Jenis-jenis Kehilangan Yang Lain
Perubahan besar dalam kehidupan, biarpun yang positif, mampu mencetuskan perasaan dukacita dan kekosongan/kehilangan. Perasaan ini mungkin termasuk tekanan stres, kebimbangan, serta ketakutan. Ianya adalah normal untuk merindui apa yang biasa dan dirasakan selamat kerana perubahan sebegini boleh menyebabkan kehilangan kemahiran tertentu atau pengunduran diri.
Ketentuan dan kepastian adalah penting untuk seseorang yang autistik, dan sebarang perubahan dari segi orang atau rutin boleh menyumbang kepada perasaan dukacita dan kekosongan/kehilangan.
Jenis Kehilangan Bukan Kematian Termasuk:
Perubahan dalam Penyedia Penjagaan
Kehilangan atau menukar penjaga, ahli terapi, doktor, doktor gigi, atau tokoh penting lain, termasuk kehilangan haiwan peliharaan yang disayangi.
Persekitaran Tempat Tinggal
Memahami punca-punca potensi dukacita ini boleh membantu dalam mengurus dan menyokong kesejahteraan emosi seseorang yang autistik semasa sesuatu peralihan/perubatan terjadi.
Perasaan dukacita akibat kehilangan bukan kematian sering kali menyerupai seakan-akan dukacita yang dialami selepas seseorang meninggal dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai perasaan dukacita dan petua untuk menyokong orang autistik yang dikasihi, sila lihat Dukacita dan Autisme.
Petua untuk Menyokong Kehilangan Bukan Kematian
Akui Kehilangan
Mewujudkan Perasaan/Rasa Selamat
Pastikan individu autistik merasa selamat secara fizikal. Ini akan membantu mereka menstabil dan mula menangani emosi mereka.
Bersabar dengan Penyesuaian
Elakkan daripada mendesak individu tersebut untuk menikmati/menyukai situasi baru dengan segera. Perubahan baru adalah mencabar dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
Komunikasi yang Jelas
Gunakan Sokongan Visual
Gunakan carta dan gambar untuk membantu individu tersebut memahami dan bersedia menghadapi perubahan yang akan datang. Alat bantu visual seperti jadual waktu atau garis masa dapat menjadikan konsep abstrak lebih mudah difahami.
Sebagai contoh, buku foto/koleksi foto digital berkenaan elemen baru yang penting seperti rumah baru, ahli terapi baru, atau aktiviti baru seumpama berenang boleh mengurangkan rasa kebimbangan dan ketidakpastian.