Pengenalan kepada Cerita Sosial: Membantu orang autisme memahami alam neurotypical
![Design_Toolkit_Social-Stories_intro](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/10/Design_Toolkit_Social-Stories_intro.jpg)
Kaedah Cerita Sosial telah dicipta oleh Carol Gray pada tahun 1990-an. Carol adalah perunding pendidikan bertapak di Michigan, Amerika Syarikat. Dia telah terlibat dengan kanak-kanak autisme semenjak 1976 untuk membantu mereka memahami konteks sosial. Pendekatan ini menjadi terkenal di seluruh dunia dalam kalangan guru-guru, ahli terapi dan keluarga kerana membantu individu autisme mengemudi persekitaran mereka.
Namun, usaha-usaha Carol tidak berakhir di situ. Dia juga mengembangkan strategi pendekatannya untuk memenuhi kebolehan yang berbeza dengan ‘Artikel Sosial’ dan ‘Perbualan Jalur Komik’. Ini telah membantu individu autisme memperoleh cerapan tambahan tentang konteks sosial. Memandangkan Carol terus belajar daripada pelajarnya, Cerita Sosial telah berkembang dengan kepekaan dan nuansa yang lebih baik untuk keberkesanan yang lebih bermakna. Sepanjang bertahun-tahun lamanya, kaedah ini digunapakai oleh mereka yang bekerja dengan individu autisme dan pakar-pakar.
Selain itu, Carol menyediakan garis panduan dan bengkel khas untuk ibu bapa, guru dan ahli terapi bagi mempelajari cara menulis Cerita Sosial. Anda boleh berhubung dengan Carol melalui platform dalam taliannya di Carol’s Club. Join the club for no fees and there are Social Story samples, articles and many more generous resources for you to learn from Carol, firsthand!
Artikel ini ditulis berdasarkan kehadiran saya di webinar Cerita Sosial 2022 bersama Carol Gray, dan sehingga kini, sudah terdapat kemas kini baharu. Artikel ini bukan latihan untuk menulis Cerita Sosial tetapi bertujuan memberi anda pemahaman tentang kaedah dan cara Cerita Sosial berfungsi.
Mempelajari semula Cerita Sosial
Sebagai peralatan komunikasi yang lazim digunakan secara meluas, mengikuti perkembangan terkini tentang amalan yang terbaik adalah penting untuk memastikan keberkesanannya. Diwaktu yang sama, ini akan mengelakkan kekhuatiran yang tidak perlu berlaku bagi individu autisme yang menulis untuknya. Semestinya, adalah penting untuk menulisnya dengan cara yang betul!
Cerita Sosial mengiktiraf bahawa setiap pengalaman dan perspektif manusia adalah unik serta sahih dan kesukaran menghadapi cabaran sosial serta penyelesaiannya perlu dikongsi. Cerita Sosial adalah proses yang menghasilkan cerita atau penyelesaian yang bersilih-ganti. Setiap Cerita Sosial menerangkan dengan tepat topik yang berkaitan secara peribadi (selalunya konteks, atau kemahiran) untuk penonton cerita, kanak-kanak, remaja atau dewasa. (Carol Gray, 2024).
- Menyokong penjaga (Pengarang cerita) dengan membantu usaha mereka mengumpul maklumat seterusnya berkongsi maklumat tersebut secara bermakna.
- Mengenal pasti dan menghuraikan maklumat berkaitan yang mungkin terlepas perhatian atau disalahertikan oleh anak/jagaan (Audiens).
- Merupakan proses untuk anda memahami pengalaman dan perspektif unik anak/jagaan anda, menyahkan prasangka anda dan seterusnya memahami apa yang menyebabkan kekurangan dalam sesuatu keadaan. Hasilnya adalah untuk memberikan penyelesaian yang terbaik melalui kaedah bercerita.
- Boleh dalam bentuk cerita, atau dalam bentuk selainnya yang mudah disampaikan kepada anak/jagaan anda – seperti komik, lukisan, buku bercetak, slaid Google atau pun cerita audio yang dirakam. Paling penting adalah bentuk cerita yang memenuhi keperluan komunikasi anak anda.
- Adalah peribadi dan direka khas untuk keperluan setiap kanak-kanak.
- Berguna untuk menerangkan sesuatu situasi kepada anak anda, samada kanak-kanak, remaja atau dewasa.
Cerita Sosial BUKAN peralatan komunikasi:
- Yang bertujuan membuat seseorang berkelakuan dengan cara tertentu.
- Berupa buku peraturan untuk membuat seseorang berkelakuan dengan cara tertentu atau merasakan dengan cara tertentu yang diingini oleh pengarang cerita.
- Yang berfungsi sebagai buku peraturan.
- Berupa buku arahan.
- Berupa buku “promise”.
Sama ada anda pengguna Cerita Sosial yang baharu berjinak atau pengguna berpengalaman, kami akan berkongsi garis panduan dan kriteria terkini untuk menulis Cerita Sosial yang berkesan.
Sama ada anda pengguna Cerita Sosial yang baharu berjinak atau pengguna berpengalaman, kami akan berkongsi garis panduan dan kriteria terkini untuk menulis Cerita Sosial yang berkesan.
Cara mengarang cerita sosial
Langkah A: Mari kita menyemak keadaan
![Social-Story](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/10/Social-Story.png)
Langkah B: Penyelidikan dan pengumpulan maklumat
Dengan mengambil kira situasi sasaran, sila gunakan beberapa soalan ini untuk membimbing penyelidikan anda:
Adakah anak saya pernah mengalami situasi ini sebelum ini? | Adakah keadaan ini berlaku pada situasi/tempat lain? | Bagaimana anak saya menilai keadaan ini? | Apakah yang dialami oleh orang lain? |
---|---|---|---|
Siasat sama ada keadaan ini sesuatu yang baharu atau tidak biasa untuk anak anda. Atau boleh jadi sesuatu yang bukan baharu, tetapi mungkin anak anda mula sedar |
Siasat sama ada situasi ini khusus mengenai seseorang, sesuatu situasi atau kedua-duanya. Adakah anak anda mempunyai respons yang sama di lokasi lain yang serupa keadaannya, atau hanya di lokasi khusus ini? |
Tanya anak anda. Gunakan kaedah komunikasi yang biasa anda kongsikan dengan anak anda – bahasa gerak-geri, AAC Komunikasi Penambahan & Gantian (Augmentative and Alternative Communication), perkataan mudah atau apa-apa cara biasa asalkan membantu anda berkomunikasi dengan anak anda dengan berkesan. Bertanya dengan tujuan ingin tahu. Cuba bayangkan kedudukan anak anda dan lihat daripada perspektifnya. |
Anda perlu ingin tahu tentang pengalaman orang lain yang terlibat dalam situasi tertentu dan pengalaman mereka dengan anak anda. Lebih banyak maklumat yang anda kumpulkan daripada perspektif lain, maka lebih mudah untuk mengenal pasti punca masalah |
Adakah anak saya pernah mengalami situasi ini sebelum ini? | Adakah keadaan ini berlaku pada situasi/tempat lain? | Bagaimana anak saya menilai keadaan ini? | Apakah yang dialami oleh orang lain? |
---|---|---|---|
Siasat sama ada keadaan ini sesuatu yang baharu atau tidak biasa untuk anak anda. Atau boleh jadi sesuatu yang bukan baharu, tetapi mungkin anak anda mula sedar |
Siasat sama ada situasi ini khusus mengenai seseorang, sesuatu situasi atau kedua-duanya. Adakah anak anda mempunyai respons yang sama di lokasi lain yang serupa keadaannya, atau hanya di lokasi khusus ini? |
Tanya anak anda. Gunakan kaedah komunikasi yang biasa anda kongsikan dengan anak anda – bahasa gerak-geri, AAC Komunikasi Penambahan & Gantian (Augmentative and Alternative Communication), perkataan mudah atau apa-apa cara biasa asalkan membantu anda berkomunikasi dengan anak anda dengan berkesan. Bertanya dengan tujuan ingin tahu. Cuba bayangkan kedudukan anak anda dan lihat daripada perspektifnya. |
Anda perlu ingin tahu tentang pengalaman orang lain yang terlibat dalam situasi tertentu dan pengalaman mereka dengan anak anda. Lebih banyak maklumat yang anda kumpulkan daripada perspektif lain, maka lebih mudah untuk mengenal pasti punca masalah |
Langkah C: Cerakinan (Analysis)
- Mencerakin apa yang anak saya fikirkan berbanding apa yang orang lain fikirkan.
- Pertama, gunakan kaedah pemprosesan dan logik anak anda untuk menilai maklumat. Cuba menilai daripada sudut pandangan anak anda.
- Kemudian gunakan cara anda melihat keadaan.
- Selepas itu, gunakan logik orang lain yang berkaitan (cth guru kelas, rakan sekelas, orang di restoran itu dll.).
- Kemudian cuba kenal pasti jurang dan maklumat yang anak anda terlepas pandang.
- Anda akan menyedari bahawa anak anda mungkin melihat keadaan secara berbeza daripada anda dan orang lain. Jika anda boleh mengenal pasti itu, bagus! Kita harus sentiasa mengakui dan menghormati perbezaan.
- Mencerakin tempat dan kumpulan orang.
- Adalah penting untuk mengambil kira bahawa jangkaan sosial di rumah akan berbeza daripada jangkaan di tempat lain. Contohnya, nada suara untuk bercakap dalam kopitiam akan berbeza berbanding jika seseorang berada di tempat ibadat.
- Maka, mari kita sedar bagaimana jangkaan boleh berubah mengikut lokasi dan situasi. Ada kalanya kita sudah terbiasa dengan peraturan tersembunyi ini, sehingga kita mungkin mengambil mudah perkara tersebut. Tetapi ini boleh menjadi sesuatu yang anak anda tidak sedar.
- Sekarang semak dan lihat sama ada anak anda menyedarinya.
- Ini akan membantu kami memutuskan sama ada untuk memasukkan penjelasan tentang tempat dan orang yang berbeza serta jangkaan yang biasa diamalkan.
- Selepas mencerakin, senaraikan semua maklumat yang anda rasa anak anda terlepas pandang dan belum mempelajari lagi.
- Kemudian, pilih satu yang paling berkaitan dengan situasi khusus ini. Fokus pada SATU topik untuk setiap Cerita Sosial.
- Simpan yang lain untuk bekal Cerita Sosial masa hadapan. Anda boleh mempunyai satu siri Cerita Sosial untuk setiap situasi tetapi teruskan kepada satu matlamat, satu cerita.
Langkah D: Mari kita mendraf. Garis panduan yang membantu
Cerita sosial harus diperibadikan
Anda perlu menyesuaikannya dengan keadaan anak anda. Gunakan ‘tatabahasa’ yang paling difahami oleh anak anda supaya Cerita Sosial membawa makna kepadanya. Ini adalah peringatan bahawa Cerita Sosial bukanlah buku untuk mengajar tatabahasa atau bahasa, maka jangan cuba memasukkan perbendaharaan kata baharu untuk mengajar perkataan baharu! Hanya perkenalkan frasa khusus untuk difokuskan dalam Cerita Sosial ini.
Memperhitungkan tentang cara anak anda belajar dengan baik dan gunakan cara pemahaman itu untuk menerangkan sesuatu kepada mereka. Tiada bahasa khusus untuk digunakan, persembahan boleh dalam bahasa Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil atau pun dalam lukisan komik – asalkan bahasa yang digunapakai biasa dan mudah difahami oleh anak anda.
Panduan enam soalan
Gunakan enam soalan khusus: Di mana, Bila, Siapa, Apa, Bagaimana dan Mengapa, untuk membimbing anda menulis cerita dengan menjawabnya mengikut situasi.
Gunakan bentuk kata kerja yang menunjukkan waktu dengan tepat.
Gunakan kata kerja masa lalu, masa kini atau masa hadapan yang betul dalam bahasa anda. Jika anda menggunakan bahasa lain, ingat untuk memasukkan kaedah pemahaman masa jika cerita anda memerlukannya.
Maklumat yang tepat
Anda perlu tepat dengan maksud semasa menerangkan situasi dan topik yang ingin anda jelaskan. Anak-anak kita menghargai kejelasan dan ketepatan dalam maklumat yang diberikan untuk mereka.
Jangan gunakan ‘awak’
Gunakan pernyataan perspektif orang pertama atau orang ketiga sebagai contoh: tulis daripada sudut pandangan seseorang (“Saya” atau “kita”) atau sudut pandangan orang lain (“dia”, “mereka,” atau nama mereka).
Gunakan tona bersesuaian
Tulis dalam nada positif dan tidak tergesa-gesa untuk menerangkan topik yang anda ingin anak anda fahami. Anda boleh menulis seolah-olah anda sedang menulis dokumentari pada tahap pemahaman anak anda.
Ingat, Cerita Sosial adalah untuk menerangkan, bukan untuk membetulkan anak anda atau menyerlahkan kesilapan anak anda! Cuba beralih peranan daripada ibu/bapa kepada mentor apabila menulis Cerita Sosial.
Juga, serlahkan perkara yang telah dilakukan dengan baik dan raikannya dalam Cerita Sosial anda!
Karangkan dalam tiga bahagian
- Perkenalkan frasa topik untuk dibincangkan dalam cerita ini, berikan satu definisi dan berpegang pada definisi tersebut. Ini akan disebut sepanjang cerita.
- Ini boleh menjadi frasa yang biasa digunakan, atau anda boleh mencipta frasa yang boleh diterima anak anda.
- Contohnya: Makanan adalah bahan api untuk badan manusia – makanan yang kita nikmati semasa waktu makan membekalkan tenaga dan nutrien bagi kita, untuk bergerak, berjalan, bercakap, belajar dan berinteraksi. Makanan adalah seperti bahan bakar untuk badan manusia, sama seperti petrol untuk kereta. Badan
Badan
- Di sinilah butiran dijelaskan dengan maklumat yang lebih relevan, mengenai topik tersebut.
Kesimpulan
- Ringkaskan cerita merujuk kepada frasa topik.
Gunakan dua jenis ayat
Huraikan fakta sebagaimana adanya. BUKAN apa yang anda mahu anak anda fikirkan.
Contohnya:
JANGAN: Anda mesti memakai tali pinggang keledar anda sepanjang masa supaya anda tidak akan terbunuh dalam kemalangan kereta.
(2) Perspektif – terangkan bagaimana orang lain memikirkan perkara yang sama.
Terangkan perspektif bilangan terbesar orang mengenai perkara ini. Ini juga boleh memberikan pelbagai perspektif, untuk anak-anak kita merealisasikan pandangan yang lebih luas. Tetapi perlu ambil kira bahawa kita hanya memaklumkan, untuk anak-anak kita sedar akan keadaan semasa, tetapi tidak memerlukan anak berfikir seperti itu. Contoh:
- Sesetengah orang memilih untuk memakai tali pinggang keledar mereka sebaik sahaja kenderaan dihidupkan.
- Sesetengah orang memilih untuk memakai tali pinggang keledar mereka hanya apabila kenderaan sedang bergerak.
- Sesetengah orang menambah pad pada tali pinggang keledar mereka untuk menjadikannya lebih selesa.
Maklumkan tingkah laku khusus yang diharapkan dalam situasi dengan menggunakan ayat yang melatih. Ini adalah pilihan dan jika anda melakukannya, simpan hanya satu ayat. Malah jika tiada, tidak mengapa, kerana ini bergantung pada topik dan keupayaan anak anda!
Latih anak anda pada sesuatu yang boleh dicapai dan yang telah dilakukan oleh anak anda sebelum ini. Jangan mencetuskan ketidakpastian yang tidak perlu! Ada kalanya, sebahagian kanak-kanak menganggapnya sebagai matlamat untuk dicapai kerana ditulis dalam Cerita Sosial. Jangan menjadikannya tekanan jika kanak-kanak gagal mencapainya.
JANGAN SEBUT: Pakai tali pinggang keledar sepanjang masa untuk menjadikan perjalanan kereta menyeronokkan dan selamat! Bagaimana jika saya memakai tali pinggang keledar tetapi saya tidak berseronok, adakah saya melakukan sesuatu yang salah?
Ingat, Cerita Sosial adalah untuk menerangkan dan bukan untuk mengarah! Matlamatnya adalah untuk membantu anak anda berasa lebih yakin dan bersedia, bukan untuk membuat mereka berasa hilang kawalan!
Selain itu, pastikan ayat pendek tetapi bermakna – tiada tanda koma!
Satu tajuk sahaja
Sediakan hanya satu topik bagi setiap buku dan tulisan tajuk adalah tugas terakhir!
Kaji semula dan sunting!
Tuliskan semuanya, permudahkan, kemudian sunting!
Baca sekali lagi dan sunting lebih lanjut, sehingga anda yakin boleh difahami oleh anak anda dan memenuhi kriteria yang diperlukan.
Melaksanakan Cerita Sosial
Menulis adalah langkah pertama. Seterusnya, mari belajar untuk menyampaikan cerita ini kepada anak anda.
Perkenalkan
JANGAN:
- Gunakan Cerita Sosial untuk ‘mengajar’ anak anda.
- Paksa Cerita Sosial pada anak anda.
- Baca sejurus selepas anda mendisiplinkan anak anda tentang situasi yang dijelaskan oleh cerita sosial itu.
- Baca dalam nada “Lihat, saya beritahu anda mengenainya…”.
Rancangan sokongan
Sentiasa peka bahawa Cerita Sosial bukanlah buku ajaib. Anak anda perlu berhubung dengan apa yang telah dijelaskan dalam Cerita Sosial dengan situasi sebenar. Beri mereka bimbingan jika perlu untuk berupaya mengaitkan maksud yang ingin dicapai.
Strategi visual boleh digunakan dalam keadaan untuk membantu anak anda mengaitkannya, seperti nota melekit atau poster dengan frasa topik untuk diletakkan dalam situasi tersebut. Jika anak anda menggunakan komputer tablet atau iPad, menggunakan peringatan lokasi dengan kemunculan gambar Cerita Sosial, boleh membantu sebagai panduan tepat pada masanya juga.
Rancangan kaji semula
Sebaik sahaja Cerita Sosial dengan topik tertentu diperkenalkan, anda boleh mengulangi latihan dengan membacanya bersama – sekali lagi pada kekerapan biasa, lebih kerap pada mulanya dan kemudian secara beransur-ansur menjarakkan masa.
Kongsikan pemerhatian anda tentang tindak balas anak anda terhadap situasi beberapa hari lepas, dan raikannya bersama anak dan keluarga anda. Akui usaha penyesuaian dan galakkan anak anda. Jika anak anda telah mengamalkan tabiat baharu itu, dan nampaknya masalah “telah diselesaikan” untuk anda, tetap baca semula dan raikan perubahan itu bersama anak anda. Jangan kita ambil mudah usaha itu!
Besar kemungkinan terdapat beberapa soalan yang mungkin ada pada anak anda tentang situasi yang boleh anda tangani juga.
Sekali lagi, JANGAN baca Cerita Sosial dengan “yang saya beritahu anda!” atau nada “Apa yang dikatakan oleh Cerita Sosial?”, dalam situasi di mana kanak-kanak tidak menunjukkan penyesuaian mereka dengan keadaan.
Diperluaskan terbitan Cerita Sosial
Sesuatu Cerita Sosial boleh diterbitkan dalam beberapa salinan, dan diberikan kepada orang dewasa lain yang terlibat (dalam situasi yang serupa) untuk membacanya kepada kanak-kanak itu juga. Ini membantu kanak-kanak membuat kesimpulan umum dengan lebih mudah dan memahami bahawa penjelasan ini juga terpakai kepada semua orang ini.
Sebagai contoh, jika Cerita Sosial berkenaan adalah tentang memakai tali pinggang keledar, salinan boleh diberikan kepada setiap ibu bapa yang memandu kereta yang berbeza, ibu saudara yang mungkin mengambil anak anda daripada sekolah, pemandu peribadi atau pemandu bas sekolah.
Contoh Cerita Sosial
Kesimpulan
Rujukan
- Gray, C. (2022, April-June). Social Stories and Social Articles Expanded Webinar Series
. CREST Child Rehabilitation and Education Service Team. https://www.crest.hk/socialstories/ - Gray, C. (2024). What is it? Carol Gray Social Stories. https://carolgraysocialstories.com/social-stories/what-is-it/
- Gray, C. (2024). Carol’s Club. Carol Gray Social Stories https://carolgraysocialstories.com/carols-club/
- Cooper, J. O., Heron, T. E., & Heward, W. L. (2020). Applied behavior analysis (3rd ed.). Pearson
Biodata Pengarang
Artikel ini ditulis oleh Cik Lee Yu Ying dan disemak oleh Cik Carol Gray, tenaga pendorong yang mencipta Cerita Sosial.
Cik Lee Yu Ying, adalah Penganalisis Tingkah Laku dan Jurulatih Sosial, serta Pengasas Bersama Shining Star Learning Hub, Kuala Lumpur. Beliau adalah penyokong yang bersemangat untuk individu, ibu bapa dan keluarga yang mengemudi Autisme, ADHD dan Sindrom Down. Sebagai Penganalisis Tingkah Laku bertauliah, Jurulatih MindfulGym dan pengasas bersama Shining Star Learning Hub, beliau menggabungkan pengalamannya bekerja dengan keluarga, ABA dan amalan kesedaran untuk memperkasakan individu dan keluarga melalui pembinaan kemahiran, pengawalan emosi dan mewujudkan persekitaran yang menyokong untuk pertumbuhan dan pembangunan.