Mengurus kehilangan pengawalan emosi dalam autisme
Mengurus kehilangan pengawalan emosi dalam autisme
Apa itu kehilangan pengawalan emosi (meltdown) dalam autisme?
Kehilangan pengawalan emosi (meltdown) adalah tindak balas emosi yang bertenaga membalas deria yang meluap. Kejadian ini berlaku apabila kanak-kanak dan remaja autisme berasa benar-benar terharu dan hilang kawalan terhadap tingkah laku mereka. Semasa kehilangan pengawalan emosi (meltdown), kanak-kanak tidak berupaya meluahkan perasaan mereka, mengakibatkan ledakan lisan seperti memekik atau menjerit, atau tindakan fizikal seperti menendang, menggigit atau memukul. Kanak-kanak dan remaja yang mengalami krisis ini sering merasakan sensasi fizikal seperti ketegangan, kesukaran bernafas, suhu badan meningkat dan penglihatan kabur.
![Asset 2@4x](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/08/Asset-2@4x-11.png)
Perbezaan antara kehilangan pengawalan emosi (meltdown) dan kemarahan tiba-tiba (tantrum)
Kejadian kehilangan pengawalan emosi (meltdown) dan kemarahan tiba-tiba (tantrum) mungkin kelihatan serupa, tetapi sangat berbeza. Kehilangan pengawalan emosi bukan tingkah laku yang buruk atau nakal; perangai keterlaluan ini berlaku apabila kanak-kanak autisme benar-benar terharu dan hilang kawalan. Ini berbeza dengan kemarahan tiba-tiba, yang biasanya berlaku apabila kanak-kanak tidak dapat apa yang mereka inginkan.
Perbezaan utama
Kehilangan pengawalan emosi | Kemarahan tiba-tiba | |
---|---|---|
Sebab | Disebabkan oleh beban deria atau rasa terlampau terharu. Perangai keterlaluan ini di luar kawalan kanak-kanak terlibat. | Biasanya berlaku kerana kanak-kanak kecewa disebabkan tidak mendapat apa yang mereka mahu dan/atau tidak berupaya berkomunikasi. |
Tingkah laku | Melibatkan reaksi sengit seperti menjerit, menangis, memukul atau menarik diri. Reaksi ini tidak bertujuan untuk mencapai matlamat tertentu. | Melibatkan tangisan, jeritan atau serangan yang tiba-tiba untuk mendapatkan sesuatu seperti mainan atau perhatian. |
Kawalan | Kanak-kanak tidak dapat mengawal tingkah laku mereka semasa kehilangan pengawalan emosi. Perangai keterlaluan ini adalah tindak balas kerana mereka terharu. | Kanak-kanak sering menyedari tindakan mereka dan mungkin berhenti jika mereka mendapat apa yang mereka mahu atau jika tingkah laku itu diabaikan. |
Hadirin | Kehilangan pengawalan emosi (meltdown) berlaku tanpa mengira siapa yang berada di kawasan tersebut. | Kemarahan tiba-tiba (tantrum) sering berhenti apabila kanak-kanak mendapat apa yang mereka mahu atau jika mereka diabaikan. |
Tindak balas kepada kehilangan pengawalan emosi atau kemarahan tiba-tiba | Memerlukan pendekatan yang berbeza. Strategi biasa seperti keselesaan atau memindahkan gangguan mungkin tidak membantu dan boleh memburukkan keadaan. Mengenali pencetus seperti beban deria, emosi atau maklumat berlebihan boleh membantu dalam menguruskan situasi ini. | Lazimnya boleh diuruskan dengan menghiburkan kanak-kanak, memberi mereka apa yang mereka mahu (bukan penyelesaian yang sempurna), atau mengabaikan tingkah laku sehingga mereka berhenti berperangai begitu. |

Punca kehilangan pengawalan emosi
Kehilangan pengawalan emosi (meltdown) boleh dicetuskan oleh pelbagai isu asas. Dengan mengenal pasti dan menangani pencetus ini, anda boleh membantu mencegah krisis dan menyokong anak anda dengan lebih berkesan. Anda dan anak anda boleh membuat senarai situasi yang sering membawa kepada perasaan terharu. Ini mungkin termasuk:
- Perubahan dalam rutin: Contohnya, mengambil laluan berbeza ke sekolah.
- Rangsangan berlebihan deria: Bunyi kuat secara tiba-tiba, lampu terlalu terang atau tempat yang sesak dan bising.
- Majlis sosial: Pesta atau perhimpunan besar.
- Kesukaran berkomunikasi: Ketika anak anda bergelut untuk meluahkan perasaan mereka.
Penyebab umum krisis yang lain termasuk isu pembelajaran, di mana kekecewaan daripada gangguan pembelajaran boleh menjadi pencetus, dan kehampaan, yang merupakan faktor utama apabila kanak-kanak berasa terharu dalam situasi yang tidak selesa. Kanak-kanak yang tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan situasi atau emosi tertentu juga mungkin mengalami lebih banyak kehilangan pengawalan emosi (meltdowns). Kehilangan pengawalan emosi boleh disebabkan oleh keterangkuman peristiwa-peristiwa kecil tetapi memberi tekanan. Menyimpan diari untuk merekodkan perkara yang berlaku sebelum krisis boleh membantu anda mengenal pasti corak dan pencetus perangai yang keterlaluan ini.
Bagaimanakah rupa perangai keterlaluan ini?
Kehilangan pengawalan emosi berbeza pada setiap orang autisme. Sesetengah mungkin menarik diri, keluar daripada zon keselesaan, merenung ke angkasa, atau terlibat dalam pergerakan berulang. Orang autisme lain mungkin menangis tanpa kawalan, menjerit, menggeram, menggigit, atau meringkuk tubuh menyerupai bola. Sebelum krisis, ramai individu autisme menunjukkan tanda-tanda keresahan, yang dikenali sebagai ‘keadaan bergemuruh’ (rumble state). Tanda-tanda ini termasuk enggan berinteraksi atau menarik diri daripada situasi yang mencabar. Perangai keterlaluan ini boleh disebabkan oleh rangsangan berlebihan atau input deria yang tidak diingini dan boleh berlaku kepada kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Untuk menenangkan diri mereka, orang autisme bertindak sebegini:
- Berjalan berulang-alik (pace)
- Tanya soalan berulang untuk mendapatkan jaminan
- Mengayun tubuh
- Membisu
Pada peringkat ini, mungkin masih ada peluang untuk mengelakkan krisis. Mengiktiraf dan menangani tingkah laku ini lebih awal boleh membantu mengurus dan mencegah krisis.
Remaja autisme dan penyokong, Toren Wolfe, berkongsi fikiran dan perasaannya selepas mengalami kehilangan pengawalan emosi
Sumber
National Autistic Society
Raising Children Network
Bacaan Tambahan
Mengelakkan krisis
Bagaimana untuk menangani krisis