Lindungi diri anda daripada terkena ‘scam’

Siri Mengurus Wang

Kad debit, kad kredit, pemindahan wang atas talian dan E-dompet

Bank, akaun bank dan perbankan atas talian

Pinjaman bank dan kredit

Penjimatan & Belanjawan

Memahami tentang insurans

Penipuan ialah apabila seseorang cuba mengambil wang anda dengan berpura-pura membantu anda atau menawarkan sesuatu kepada anda. Penipuan wang datang dalam pelbagai bentuk.

Penipu semakin mahir dalam helah mereka dan menghasilkan cara baharu untuk menipu orang ramai dalam era digital. Dengan beberapa langkah licik, mereka boleh menipu anda, mencuri maklumat peribadi anda dan masuk ke akaun bank anda, menyebabkan banyak masalah.

Penipuan biasa termasuk pancingan data, penipuan telefon dan kecurian identiti. Anda boleh melindungi diri anda dengan lebih baik dengan memahami penipuan ini dan mengikuti petua umum ini.

Jika anda percaya bahawa anda telah menjadi mangsa penipuan, bahagian ini memberitahu anda perkara yang boleh anda lakukan seterusnya.

Penipu boleh menghubungi anda melalui:

Surat menyurat
Panggilan telefon
Media sosial
Mesej teks
E-mel
Cara semuka
Surat menyurat
Panggilan telefon
Media sosial
Mesej teks
E-mel
Cara semuka

Dapatkan maklumat lanjut tentang penipuan wang daripada laman sesawang Bank Negara website.

Tanda-tanda amaran penipuan

  • Anda dihubungi oleh seseorang yang anda tidak kenali atau oleh syarikat yang anda tidak pernah dengar atau berurusan.
  • Anda diminta wang, atau anda ditawarkan wang.
  • Anda perlu membuat keputusan yang cepat dan tidak mempunyai masa untuk merujuk dengan rakan atau ahli keluarga anda mengenainya.
  • Anda diberitahu untuk merahsiakan perbualan tersebut.

Petua umum untuk melindungi diri anda daripada penipuan

JANGAN KONGSI butiran perbankan peribadi anda dengan orang yang anda tidak kenali atau percayai

  • Nombor Akaun
  • nombor PIN
  • nombor OTP

JANGAN MUAT TURUN aplikasi mudah alih yang bukan terdapat pada gedung aplikasi rasmi telefon pintar anda (cth. Google Play, Apple App Store, Huawei App Gallery)

Berhati-hati dengan laman sesawang dan aplikasi palsu yang digunakan untuk mencuri maklumat peribadi anda.
LINDUNGI telefon pintar, tablet dan/atau komputer anda daripada penjenayah siber
  • Jangan gunakan Wi-Fi awam untuk transaksi perbankan atas talian.
  • Jangan muat turun aplikasi daripada mesej atau laman sesawang yang tidak dikenalii.
  • Jangan pasang aplikasi daripada sumber yang tidak dikenali.
  • Jangan klik pada pautan mencurigakan yang berasal daripada SMS, e-mel atau mesej dalam talian yang tidak dikenali
BERTINDAK SEGERA Jika anda rasa anda telah memuat turun aplikasi berbahaya, juga dikenali sebagai perisian hasad berniat jahat (seperti fail APK):
  • Padamkan aplikasi yang mencurigakan.
  • Tukar kata laluan perbankan anda.
  • Laporkan sebarang transaksi pelik kepada bank anda dan buat laporan polis.

 

 

Pancingan data (Phishing)

  • Phishing adalah penipuan untuk mencuri maklumat peribadi dan kewangan anda.
  • Penipu menghantar e-mel atau mesej palsu yang kelihatan seperti daripada pihak bank, menawarkan perkhidmatan atau menawarkan pekerjaan kepada anda.
  • Mesej ini mempunyai pautan ke laman sesawang palsu yang kelihatan sahih.
  • Laman sesawang palsu akan meminta butiran log masuk anda, nombor kad kredit atau maklumat peribadi yang lain.
  • Sebaik sahaja anda memasukkan maklumat tersebut, penipu boleh mengakses akaun anda atau mencuri identiti anda.
  • Penipuan pancingan data boleh menjadi sangat meyakinkan dan sering menggunakan mesej segera yang menggertak atau menakutkan untuk merelakan maklumat peribadi anda.

Bagaimana rupa serangan pancingan data (phishing scams)

Anda menerima e-mel yang kelihatan seperti daripada bank anda. Subjek berkata: “Segera: Tindakan diperlukan untuk melindungi akaun anda.”

Dalam e-mel, dinyatakan:

“Pelanggan yang dihormati,
Kami melihat aktiviti luar biasa dalam akaun anda. Sila klik pautan di bawah untuk mengesahkan butiran anda:
[Sahkan Akaun Anda]

Terima kasih.

Salam sejahtera,
Pasukan Keselamatan [Nama Bank]”

Apa yang berlaku seterusnya

Anda klik pautan: Pautan membawa anda ke laman sesawang yang kelihatan seperti  laman sesawang rasmi bank anda. Anda diminta masukkan nama pengguna dan kata laluan anda.

Anda masukkan maklumat anda: Anda menaip butiran log masuk anda. Laman sesawang palsu tersebut menyimpan maklumat ini.

Maksudnya: Penipu kini mempunyai butiran log masuk anda. Mereka boleh masuk ke akaun bank sebenar anda dan mencuri wang atau maklumat peribadi anda.

Cara melindungi diri anda

  • Jangan Klik Pautan: Sebaliknya, pergi ke laman sesawang rasmi bank anda dengan menaip alamat atau hubungi bahagian perkhidmatan pelanggan bank anda.
  • Cari kesilapan: Semak kesilapan ejaan atau tatabahasa. Pastikan alamat e-mel kelihatan betul.
  • Jangan tergesa-gesa: Syarikat sah tidak akan meminta maklumat peribadi melalui e-mel atau menggesa-gesa anda untuk bertindak.
  • Minta Bantuan: Minta bantuan seseorang yang anda percayai untuk membaca e-mel tersebut untuk kesahihan.

SILA AMBIL PERHATIAN:

Bagaimana untuk mengetahui sama ada laman sesawang itu yang sahih?

  • Berikan butiran peribadi anda hanya kepada laman sesawang dan alamat e-mel yang anda kenal dan percayai.
  • Cari simbol kunci yang tertera pada alamat laman sesawang di bahagian atas. Ini menunjukkan laman sesawang tersebut sahih dan selamat.
  • Jika anda tidak pasti sama ada laman sesawang itu selamat, minta seseorang yang anda percayai untuk meneliti kesahihan laman sesawang tersebut.

Apa yang perlu anda buat jika tertipu?

  • Hubungi Bank Anda:
  • Segera hubungi talian Hotline Penipuan yang diurus bank anda dan minta mereka membantu menghentikan sebarang transaksi selanjutnya.
  • Anda juga boleh menghubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan di nombor telefon 997.

(Source: Bank Negara Malaysia)

  • Failkan Laporan Polis: Laporkan penipuan kepada polis untuk memulakan siasatan.
  • Laporkan kepada Bank Negara Malaysia: Jika berkaitan, failkan laporan dengan Bank Negara Malaysia.
  • Simpan salinan semua rekod:
  • Simpan semua rekod komunikasi dan transaksi yang berkaitan dengan penipuan.
  • Simpan butiran orang yang anda berinteraksi.
  • Maklumat ini boleh membantu jika anda ingin mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan atau membantu siasatan polis

 

 

 

Penipuan melalui telefon

Penipuan yang biasa berlaku di Malaysia adalah penipuan melalui panggilan telefon, kadangkala diberi gelaran Penipuan Macau atau Macau scam.

  • Penipu menelefon anda dan berpura-pura menjadi beberapa orang yang berbeza untuk menipu anda.
  • Mereka cuba mengajak anda berkongsi maklumat peribadi atau kewangan seperti nombor akaun dan PIN anda.
  • Mereka mungkin membuatkan anda berasa takut atau menggesa-gesa. Sebagai contoh, mereka mungkin menggertak: “Anda perlu memberi kami maklumat ini sekarang.”

Bagaimana rupa penipuan melalui telefon

Berpura-pura sebagai pegawai polis:

Berpura-pura sebagai pegawai polis:

  • Anda mendapat panggilan daripada seseorang yang mengaku dirinya ‘pegawai polis’.
  • Dia akan mendakwa bahawa maklumat bank atau kad kredit anda telah dicuri, atau anda telah dikemukakan waran tangkap.

Pegawai bank:

Pegawai bank:

  • Anda mendapat panggilan daripada seseorang yang mengaku dirinya ‘pegawai bank’.
  • Dia akan mendakwa bahawa maklumat bank atau kad kredit anda telah dicuri atau seseorang telah menggunakan kad kredit anda untuk pembelian yang mahal

Pegawai Kastam:

Pegawai Kastam:

  • Anda mendapat panggilan daripada seseorang yang mengaku dirinya adalah ‘pegawai kastam’
  • Dia mendakwa anda mempunyai bungkusan yang ditahan oleh Kastam DiRaja Malaysia dan anda perlu membayar yuran untuk mengeluarkannya.

Penipu boleh memalsukan ID pemanggil mereka untuk menjadikannya kelihatan seperti mereka membuat panggilan daripada institusi sebenar, seperti nombor talian hotline bank anda. Ini dipanggil penipuan (spoofing) ID pemanggil.

Apa yang berlaku seterusnya

  • Anda kongsi maklumat: Anda terus memberikan pegawai palsu itu butiran peribadi atau kewangan anda kerana dia menggertak dan membuatkan anda berasa takut atau cemas.
  • Scammer menggunakan butiran peribadi: Penipu menggunakan maklumat anda untuk mengakses akaun bank atau kad kredit anda.
  • Penipu mencuri wang: Penipu mengambil wang anda atau mengenakan caj ke akaun anda, menyebabkan anda kehilangan wang dalam akaun bank anda.

Cara melindungi diri anda

Jika anda mendapat mana-mana panggilan seperti ini:

Tutup telefon segera: Jangan beri mereka sebarang maklumat.

Panggil balik: Gunakan nombor talian hotline rasmi institusi yang mereka mengakui berasal.

Minta bantuan: Jika anda takut dan tidak pasti apa yang perlu dilakukan, minta bantuan orang yang dipercayai.

Apa yang perlu anda buat jika tertipu?

  • Hubungi Bank Anda:
  • Segera hubungi talian Hotline Penipuan yang diurus bank anda dan minta mereka membantu menghentikan sebarang transaksi selanjutnya.
  • Anda juga boleh menghubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan di nombor telefon 997.

(Source: Bank Negara Malaysia)

  • Failkan Laporan Polis: Laporkan penipuan kepada polis untuk memulakan siasatan.
  • Laporkan kepada Bank Negara Malaysia: Jika berkaitan, failkan laporan dengan Bank Negara Malaysia.
  • Simpan salinan semua rekod:
  • Simpan semua rekod komunikasi dan transaksi yang berkaitan dengan penipuan.
  • Simpan butiran orang yang anda berinteraksi.
  • Maklumat ini boleh membantu jika anda ingin mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan atau membantu siasatan polis

 

 

 

Penipuan aplikasi mudah alih

  • Penipu boleh mengakses telefon anda jika anda memuat turun aplikasi pihak ketiga yang mencurigakan (seperti fail.apk).
  • Aplikasi ini mungkin dicadangkan oleh perkhidmatan atau teks dalam talian yang anda terima (SMS, WhatsApp, Telegram, dll.).
  • Setelah penipu mendapat akses, mereka boleh membaca dan/atau memadam makluman transaksi dan nombor OTP anda.

Bagaimana rupa penipuan aplikasi mudah alih

Anda menerima mesej di WhatsApp daripada nombor yang tidak diketahui.

Mesej tersebut meminta anda memuat turun aplikasi baharu untuk mendapatkan tawaran atau hadiah istimewa atau memuat turun permainan baharu.

Anda memuat turun dan memasang aplikasi (fail.apk).

Apa yang berlaku seterusnya

Penipu mendapat akses kepada telefon anda.

Mereka boleh membaca dan memadam makluman transaksi anda.

Mereka boleh membaca dan memadam nombor OTP anda.

Cara melindungi diri anda

Jangan klik pautan:

  • Jangan klik pada pautan hiper (hyperlink) SMS/teks yang mengubah hala anda ke laman sesawang atau memuat turun aplikasi ke telefon anda.
  • Ingat, bank tidak lagi akan menghantar kepada anda sebarang pautan hiper yang boleh diklik melalui SMS!
  • Berhati-hati apabila diubah hala ke laman sesawang bukan rasmi atau mencurigakan.

Jangan muat turun aplikasi daripada sumber tidak dikenali: Hanya pasang aplikasi daripada gedung aplikasi rasmi (Google Play, Apple App Store, Galeri Aplikasi Huawei).

Berhati-hati dengan nombor tidak dikenali: Jangan klik pada pautan daripada nombor tidak dikenali yang menawarkan tawaran istimewa, hadiah atau permainan.

Apa yang perlu anda buat jika tertipu?

  • Hubungi Bank Anda:
  • Segera hubungi talian Hotline Penipuan yang diurus bank anda dan minta mereka membantu menghentikan sebarang transaksi selanjutnya.
  • Anda juga boleh menghubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan di nombor telefon 997.

(Source: Bank Negara Malaysia)

  • Failkan Laporan Polis: Laporkan penipuan kepada polis untuk memulakan siasatan.
  • Laporkan kepada Bank Negara Malaysia: Jika berkaitan, failkan laporan dengan Bank Negara Malaysia.
  • Simpan salinan semua rekod:
  • Simpan semua rekod komunikasi dan transaksi yang berkaitan dengan penipuan.
  • Simpan butiran orang yang anda berinteraksi.
  • Maklumat ini boleh membantu jika anda ingin mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan atau membantu siasatan polis

 

 

 

Penipuan Akaun Mule

Untuk jenis penipuan ini:

  • Akaun bank anda sedang digunakan oleh orang lain.
  • Mereka menggunakannya untuk mengumpul atau memindahkan wang secara haram.
  • Wang ini mungkin dicuri atau daripada aktiviti haram.

Penipuan ini mungkin kelihatan seperti:

  • Tawaran pekerjaan yang “terlalu baik untuk menjadi kenyataan”. Mereka meminta kad ATM atau butiran anda seperti PIN, nombor OTP atau kata laluan perbankan dalam talian anda. Butiran ini biasanya tidak diperlukan untuk sesuatu pekerjaan.
  • Peminjam wang tidak berlesen meminta kad ATM anda sebagai cagaran untuk pinjaman. Mereka menggunakan akaun anda untuk mengumpul atau memindahkan wang haram.

Bagaimana rupa penipuan Akaun Mule

Sara berumur 17 tahun dan ingin membantu rakan baiknya.

Mei, kawan Sara semenjak daripada sekolah rendah, meminta untuk menggunakan akaun bank Sara untuk menerima wang daripada neneknya.

Sara bersetuju.

Kemudian, Sara mendapat mesej di akaun Facebooknya:

Seorang lelaki berkata dia membayar RM850 ke akaun Sara untuk pembelian telefon bimbit tetapi tidak pernah menerima barang pembeliannya.

Sara menyedari akaunnya digunakan dalam penipuan.

Dia mendapati akaunnya digunakan untuk mencuri RM13,686 daripada beberapa orang.

Apa yang berlaku seterusnya

Akaun bank Sara mungkin ditutup.

Sara mungkin merasa sukar untuk membuka akaun bank lain pada masa hadapan.

Sara mungkin berhadapan masalah dengan polis kerana dituduh membantu dalam penipuan

Cara melindungi diri anda

  • Jangan biarkan sesiapa menggunakan akaun bank anda. Malah kawan rapat juga boleh menyalahgunakannya.
  • Simpan butiran bank anda secara peribadi. Jangan kongsi nombor akaun atau PIN anda dengan sesiapa.
  • Berhati-hati dengan permintaan bantuan. Jika seseorang meminta untuk menggunakan akaun anda, katakan tidak boleh dan terangkan sebabnya.
  • Laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan. Jika anda rasa akaun anda telah digunakan secara salah, beritahu bank anda dan pihak polis dengan segera.

Apa yang perlu anda buat jika tertipu?

  • Hubungi Bank Anda:
  • Segera hubungi talian Hotline Penipuan yang diurus bank anda dan minta mereka membantu menghentikan sebarang transaksi selanjutnya.
  • Anda juga boleh menghubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan di nombor telefon 997.

(Source: Bank Negara Malaysia)

  • Failkan Laporan Polis: Laporkan penipuan kepada polis untuk memulakan siasatan.
  • Laporkan kepada Bank Negara Malaysia: Jika berkaitan, failkan laporan dengan Bank Negara Malaysia.
  • Simpan salinan semua rekod:
  • Simpan semua rekod komunikasi dan transaksi yang berkaitan dengan penipuan.
  • Simpan butiran orang yang anda berinteraksi.
  • Maklumat ini boleh membantu jika anda ingin mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan atau membantu siasatan polis

 

 

 

Pengambilan deposit haram

Pengambilan deposit secara haram berlaku apabila seseorang mengambil wang atau barang berharga (deposit) dan menjanjikan pulangan yang menarik tanpa mempunyai lesen yang sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013.

Mengikut Seksyen 137(1) FSA, menerima deposit tanpa lesen adalah satu jenayah.

Contoh bagaimana ini mungkin berlaku

  • Penipuan deposit pekerjaan: anda diminta membayar deposit untuk memohon pekerjaan.
  • Penipuan tuntutan hadiah: anda diminta membayar deposit untuk menuntut hadiah bagi pertandingan yang anda tidak pernah sertai.
  • Penipuan pelaburan: anda diminta untuk melabur wang dalam skim yang menjanjikan pulangan yang sangat tinggi dalam masa yang singkat.

Sesetengah situasi tidak dianggap sebagai pengambilan deposit haram, contohnya:

  • Yuran tempahan kereta: Membayar deposit semasa menempah kereta.
  • Deposit sewa rumah: Membayar deposit semasa mula menyewa rumah.

Pembayaran kepada Kerajaan atau Pengeluar yang diluluskan:

  • Pembayaran kepada kerajaan, badan berkanun atau pengeluar e-wang yang telah mendapat kelulusan rasmi kerajaan adalah dibenarkan.

Contoh penipuan deposit haram

Rahim menerima panggilan telefon mengatakan dia telah memenangi hadiah besar dalam pertandingan yang dia tidak ingat menyertainya.

Pemanggil memberitahu Rahim dia telah memenangi hadiah RM10,000 dan telefon pintar baharu.

Untuk menuntut hadiahnya, Rahim diminta membayar ‘yuran pemprosesan’ berjumlah RM1,000.

Teruja dengan tawaran tersebut, Rahim memindahkan RM1,000 ke akaun bank yang disediakan.

Selepas beberapa hari tanpa menerima hadiah yang dijanjikan, Rahim menyedari dia telah ditipu.

Apa yang berlaku seterusnya

Akaun bank Rahim mungkin mempunyai transaksi yang tidak dibenarkan.

Rahim mungkin kehilangan RM1,000 yang dia telah bayar kepada penipu.

Rahim mungkin sukar untuk mempercayai tawaran dan panggilan pada masa hadapan.

Cara melindungi diri anda

  • Anda perlu berhati-hati. Jika sesuatu tawaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, itu mungkin tidak benar.
  • Jangan bayar wang pendahuluan: Pekerjaan dan peraduan sebenar tidak meminta wang pendahuluan terlebih dahulu.
  • Semak sumber: Sentiasa hubungi terus syarikat yang membuat tawaran tersebut untuk memastikan sama ada tawaran itu benar.
  • Lindungi maklumat anda. Jangan kongsi butiran peribadi atau bank anda dengan orang yang tidak dikenali.
  • Tindak-tanduk penipuan perlu diketahui. Ketahui tentang tipu-helah yang biasa digunakan oleh penipu supaya boleh mengelakkannya.

Apa yang perlu anda buat jika tertipu?

  • Hubungi Bank Anda:
  • Segera hubungi talian Hotline Penipuan yang diurus bank anda dan minta mereka membantu menghentikan sebarang transaksi selanjutnya.
  • Anda juga boleh menghubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan di nombor telefon 997.

(Source: Bank Negara Malaysia)

  • Failkan Laporan Polis: Laporkan penipuan kepada polis untuk memulakan siasatan.
  • Laporkan kepada Bank Negara Malaysia: Jika berkaitan, failkan laporan dengan Bank Negara Malaysia.
  • Simpan salinan semua rekod:
  • Simpan semua rekod komunikasi dan transaksi yang berkaitan dengan penipuan.
  • Simpan butiran orang yang anda berinteraksi.
  • Maklumat ini boleh membantu jika anda ingin mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan atau membantu siasatan polis

Terus berhubung!