Memahami Kelakuan Anak Anda: Carta ABC

Panduan ini mungkin berguna untuk ibu bapa dan penjaga kanak-kanak autisme, dan pendekatan/alat ini mungkin membantu anda memahami mengapa seseorang mungkin berkelakuan dengan cara tertentu.

Anggaplah ia seperti kisah ‘detektif’:

Anda perlu mengesan petunjuk untuk menyelesaikan ‘misteri’ mengapa anak anda berkelakuan dengan cara tertentu.

Carta ABC: Mengkategorikan kelakuan

Carta ABC membantu anda pecahkan kelakuan anak anda kepada tiga bahagian:

A

Antecedent – Penyebab sebelumnya

Apa yang berlaku sebelum kelakuan itu? Ini seperti petunjuk yang ditemui oleh ‘detektif’ (kenal pasti tercetus kelakuan tersebut).

Contoh: Adakah anak anda diminta melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu lakukan? Adakah terdapat perubahan dalam rutin mereka? Adakah persekitarannya bising atau luar biasa? Walaupun perkara yang berlaku lebih awal pada hari itu, seperti kekurangan tidur atau perasaan tidak sihat, boleh mempengaruhi kelakuan anak anda.

Behaviour – Kelakuan

Bagaimanakah rupa atau cara kelakuan itu? Ini adalah seperti teka-teki sendiri terhadap kelakuan yang diperlihatkan.

Contoh: Adakah anak anda memukul, menjerit, membaling barang, atau melarikan diri?
Pastikan keterangan anda jelas supaya semua orang boleh memahami apa yang terjadi.

Consequence – Akibat

Apa yang berlaku selepas kelakuan itu? Ini adalah hasil daripada siasatan yang dilakukan oleh ‘detektif’.

Contoh: Adakah anak itu mendapat apa yang dia mahu (seperti alat mainan atau perhatian)?
Adakah sesiapa telah cuba menenangkan mereka?
Adakah mereka terlibat dalam sebarang masalah?

Pendedahan ‘Mengapa’ anak anda berkelakuan sebegitu

Melalui penganalisaan kelakuan ABC ini, secara beransur, anda akan mula memahami mengapa anak anda bertindak atau berkelakuan begitu.
Berikut adalah beberapa sebab lazim untuk kelakuan yang mencabar:

  • Mengalami kesakitan fizikal atau penyakit tertentu: kadangkala, anak anda mungkin bertindak dengan cara-cara tertentu kerana mereka mengalami kesakitan atau ketidakselesaan (seperti menangis kerana sakit perut atau sakit gigi).
  • Melepaskan diri: Anak anda mahu melepaskan diri atau mengelak daripada keadaan yang dianggap tidak menyenangkan atau luar biasa (seperti menolak tugasan, meninggalkan kelas atau pusat membeli-belah) secara tiba-tiba.
  • Menagih perhatian: Anak anda menagih perhatian anda, walaupun dengan cara negatif.
  • Ketegaran keperluan: Anak anda hanya mahukan objek atau melakukan aktiviti tertentu
  • Deria: Anak anda sedang mencari input deria untuk berasa lebih baik (seperti memusingkan objek, bergoyang, atau membuat bunyi)
  • Beban maklumat dan deria: Anak anda cuba mengatasi perasaan ini apabila berhadapan dengan beban maklumat, aktiviti, atau persekitaran yang terlalu sesak.

Menggunakan Carta ABC

  1. Fokus pada satu tingkah laku pada satu masa.
    Sebagai contoh, mulakan dengan memantau hanya tingkah laku memukul, kemudian beralih kepada tingkah laku lain.
  2. Isi carta ABC dengan segera, sejurus tingkah laku dilakukan atau berlaku. Ini membantu anda mengingati butiran terperinci.
  3. Memperhatikan corak kekerapan cara sesuatu berlaku. Adakah tingkah laku itu selalu berlaku dalam situasi yang sama?
  4. Cuba fahami tujuan tingkah laku itu.
    Adakah kelihatan seperti anak anda cuba untuk mengelak sesuatu, menagih perhatian, atau ingin dapatkan objek tertentu?
  5. Pertimbangkan bagaimana anda boleh bertindak balas secara berbeza. Setelah memahami sebab anak anda berkelakuan begitu, anda boleh mempertimbangkan cara untuk bertindak balas dengan lebih berkesan seterusnya membantu anak anda. Anda tidak berputus asa jika menghadapi pertimbangan antara ganjaran untuk menguruskan situasi dengan pantas atau menangani punca sebenar. Ini akan berubah dengan masa.

Kadangkala sesuatu tingkah laku anak itu mempunyai lebih daripada satu maksud atau tujuan. Sebagai contoh, anak anda mungkin memukul seseorang dan akibatnya dia diberi kudapan supaya berhenti memukul (ganjaran). Atau anak anda memukul seseorang dan penjaga mula menegurnya atau beri perhatian kepadanya (perhatian). Pun begitu, cuba lihat jika terdapat corak dalam tingkah laku tersebut.

Contoh

Bayangkan anak anda mengulangi perkataan “Donald Duck” dan berjalan ke arah pintu yang terkunci. Menggunakan carta ABC, anda mungkin lagi pantas memahami apa yang anak anda cuba memperkatakan:

A (Antecedent – Penyebab sebelumnya)

Anak anda baru selesai makan snek petang dan ingin keluar.

B (Behaviour – Kelakuan)
Anak anda berkata “Donald Duck” berulang kali dan berjalan ke arah pintu.
C (Consequence – Akibat)

Anda memberitahu anak anda bahawa mereka belum boleh keluar.

Penyelesaian

Anda mungkin menyedari bahawa anak anda mengaitkan “Donald Duck” yang terdapat pada kasut mereka dengan bersiar.
Dengan memahami ini, anda boleh membantu anak anda dengan berkata, “Awak nak pakai kasut dan keluar?” Ini mungkin cara yang lebih berkesan untuk berkomunikasi dengan anak anda daripada sekadar berkata “tidak” atau menjadi marah.
Penyelesaian
Anda mungkin menyedari bahawa anak anda mengaitkan “Donald Duck” yang terdapat pada kasut mereka dengan bersiar.
Dengan memahami ini, anda boleh membantu anak anda dengan berkata, “Awak nak pakai kasut dan keluar?” Ini mungkin cara yang lebih berkesan untuk berkomunikasi dengan anak anda daripada sekadar berkata “tidak” atau menjadi marah.

The Carta ABC boleh menjadi alat yang berkesan untuk memahami dan bertindak balas terhadap tingkah laku anak anda. Daripada mencerakinkan tindakan mereka, anda boleh mewujudkan persekitaran yang lebih positif dan mudah bagi membantu anak anda.

Download this template HERE

Hubungi Kami!