Mengemudi Hubungan Intim bagi Dewasa Autisme
Pengenalan
Hubungan intim adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan semua orang dewasa. Bagi orang dewasa autisme, hubungan sebegini mendatangkan cabaran dan peluang yang unik. Memahami perbatasan peribadi, keselamatan dan persetujuan adalah kunci untuk menjalinkan hubungan intim yang sihat.
Ciri hubungan intim berbeza untuk semua orang. Apa yang berkesan untuk seseorang mungkin tidak berkesan untuk orang lain. Adalah penting untuk mengetahui perkara yang membuatkan anda berasa selesa dalam perhubungan tertentu dan mencari pasangan yang boleh memenuhi keperluan ini semasa anda memenuhi keperluan mereka.
Memahami autisme dan kemesraan
Autisme adalah isu perkembangan saraf yang mempengaruhi cara seseorang melihat dan berinteraksi dengan keadaan sekeliling. Orang autisme sering menghadapi cabaran unik dalam persekitaran sosial dan komunikasi yang boleh menyukarkan jalinan hubungan rapat. Meskipun menghadapi cabaran ini, individu autisme berupaya mencapai kejayaan dalam menjalinkan perhubungan intim. Walau bagaimanapun, mengemudi dorongan nafsu, kecenderungan syahwat dan perhubungan mesra mungkin mengelirukan atau menggembirakan bagi sebahagian daripada mereka.
Mendedahkan keadaan autisme anda kepada pasangan
Adalah suatu kesukaran bagi memutuskan sama ada untuk memberitahu pasangan anda tentang autisme anda. Berkongsi maklumat ini boleh membantu mereka memahami dengan lebih baik tingkah laku unik anda, tetapi tiada jaminan mereka akan menerima anda. Sesetengah pendapat masih bergantung kepada kepercayaan bahawa orang autisme tidak boleh mempunyai hubungan mesra yang berjaya.
Menguji keadaan semasa:
Sebelum mendedahkan kebenaran, anda boleh menguji reaksi mereka dengan membincangkan topik berkaitan autisme dan memerhati cara mereka bertindak balas.
Pengaturan masa: Pilih masa yang sesuai apabila anda dan pasangan anda tenang dan boleh mengadakan perbualan tanpa gangguan. Pendedahan awal boleh menetapkan asas penting untuk memahami keadaan, maka pilihan masa yang sesuai adalah perlu.
Mengekalkan rahsia: Walaupun nampaknya lebih mudah untuk merahsiakan diagnosa anda, berbuat demikian boleh menjejaskan hubungan anda kelak. Pasangan anda mungkin merasakan tersingkir kerana anda tidak mempercayainya atau menyembunyikan sesuatu yang serius yang akan memberi kesan kepada hubungan mesra anda.
Tubuh anda, pilihan anda: Anda sendiri memutuskan sama ada perlu berkongsi tentang resam tubuh dan apa yang menyenangi anda. Walau bagaimanapun, anda mesti memaklumkan jika pergolakan resam tubuh anda akan menjejaskan keselamatan mereka. Sebagai contoh, menyembunyikan penyakit kelamin seperti herpes adalah tindakan salah kerana boleh membahayakan kesihatan pasangan anda jika dia dijangkiti.
Komunikasi dalam hubungan sihat
Komunikasi yang jelas dan jujur adalah penting untuk hubungan mesra yang sihat. Individu autisme sering menghadapi cabaran dalam memahami pemikiran orang lain dan isyarat bukan lisan, serta meluahkan perasaan mereka sendiri. Isu-isu ini boleh menjejaskan perkembangan hubungan rapat memekar dan menyukarkan pembinaan empati dan kepercayaan. Sifat jujur akan memberi manfaat kepada dua-duanya orang autisme dan orang tersayang mereka untuk menghadapi cabaran sengit dan bersefahaman antara satu sama lain.
Kebiasaannya, komunikasi merangkumi bentuk lisan, tulisan, emosi dan bukan lisan. Orang autisme tidak berupaya mentafsir atau menggunakan semua bentuk komunikasi ini dengan berkesan. Oleh itu, kedua pasangan perlu berterus-terang dengan tujuan masing-masing, tanpa perlu berkias atau bersindir.
Memahami perbatasan dan persetujuan
Apakah maksud perbatasan dan persetujuan?
Perbatasan
Perbatasan adalah had atau peraturan yang ditetapkan oleh orang ramai untuk melindungi ruang peribadi, kesejahteraan emosi dan autonomi mereka dalam perhubungan. Mereka menentukan tingkah laku yang baik dan apa yang tidak.
Persetujuan
Persetujuan bermaksud bersetuju dengan jelas dan rela untuk melakukan sesuatu. Ini mesti diberikan secara bebas dan tanpa tekanan.
Prinsip utama Persetujuan
- Sukarela: Persetujuan mesti diberikan secara bebas, tanpa tekanan atau manipulasi.
- Dimaklumi: Kedua-duanya mesti mempunyai semua maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan.
- Dapat diterbalikkan: Persetujuan boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan semua pihak mesti menghormati keputusan itu.
- Khusus: Persetujuan untuk satu aktiviti tidak membayangkan persetujuan untuk kesemua aktiviti.
Kepentingan perbatasan dan persetujuan dalam perhubungan
Orang dewasa dengan autisme kadangkala boleh salah faham isyarat sosial, yang membawa kepada keadaan yang tidak diingini. Adalah penting untuk menghormati perbatasan orang ramai untuk mengelakkan tuduhan gangguan. Sebagai contoh, jika seseorang dengan autisme berkenalan dengan seseorang di majlis atau pesta seterusnya menjemput mereka keluar, dan orang itu menolak tawarannya, orang autisme itu harus menerima jawapan yang diterima. Gesaan terus mengajak dia keluar selepas dia menidakkan boleh membuatkan dia tidak selesa dan mungkin dilihat sebagai gangguan atau mendekati dengan terhendap-hendap. Hormati keputusannya, teruskan penghidupan anda dan elakkan daripada melakukan perkara yang janggal bagi kedua pihak.
Hubungan memekar secara semula jadi melalui pelbagai interaksi. Orang autisme juga mempunyai dorongan nafsu dan kecenderungan syahwat seperti rakan sebaya mereka, bermakna pendidikan seks sangat penting. Malangnya, mereka sering tidak menerima bimbingan yang jitu dan sokongan disebabkan halangan seperti kekurangan kebolehan dan dilabel dengan tidak adil.
Ableism
Ableism is when people with disabilities are treated unfairly or seen as less valuable because of their disability. It includes actions, words, or beliefs that assume people with disabilities are less capable or don’t deserve the same opportunities as others.
Persetubuhan tidak selalu membawa kepada cinta dan cinta tidak bermakna anda perlu melakukan hubungan seks. Orang autisme harus berhati-hati dengan pasangan palsu yang mungkin secara dusta mendakwa bercinta hanya untuk melakukan hubungan seks. Perlu diingatkan bahawa anda tidak perlu melakukan hubungan seks hanya kerana anda sedang menjalin hubungan mesra atau seseorang menunjukkan minat terhadap anda. Jika seseorang benar-benar mencintai anda, mereka akan menghormati keperluan anda.
Apabila seseorang menidakkan hubungan seks, dia bersungguh-sungguh dengan maksudnya. Mengabaikan kehendaknya bermakna menyakitkan dan dianggap sebagai jenayah berat dengan hukuman yang berat. Pun begitu, jika seseorang terlalu bersemangat terhadap menjalin hubungan bersama anda, anda tidak perlu melakukan apa-apa jika tidak bersetuju. Situasi ini sama tanpa mengira sama ada anda pihak lelaki atau perempuan.
Ingat prinsip utama persetujuan ini: anda perlu berlapang dada menerima secara sukarela, termaklum, khusus dan dapat diterbalikkan. Sangat penting untuk meminta kebenaran pasangan sebelum melakukan sebarang aktiviti romantis atau seksual. Jika tidak pasti, tanya terus dan sopan. Jangan sekali-kali memaksa pasangan anda melakukan apa yang mereka tidak selesa dan jangan biarkan diri anda tertekan jika dia menidakkan permintaan anda.
Keselamatan dalam perhubungan
Sebahagian besar orang mungkin mengeksploitasi hubungan mereka dengan anda untuk kepentingan mereka sendiri. Mengenal pasti bahawa tingkah laku kasar tidak boleh diterima adalah penting untuk keselamatan emosi dan fizikal anda. Tingkah laku biasa pasangan yang bersifat kasar termasuk:
- Mengaibkan dan memalukan anda secara terbuka, termasuk dalam talian siber
- Mengancam anda atau diri mereka sendiri jika anda cuba meninggalkannya
- Mengabaikan perasaan anda dan mempamerkan penderaan fizikal (cth, pukul, menahan diri)
- Mengawal tindakan anda, mengasingkan anda daripada keluarga dan rakan, atau menyekat akses kepada wang anda
- Membuat berbagai-bagai alasan untuk tingkah laku buruk mereka dan mengelakkan tanggungjawab
- Mengkritik tingkah laku yang berkaitan dengan autisme anda
- Menahan kemesraan dan persetujuan sebagai hukuman
- Mendakwa mereka tiada pasangan lain dan anda sahaja teman hidupnya
- Terlalu mengkritik kemahiran sosial atau hubungan pandangan anda
- Melayan perhubungan secara berat sebelah
- Menunjukkan rasa cemburu yang tidak rasional dan terpaku pada hubungan sulit dengan pasangan lain
- Berjanji untuk menghentikan penyalahgunaan tetapi tidak pernah menunaikan janjinya
Keselamatan emosi dan fizikal dalam sesuatu perhubungan adalah penting. Jika anda percaya bahawa anda berada dalam hubungan yang kasar, berbincang dengan seseorang yang anda percayai seperti ahli keluarga, rakan karib atau profesional kesihatan mental.
Kesimpulan
Rujukan
- Autism Speaks – Romantic Relationships for Young Adults with ASD
Menawarkan nasihat dan strategi berguna untuk mengemudi hubungan romantis. - The National Autistic Society – Socialising and Relationships
Menyediakan panduan tentang perhubungan untuk individu autisme, termasuk petua dan sumber berguna. - Reframing Autism – Dating and Relationships
Menawarkan maklumat dan sumber daripada perspektif autisme. - Psychology Today – Autism and Relationships
Menampilkan artikel dan nasihat pakar tentang mengemudi perhubungan untuk individu autisme. - Boundaries Workbook by Dr. Henry Cloud & Dr. John Townsend
Buku kerja yang menyediakan latihan dan nasihat tentang mewujudkan dan mengekalkan perbatasan dan persetujuan.