Masalah tidur yang dialami kanak-kanak autisme
Butiran utama
-
Sebahagian besar – 80% – kanak-kanak autisme menghadapi masalah tidur seperti kesukaran untuk tidur dan kekerapan perkara ini berlaku tidak menentu.
- Masalah selalunya berpunca daripada rutin yang terganggu, kepekaan deria, tahap melatonin (hormon yang mengawal kitaran malam dan siang) yang tidak menentu dan keresahan.
- Kualiti tidur yang kurang baik boleh menyebabkan masalah tingkah laku, keresahan yang meningkat dan prestasi kepekaan kepada keadaan sekeliling yang lemah.
- Jika isu masalah tidur berterusan, rujuk kepada pakar pediatrik atau pakar berkaitan dan sediakan diari tidur untuk mencatat kepelbagaian kekerapan masalah yang berlaku.
- Masalah tidur berbeza mengikut usia kanak-kanak. Oleh yang demikian, mewujudkan tabiat tidur yang teratur adalah penting untuk keseluruhan kesihatan kanak-kanak autisme dan kesejahteraan keluarga.
![Asset 2@4x](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/08/Asset-2@4x-5.png)
Pengenalan
Sejak usia muda, kanak-kanak autisme sering mengalami masalah tidur jika dibandingkan dengan kanak-kanak tanpa autisme. Kajian menunjukkan bahawa sehingga 80% kanak-kanak autisme mungkin menghadapi masalah tidur pada satu ketika semasa zaman kanak-kanak mereka. Bagi sebahagian besar orang autisme, masalah ini boleh berpanjangan hingga ke dewasa. Isu tidur biasanya bermula semasa kanak-kanak dalam lingkungan usia 30 bulan.
Masalah tidur yang paling ketara termasuk:
- Kesukaran untuk tidur.
- Kekerapan masalah tidur berlaku tidak menentu. Contohnya, berjaga lewat atau bangun terlalu awal
- Tidur pada jangka masa yang kurang daripada masa yang lazim untuk usia mereka atau terjaga selama lebih sejam pada waktu malam
- Bangun untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka atau berbising pada waktu malam
Kemungkinan punca masalah tidur kanak-kanak autisme
1. Kekerapan perkara yang berlaku menjelang waktu tidur
Masalah tidur kanak-kanak autisme mungkin berkaitan dengan gangguan rutin dan persekitaran kurang tenteram sebelum mereka tidur. Berikut adalah beberapa contoh:
- Kebisingan dan aktiviti riuh yang sedang berlaku: Jika terdapat banyak bunyi dan perangsangan sebelum tidur, anak anda mungkin lebih sukar untuk bertenang dan tidur.
- Rutin yang tidak menentu: Jika rutin waktu tidur anak anda berubah setiap malam, mereka mungkin tidak mendapat isyarat jelas bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
- Lokasi tidur berubah: Jika anak anda tertidur di tempat selain daripada katil mereka sendiri, seperti bilik keluarga, mereka mungkin sukar untuk tidur di katil mereka sendiri.
- Barang keselesaan: Jika anak anda memerlukan semua mainan lembut mereka berbaris di atas katil untuk tidur, kehilangan satu barang boleh menyebabkan masalah dan boleh menyebabkan suasana atas katil tidak selesa untuk mereka.
- Persekitaran tidur: Jika bilik terlalu panas, sejuk, terang atau bising, anak anda mungkin sukar untuk tidur, terutamanya jika mereka mempunyai kepekaan deria.
2. Tabiat siang hari
Sesetengah masalah tidur boleh disebabkan oleh tabiat pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal pada siang hari. Anda boleh membantu dengan membuat perubahan gaya hidup yang mudah, seperti menggalakkan anak anda untuk lakukan begini:
- Jadi lebih aktif: Sasarkan untuk melakukan aktiviti fizikal beberapa jam setiap hari, termasuk sekurang-kurangnya satu jam khusus untuk permainan bertenaga seperti berlari dan melompat.
- Makan pada masa yang sesuai: Pastikan mereka makan malam, supaya mereka tidak tidur dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang. Hidangkan jamuan terakhir sekurang-kurangnya empat jam sebelum tidur.
- Elakkan kafein dan perangsangan: Kanak-kanak dilarang menikmati makanan atau minuman yang mengandungi kafein dan harus mengelakkan aktiviti yang terlalu merangsangkan selepas jam tiga petang.
- Hadkan tidur siang: Bagi kanak-kanak berusia lebih lima tahun elakkan tidur waktu siang yang berpanjangan dan terlalu lewat.
PETUA
Masalah tidur akan berkurangan selepas mengubah tabiat tidur malam dan tidur siang hari anak anda dalam jangkamasa dua hingga tiga hari. Walau bagaimanapun terdapat kanak-kanak yang boleh mengambil masa dua hingga empat minggu. Jika keadaan tidak berubah, berjumpa doktor anda untuk memeriksa sebarang masalah perubatan. Anda mungkin dirujuk kepada pakar pediatrik, psikologi atau profesional kesihatan lain yang berpengalaman dalam merawat masalah tidur kanak-kanak.
![Asset 3@4x](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/08/Asset-3@4x-3.png)
3. Kesukaran komunikasi sosial
4. Tahap Melatonin
5. Kepekaan terhadap rangsangan
6. Keresahan
Relaksasi tidur untuk kanak-kanak
Menggunakan teknik relaksasi tidur boleh membantu kanak-kanak yang mengalami keresahan tidur dengan lebih lena. Lihat pautan ini: pautan sebagai sumber visual tentang cara pernafasan dalam untuk relaksasi tidur, menggunakan gambar untuk menunjukkan cara relaksasi tidur dan mencapai relaksasi tidur selepas kesibukan sepanjang hari.
Video ini juga terdapat dalam bahasa Cina dan Tamil.
7. Mengompol dan tabiat ke tandas
8. Gangguan tidur
PETUA
Jika anda menghadapi masalah untuk mengetahui sebab anak anda mengalami masalah tidur, cuba sediakan diari tidur selama seminggu. Jejaki berapa lama dan waktu yang anak anda tidur, termasuk sebarang dengkuran, perubahan dalam corak pernafasan, pergerakan luar biasa atau kesukaran bernafas. Perhatikan dan catatkan tingkah laku anak anda pada hari berikutnya juga. Berkongsi diari ini dengan doktor anak anda dan mana-mana pakar yang terlibat dalam rawatan mereka boleh membantu mengenal pasti kekerapan perkara berlaku atau faktor persekitaran yang mempengaruhi kualiti tidur mereka.
![Asset 3@4x](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/08/Asset-3@4x-3.png)
Apakah jenis kesan masalah tidur?
Kanak-kanak yang kekurangan tidur dan tidak tidur lena sering mengalami lebih banyak masalah tingkah laku pada siang hari, tumpuan yang lebih lemah dan tahap keresahan yang lebih tinggi. Tidur yang cukup masa dan berkualiti adalah penting untuk ingatan, pembelajaran dan pengawalan emosi yang lebih baik.
Kekurangan tidur boleh menjejaskan kualiti kehidupan dan kesihatan kanak-kanak secara serius. Bagi kanak-kanak autisme, tidur yang kurang berkualiti dikaitkan dengan gejala berikut:
- Sifat suka menyerang
- Kemurungan
- Kecergasan yang melampau – hyperactive
- Lebih banyak masalah tingkah laku
- Kebengkengan
- Pembelajaran dan prestasi kepekaan kepada keadaan sekeliling yang lemah
Sila baca rencana kami tentang
Saranan strategi tidur terbaik untuk kanak-kanak autisme
Rujukan
- WHO (2019). Garis panduan mengenai aktiviti fizikal, tingkah laku sewaktu duduk dan berkenaan tidur untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun: Ringkasan.