain yang telah anda gunakan, serta sejarah pembayaran anda.
- Ketahui lebih lanjut tentang pinjaman dan kad kredit dalam Kad Debit, Kad Kredit, Pindahan Bank Atas talian dan E-Dompet dan Mengurus Wang dengan Autisme: Pinjama
Apabila saya pergi ke bank, apa yang anda lihat?
Mesin-mesin
![Asset 4](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Asset-4-1.png)
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan dengan ATM:
- Keluarkan wang tunai:Anda boleh mengeluarkan wang daripada akaun bank anda menggunakan kad ATM anda.
- Semak baki:: Anda boleh melihat jumlah wang yang ada dalam akaun anda.
- Deposit wang tunai:: Sesetengah, tetapi bukan semua ATM, membenarkan anda memasukkan wang tunai ke dalam akaun anda.
Jika anda memerlukan bantuan menggunakan ATM, anda boleh meminta bantuan kakitangan bank. Anda biasanya boleh mengenal pasti kakitangan bank dengan pakaian seragam dan lencana nama mereka.
![Asset 6](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Asset-6.png)
Perkhidmatan di kaunter
Anda boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan kaunter dan bukannya mesin ATM. Kakitangan di belakang kaunter boleh membantu anda dengan pelbagai keperluan perbankan anda.
![Asset 7](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Asset-7.png)
Meja-meja di pejabat
Anda mungkin melihat banyak meja atau ruang pejabat kecil di cawangan bank anda. Di sinilah ahli kakitangan boleh membantu anda membuka akaun bank, memilih produk perbankan atau perkhidmatan yang lebih rumit.
Adalah lebih baik baik pergi ke kaunter terlebih dahulu. Jika perlu, seorang kakitangan akan membawa anda ke salah satu ruang pejabat kecil tersebut
Anda tidak perlu segan atau takut untuk bertanya kepada kakitangan jika anda tidak pasti tentang apa yang perlu dilakukan atau mempunyai sebarang soalan. Kehadiran mereka adalah untuk membantu anda.
![Asset 8](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Asset-8.png)
Panduan menggunakan perkhidmatan bank di Malaysia
Penolak tuntutan:
Di Malaysia, anda perlu melakukan pembukaan akaun bank di cawangan bank. Sesetengah bank mungkin membenarkan anda membuka akaun bank atas talian.
Begini caranya berfungsi:
Membuka akaun bank di cawangan bank:
Bawa MyKad anda, bukti alamat tempat tinggal dan sebarang dokumen lain yang diperlukan untuk perkenalan diri. Apabila anda sampai ke bank, ikuti langkah berikut:
- Dapatkan nombor giliran daripada Mesin Nombor Gilir atau pergi ke kaunter maklumat
- Tunggu giliran anda
- Pergi ke kaunter apabila nombor anda dipanggil
- Terangkan dengan tepat kepada kakitangan bank di belakang kaunter tentang perkhidmatan yang anda ingin lakukan.
- Selepas pemprosesan dan pengaktifan akaun, anda akan menerima butiran akaun anda dan kad ATM yang juga kad debit anda
Mengaktifkan kad ATM dan menetapkan nombor PIN untuk bank di Malaysia
1. Terima kad ATM anda:
- Apabila anda membuka akaun bank, pihak bank akan memberikan anda kad ATM.
- Anda boleh menerima kad terus menerus di cawangan atau ia mungkin dihantar kepada anda melalui pos.
- Kad ATM ini juga boleh berfungsi sebagai kad debit
Untuk maklumat lanjut tentang kad debit, sila lihat bahagian tentang Kad Debit, Kad Kredit, Pindahan Bank Atas talian dan E-Dompet .
2. Aktifkan kad ATM anda:
Untuk mengaktifkan kad anda dan menetapkan PIN, branch anda perlu melakukan proses ini di mesin ATM atau di cawangan bank anda.
Apakah maksud PIN?
-
PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) ialah kod rahsia yang anda gunakan dengan kad bank anda. Ia memastikan kad bank anda selamat dan membolehkan anda menggunakan wang anda dengan selamat. Ini fungsinya:
- Kod keselamatan: Kod in merupakan rangkaian nombor 4-6 angka yang hanya anda tahu.
- Gunakan untuk transaksi: Anda memasukkan PIN anda di mesin ATM atau semasa membuat pembelian tanpa wang tunai untuk mengesahkan yang anda pemilik tulen kad tersebut.
- Pastikan wang anda selamat: Sekiranya kad anda dicuri, pencuri tidak boleh menggunakannya tanpa mengetahui PIN anda.
Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa proses pengaktifan, minta bantuan daripada seseorang yang anda percayai atau daripada kakitangan bank. Kakitangan bank boleh membimbing anda melalui proses mengaktifkan kad ATM anda.
Menggunakan Perbankan Internet
Penolak tuntutan:
Apabila anda telah membuka akaun bank di cawangan bank, anda boleh mendaftar untuk perbankan internet. Perbankan Internet membolehkan anda menguruskan wang anda dengan mudah dari rumah.
1. Daftar untuk Perbankan Internet
- Pergi ke cawangan bank anda dan minta kakitangan bank membantu anda mendaftar untuk perbankan Internet.
- Mereka akan memberi anda nama pengguna dan kata laluan sementara.
2.Log masuk
- Layari laman sesawang bank anda.
- Masukkan nama pengguna dan kata laluan sementara yang diberikan kepada anda untuk log masuk akaun anda
3. Tukar kata laluan anda
- Atas sebab-sebab keselamatan anda akan diminta menukar kata laluan sementara anda
- Pilih kata laluan yang anda boleh ingat dengan mudah tetapi tidak boleh diteka dengan mudah.
- Jangan kongsi nama pengguna dan kata laluan anda dengan orang yang tidak dikenali.
4. Lakukan Transaksi:
- Setelah log masuk, anda boleh melihat baki wang yang ada dalam akaun anda, melihat senarai semua transaksi terbaru anda, memindahkan wang, membayar bil anda dan melakukan transaksi seterusnya.
5. Keselamatan:
- Sebagai penamat berurus dengan perbankan Internet pastikan anda log keluar apabila anda selesai transaksi.
Jika memerlukan bantuan, anda boleh menelefon bahagian perkhidmatan pelanggan bank anda, pergi ke cawangan bank anda atau pohon pertolongan orang yang boleh dipercayai.
Petua untuk kekal selamat semasa berurus perbankan atas talian atau di cawangan bank
Apabila anda telah membuka akaun bank di cawangan bank, anda boleh mendaftar untuk perbankan internet. Perbankan Internet membolehkan anda menguruskan wang anda dengan mudah dari rumah.
1. Jaga rahsia PIN anda:
- angan beritahu sesiapa PIN anda
- Hanya masukkan PIN anda ke dalam mesin, jangan sekali-kali memberitahunya kepada seseorang.
2. Lindungi maklumat peribadi anda:
- Simpan butiran peribadi dan maklumat perbankan anda untuk diri anda sendiri
- Jangan kongsi maklumat anda dengan orang yang anda tidak percayai.
3. Elakkan pautan yang mencurigakan:
- Jangan klik pada pautan yang mencurigakan yang diterima daripada SMS, e-mel atau pesanan atas talian yang lain.
- Jangan klik pada pautan hiper (hyperlink) SMS/teks yang mengubah hala anda ke tapak atau menyuruh anda memuat turun aplikasi ke telefon anda.
- Pihak bank tidak lagi akan menghantar kepada anda sebarang arahan pautan hiper yang boleh diklik melalui SMS pada telefon anda.
- Berhati-hati apabila diubah hala ke laman sesawang bukan rasmi atau mencurigakan.
- Sebagai langkah berjaga-jaga adalah paling selamat menaip alamat laman sesawang rasmi bank untuk berurusan perbankan atas talian setiap kali menggunakannya.
4. Semak penyata bank anda:
- Anda perlu rajin menyemak penyata bank anda dengan kerap.
- Pastikan semua wang yang telah keluar daripada akaun anda adalah untuk perkara yang anda kenali dan anda perlu ingat tentang perbelanjaan yang dibuat.
5. Laporkan transaksi yang tidak diiktiraf
- Jika anda melihat sebarang jumlah yang anda tidak pasti telah mengeluarkannya, beritahu kakitangan bank anda atau seseorang yang anda percayai.
6. Pastikan kad anda selamat:
- Pastikan kad debit dan kad kredit anda selamat dan terjamin.
7. Laporkan kehilangan kad:
- Jika anda kehilangan kad, beritahu kakitangan bank anda atau pembekal perkhidmatan kad tersebut.
- Kad yang hilang akan dibatalkan dan mereka akan menghantar kad baharu kepada anda
AWAS terhadap orang yang tidak dikenali berlegar di belakang anda di ATM atau yang menawarkan bantuan dengan kad “terperangkap”. Mereka melakukan ini kerana mereka mahu PIN anda mengakses akaun anda. Dalam semua keadaan, adalah lebih baik untuk menjauhkan diri dan menolaknya.
Petua-petua ini akan membantu anda kekal selamat dan melindungi wang dalam akaun anda semasa berurus perbankan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan perbankan Internet dengan selamat dan melindungi diri anda daripada penipuan, lihat bahagian kami tentang Lindungi Diri Anda Daripada Penipuan