Pengurusan dengan individu autisme dalam keadaan kecemasan dan krisis
Butiran utama
- Pihak polis dan responden pertama seperti pengawal keselamatan, anggota Bomba dan penyelamat serta kakitangan RELA harus mengenali dan memahami tanda-tanda autisme untuk meningkatkan komunikasi untuk mengelakkan salah faham.
- Setiap orang yang mempunyai autisme adalah unik; anda tidak selalu dapat mengetahui sama ada seseorang itu autistik. Pertimbangkan autisme jika seseorang berkelakuan luar biasa, kerana ramai yang tidak didiagnosis atau memilih untuk tidak mendedahkannya.
- gunakan bahasa yang mudah, beri masa yang lebih untuk beliau bertindak balas, elakkan pergerakan mendadak serta bunyi-bunyi yang kuat dan tentukan persekitaran tenang.
- Berikan penyediaan untuk individu autisme bertemu dan menyesuaikan diri dengan kakitangan polis atau responden pertama dalam situasi yang berbeza-beza. Contohnya, pertemuan dan penyesuaian diri dengan pengawal keselamatan pusat membeli-belah, atau dalam keadaan di mana polis bertindak balas terhadap panggilan tentang tingkah laku yang agresif atau mencurigakan.
- Perlu ada persefahaman, kerjasama dan semangat kemasyarakatan dikalangan komuniti terdekat dan masyarakat setempat bagi memastikan keselamatan untuk individu autisme.
Individu autistik, seperti orang lain, mungkin menghadapi polis, responden pertama atau pihak berkuasa beruniform lain dalam pelbagai situasi. Contohnya termasuk pertemuan dengan pengawal keselamatan pusat beli-belah, semasa pemeriksaan trafik polis, atau dalam situasi di mana polis membalas panggilan mengenai tingkah laku yang mencurigakan atau agresif.
Adalah penting bahawa polis dan responden pertama yang lain memahami autisme untuk mengendalikan situasi dengan tenang dan berkesan. Protokol standard mungkin tidak selalu berfungsi dengan baik untuk individu autistik, yang membawa kepada salah faham. Walau bagaimanapun, dengan pengetahuan yang betul, mereka boleh menyokong individu autistik dengan lebih baik.
Bahagian berikutnya akan membentangkan bagaimana individu autisme, keluarga/penjaga, komuniti terdekat, polis dan responden pertama yang lain boleh melindungi keselamatan individu autisme semasa bertemu dalam keadaan mencabar.