Memahami Inderosepsi: Membantu individu autisme merasakan deria dalam tubuh

Apakah itu inderosepsi?

Kita semua maklum tentang lima jenis deria: penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan sentuhan. Kesemuanya deria ini membantu kita berhubung dengan alam di sekeliling kita. Tetapi pernahkah anda mendengar tentang konsep inderosepsi (interoception)? Perasaan itulah yang membantu kita memahami deria dalaman kita pada bila-bila masa.

Inderosepsi adalah penting difahami oleh semua orang, terutamanya bagi orang autisme yang mungkin mengalami deria secara berbeza. Perbezaan ini boleh menyukarkan mereka untuk mengenali dan bertindak balas terhadap perasaan dalaman mereka, yang boleh menjejaskan kesejahteraan keseluruhan mereka.

Inderosepsi memainkan peranan besar dalam kehidupan kita, membantu ke arah pengawalan kendiri, kesihatan mental dan hubungan sosial.

Bagaimanakah Inderosepsi berfungsi?

Inderosepsi adalah deria yang sentiasa sibuk, memantau seluruh tubuh anda. Deria ini menjejaki jantung, paru-paru, perut, pundi kencing, otot, kulit dan juga bola mata anda, mengumpul maklumat tentang perasaan mereka. Sebagai contoh, inderosepsi membantu otak anda memahami perasaan perut anda sama ada keadaannya kosong, penuh, berangin, loya, kesemutan atau sesuatu yang lain.

Otak anda menggunakan maklumat ini untuk memahami emosi semasa anda. Adakah anda lapar, gementar, letih, sakit, atau teruja? Inderosepsi mengesan isyarat dalaman seperti lapar, dahaga, perubahan suhu dan keperluan untuk menggunakan tandas. Pengesanan ini membantu mengekalkan keseimbangan dalaman dan kesejahteraan keseluruhan anda dengan mendorong anda untuk mengambil tindakan berdasarkan apa yang anda merasa. Sebagai contoh, jika anda kekurangan air, inderosepsi akan membuatkan mulut anda berasa kering, mendorong anda untuk minum.

Contoh lain: apabila anda mengalami rasa sesak di dada anda, jantung berdegup kencang dan otot tegang. Sensasi ini akan memberitahu anda bahawa anda cemas dan menggesa anda untuk mencari keselesaan daripada orang yang disayangi.

Mengapa mengenali Inderosepsi itu penting?

Inderosepsi adalah kunci kepada kebebasan kawalan kendiri. Dalam erti kata lain, memahami isyarat dalaman anda adalah kunci untuk menguruskan emosi dan kebebasan mengawal tingkah laku anda sendiri.

Menyedari isyarat tubuh anda bukan sahaja membantu anda memahami perasaan anda (seperti puas hati, gembira atau cemas) tetapi juga memberi anda penerangan tentang situasi semasa anda (seperti apa yang anda sedang lakukan atau di mana anda berada).

Jika anda berasa tidak terkawal, isyarat ini memberi amaran kepada anda bahawa ada sesuatu yang tidak berfungsi dan mendorong anda untuk mengambil tindakan bagi memulihkan keseimbangan dan keselesaan anda. Dalam erti kata lain, kepekaan terhadap perasaan dalaman anda mendorong anda untuk mengawal diri dengan lebih baik.

Kepekaan terhadap isyarat dalaman anda juga membantu anda mengenali jika seseorang telah berkelakuan tidak wajar terhadap anda. Jika ini berlaku, anda harus membincangkannya dengan orang dewasa yang dipercayai (lihat bahagian perlindungan terhadap penderaan).

Dengar penjelasan Cik Fatimah Amir, ahli terapi cara kerja, tentang Inderosepsi:

Inderosepsi dan Autisme

Bagi orang autisme, inderosepsi berkemungkinan menjadi terlalu sensitif atau tidak cukup sensitif. Kedua keadaan tersebut agak sukar untuk mengenalinya dan bertindak balas terhadapnya atau mendapatkan bantuan yang sewajar. Adalah lebih biasa untuk tidak cukup sensitif, bermakna isyarat tubuh berkurangan. Apabila terlalu sensitif, mereka merasakan segala-galanya dengan kesungguhan berlebihan.

Bayangkan jika deria dalaman anda tentang perasaan tubuh anda tidak jelas atau mengelirukan. Bagaimana jika anda tidak dapat merasakan apa yang berlaku di dalam tubuh anda? Bagaimana jika anda perasan perasaan di dalam tetapi tidak tahu apa maksudnya? Atau bagaimana jika deria dalaman anda sangat bersungguh-sungguh sehingga anda berasa tidak selamat setiap hari?

Ini adalah realiti bagi ramai orang. Individu yang mempunyai keadaan seperti autisme, ADHD, kemurungan, kebimbangan, kesukaran latihan tandas, gangguan pemprosesan deria dan cabaran tingkah laku sering mengalami masalah dengan inderosepsi.

Strategi untuk meningkatkan kesedaran inderosepsi

Ahli terapi cara kerja boleh membantu meningkatkan kesedaran inderosepsi dan tubuh dengan menggunakan pendekatan penglibatan langsung (hands-on), visual dan diperibadikan bagi membantu kanak-kanak autisme memahami keadaan tubuh mereka, mengenali perasaan mereka dan mempelajari perkara yang perlu dilakukan apabila mereka mengalami deria tertentu.

Ini adalah lima perkara mudah yang boleh membantu kanak-kanak autisme meningkatkan inderosepsi.

1. Merasai cabaran degupan jantung anda:

  • Bermain sukan dengan anak anda untuk meningkatkan degupan jantung: seperti lompat bicu, lompat tali, dsb.
  • Berhenti seketika untuk ‘menangkap degupan jantung’.
  • Minta kanak-kanak untuk menerangkan deria degupan jantung mereka.
  • Usahakan dengan soalan seperti:
    • Apakah warna yang dirasakan?
    • Terangkan sensasi.
  • Galakkan penggunaan perkataan berasaskan sensasi, cth, “buzzy,” “thump-thump,” “whizzy” (perkataan boleh dibuat-buat).

2. Cipta carta senarai semak tubuh

  • Gunakan sekeping kertas besar dan minta anak itu berbaring di atasnya.
  • Jejaki bahagian luar seluruh tubuh kanak-kanak dengan garisan.
  • Anda kini boleh menggunakan garis besar ini sebagai carta semakan tubuh untuk melakukan beberapa aktiviti yang berbeza:
    • Tunjuk ke bahagian tubuh pada carta dan minta kanak-kanak menggerakkan bahagian tersebut.
    • Permainan Simon Says yang menggunakan tindakan berkaitan dengan inderosepsi (cth, mengepal penumbuk, pernafasan berat) boleh digunapakai. Kanak-kanak menunjuk ke bahagian tubuh yang sepadan dengan gerakan berkenaan pada carta.
    • Lukis dan labelkan semua bahagian tubuh pada carta.
    • Tunjuk ke arah bahagian tubuh pada carta dan tanya kanak-kanak itu apakah perasaannya pada bahagian tersebut.

3. Senaman Juara Deria

  • Pilih bahagian tubuh, seperti tangan mereka.
  • Gunakan deria yang berbeza seperti pek panas dan pek sejuk, sapukan setiap satu pada bahagian tubuh selama kira-kira 10 saat.
  • Fikirkan tentang perasaan setiap deria dan huraikannya dengan kuat atau bertulis.
  • Renungkan tindak balas emosi, seperti berasa hangat dan kabur dengan pek panas atau lebih berjaga-jaga dengan pek sejuk.

4. Meditasi mengimbas tubuh

  • Minta anak anda duduk atau berbaring dengan selesa di kawasan yang tenang.
  • Bimbing mereka untuk fokus pada bahagian atas kepala mereka dan bayangkan pancaran pengimbasan bergerak ke arah bahagian bawah tubuh mereka.
  • Minta mereka menerangkan jenis deria (squishy, tegang, ketat, lembut) yang mereka rasa semasa sinaran bergerak turun ke arah jari kaki mereka.
  • Luangkan sedikit masa dengan memfokuskan pada deria di setiap bahagian tubuh.

5. Bangunkan bahasa khusus untuk menandakan kesakitan atau ketidakselesaan

  • Ramai kanak-kanak autisme dan ADHD melaporkan ‘sakit perut’.
  • Galakkan mereka untuk menggambarkan kesakitan mereka: berdenyut, tajam, keras seperti batu dan sebagainya.
  • Bantu mereka mengenal pasti pelbagai jenis rasa sakit.
  • Bimbing mereka untuk mengenali sama ada rasa sakit itu disebabkan oleh kelaparan, kebimbangan atau sakit perut.
  • Langkah ini akan mengambil masa untuk mempelajari cara membezakan antara pelbagai isyarat tubuh.
  • Bermula dengan pemerhatian kecil akan membantu mereka membina asas bahasa secara beransur-ansur untuk kemudian dapat membezakan antara pelbagai isyarat-isyarat tubuh.

Usaha konsisten membaiki kawalan kendiri

Mengamalkan inderosepsi adalah seperti melihat diri anda pada cermin, tetapi dari bahagian dalam tubuh anda. Dengan usaha yang konsisten, kanak-kanak autisme akan menjadi lebih sedar tentang deria dalaman tubuh mereka. Ini membantu mereka memahami dan bertindak balas terhadap keperluan resam tubuh mereka, meningkatkan kesejahteraan keseluruhan dan memperbaiki keupayaan mereka untuk menyatakan keperluan mereka.

Untuk mendalami fahaman tentang inderosepsi dan petua-petua untuk memperbaiki inderosepsi, sila layari

Terus berhubung!