Bercakap Tentang Keseksualan dengan Anak Autisme Anda

Pengenalan

Adakah anda perasan bahawa anak anda mula ingin tahu tentang tubuh mereka? Ini adalah pemajuan semula jadi, tetapi berbincang tentang kecenderungan syahwat agak sukar, terutamanya bagi ibu bapa kanak-kanak autisme yang perlu menghadapi cabaran komunikasi.

Ramai dikalangan ibu bapa tidak pasti tentang cara untuk memulakan perbualan ini kerana akan berasa janggal, atau mereka khuatir akan tersilap memberi penerangan yang betul. Walau bagaimanapun, tidak berbincang tentang perkara bukan satu pilihan kerana ini boleh mengakibatkan kekeliruan bagi anak anda dan akan menyukarkan keadaan apabila mereka membesar.

Artikel ini akan membantu ibu bapa di Malaysia mengadakan perbincangan terbuka dan positif tentang kecenderungan syahwat dengan anak autisme mereka. Kami akan berkongsi petua mudah, menjawab soalan lazim dan membantu anda berasa lebih yakin apabila mengendalikan topik penting ini.

Penis, Testicles, Vulva: How A Five-Years-Old Learns About Private Parts and Body Safety

Video ringkas yang dihasilkan oleh The Straits Times (Singapura) mengenai kecenderungan syahwat dan pendidikan keselamatan tubuh di pra-sekolah.

Memahami kecenderungan syahwat dalam kanak-kanak autisme

Manusia adalah makhluk yang mempunyai kaitan dengan seks, bermula daripada hari mereka dilahirkan hingga mereka meninggal dunia. Kanak-kanak secara semula jadi ingin tahu tentang tubuh mereka sendiri dan juga orang lain. Mereka gemar menerokai dan menyentuh, tetapi pemahaman mereka tentang keinginan seksual berbeza daripada orang dewasa. Kesedaran ini akan membantu ibu bapa menangani soalan dan tindakan anak-anak mereka dengan lebih berkesan.

Adalah penting untuk memulakan perbualan ini lebih awal, terutamanya untuk kanak-kanak autisme, yang mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk membiasakan diri dengan perubahan semasa akil baligh. Bermula awal membantu mengurangkan kesangsian mereka atau terganggu dengan perubahan pada tubuh mereka dan diwaktu yang sama memastikan mereka berasa disokong.

Kanak-kanak mungkin menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini seperti menanggalkan pakaian mereka pada saat yang tidak dijangka atau yang tidak sesuai apabila mereka meningkat dewasa. Adalah lebih mudah untuk menangani tingkah laku sumbang ini sebelum akil baligh bermula.

Kepentingan pendidikan kecenderungan syahwat

Mempelajari tentang kecenderungan syahwat adalah sangat penting. Kaedah ini mengajar kanak-kanak tentang bahagian tubuh yang peribadi, jenis sentuhan yang baik atau tidak dan perbezaan rupa manusia antara satu sama lain. Bagi kanak-kanak autisme, pendidikan seperti ini adalah penting. Pengetahuan ini boleh mencegah penderaan dan tingkah laku yang sumbang serta membantu mereka memahami diri mereka dengan lebih baik.

Ibu bapa kanak-kanak autisme sering sibuk dengan tugas harian seperti bersiap pada waktu pagi atau berurusan dengan sekolah dan mungkin menangguhkan perbincangan tentang kecenderungan syahwat. Tetapi menangguhkan terlalu lama akan mengakibatkan kekeliruan. Sebahagian orang tersalah anggap bahawa kanak-kanak kurang upaya tidak mempunyai perasaan atau pemikiran seksual, dan ini tidak benar. Tidak berbincang tentang kecenderungan syahwat boleh menyebabkan kekeliruan dan maklumat yang salah.

Mengajar kanak-kanak tentang kecenderungan syahwat membantu mereka mengetahui hak mereka dan akan menjamin keselamatan mereka. Memulakan perbincangan ini lebih awal dan menyokongnya dengan padu memastikan kanak-kanak membesar dengan maklumat yang betul dan mereka akan dilindungi. Ini adalah penting untuk perkembangan emosi dan pergaulan sosial yang sihat.

Memulakan perbualan

Pendidikan kecenderungan syahwat harus bermula lebih awal, memberikan maklumat yang sesuai dengan umur tanpa membebankan kanak-kanak. Ini harus disebarkan merentasi pelbagai sesi selama bertahun-tahun, menyemak semula topik untuk mengukuhkan pembelajaran dan pemahaman.

Kedua ibu bapa harus mendorong perbualan ini, menyesuaikannya dengan tahap kematangan anak mereka. Menangguhkan perbualan ini mungkin menyebabkan remaja kurang bersedia untuk terlibat dan ada kemungkinan mereka sudah aktif secara seksual. Adalah penting bagi guru dan pencontoh teladan seperti pemimpin belia untuk turut menyumbang, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang konsisten dan menyokong.

Mulakan dengan mengajar kanak-kanak tentang tubuh mereka, cara melindungi diri mereka daripada penderaan dan memahami tentang perubahan semasa akil baligh. Apabila mereka lebih matang, perbincangan boleh maju kepada perhubungan dan isu yang lebih kompleks.

Topik utama untuk dikupas

1. Anatomi dan Kesedaran Tubuh

Mengajar kanak-kanak tentang tubuh mereka boleh bermula seawal usia tiga tahun. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk melaksanakannya:

  • Gunakan nama yang betul: Ajar mereka nama yang betul untuk semua bahagian tubuh, termasuk bahagian sulit seperti alat kelamin.
  • Terangkan fungsi: Terangkan perkara yang dilakukan oleh bahagian ini, seperti rahim, ovari, pundi kencing dan usus.
  • Bincangkan perbezaan: Tunjukkan bagaimana tubuh lelaki dan perempuan adalah serupa namun berbeza, dan semua tubuh datang dalam bentuk dan saiz yang berbeza. Tidak mengapa untuk semua orang kelihatan berbeza.
  • Gunakan dalam kehidupan seharian: Gunakan dalam kehidupan seharian, seperti waktu mandi atau ketika mereka berpakaian, untuk mengajar nama dan fungsi bahagian tubuh.
  • Alat bantu visual: Gunakan lukisan garisan ringkas tubuh manusia, buku kanak-kanak atau video untuk membantu menerangkan sesuatu dengan jelas.
  • Kepentingan kebersendirian: Tekankan kepentingan kebersendirian dan terangkan bahagian mana yang peribadi.
  • Tingkah laku yang sesuai: Jelaskan bahawa terdapat bahagian tubuh yang mungkin tidak mengenakkan apabila disentuh tetapi perlu ditekankan kepentingan kebersendirian dan tingkah laku yang tidak sumbang.

Bantu kanak-kanak mengetahui bahawa alat sulit mereka adalah peribadi [with Scoops & Friends]


Bantu kanak-kanak mengetahui bahawa alat sulit mereka adalah peribadi dengan video pendidikan ini.

AMAZE merupakan sumber laman sesawang yang menawarkan pendidikan seks yang jujur dan bersesuaian dengan umur kepada kanak-kanak dan remaja. Mereka menyediakan bahan pendidikan seperti video ringkas, animasi dan webinar untuk membantu orang dewasa membincangkan seks dan kecenderungan syahwat secara berkesan dengan golongan muda.

Layari saluran YouTube mereka di AMAZE Parents dan AMAZE Org (menghadapi belia) untuk senarai pilihan yang disusun tentang kecenderungan syahwat dan perhubungan.

2. Persediaan untuk akil baligh

Kanak-kanak autisme mungkin memerlukan bantuan tambahan untuk memahami akil baligh. Mereka perlu diajar lebih awal, sebelum perubahan pada tubuh bermula dan perlu diterangkan bagaimana perubahan ini akan mempengaruhi kehidupan mereka secara peribadi dan sosial. Tekankan kepentingan keselamatan dan kebersendirian diri.

Akil baligh mengubah tubuh kanak-kanak menjadi dewasa. Lelaki dan perempuan mengalami perubahan ini secara berbeza. Semasa akil baligh, kanak-kanak tumbuh lebih tinggi, timbul rambut badan sambil jasmani bertambah sempurna dan kanak-kanak perempuan mula datang haid. Gunakan bahasa dan gambar yang mudah untuk menerangkan perubahan ini dengan jelas.

Adalah penting juga untuk membincangkan aspek emosi dan mental untuk melalui akil baligh. Terangkan mengapa perasaan mereka akan berubah apabila mereka semakin matang. Bincangkan tentang perkara-perkara yang membuatkan mereka berasa baik atau buruk, cara memahami perasaan orang lain dan cara mengatasi emosi yang meluap.

Jelaskan bahawa apabila mereka melalui akil baligh, mereka akan mula berasa lebih cenderung kepada syahwat dan perkembangan perasaan romantis terhadap rakan sebaya. Bincangkan bahawa adalah semula jadi dan sihat bagi orang dewasa melakukan hubungan seks, tetapi tingkah laku seksual, seperti melancap dan persetubuhan, adalah peribadi.

Jawab soalan dengan jujur dan terus. Ini akan menunjukkan kepada anak anda bahawa akil baligh dan kecenderungan syahwat bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan dan mereka boleh mempercayai anda untuk memberi mereka jawapan yang betul. Jika anda tidak tahu jawapannya, anda perlu jujur mengakuinya. Bangunkan respons standard untuk ketika yang tidak sesuai, seperti “Itu soalan yang bagus. Mari kita bercakap mengenainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah,” dan pastikan anda menjawab soalan itu kemudian.

Dengan bermula awal dan menggunakan penjelasan yang jelas, anda boleh membantu anak anda berasa lebih bersedia dan disokong semasa melalui akil baligh.

3. Bahagian tubuh, ruang dan aktiviti yang bersifat peribadi dan awam

Kanak-kanak autisme memerlukan penjelasan yang jelas dan langsung untuk memahami perbezaan antara bahagian tubuh, ruang dan aktiviti awam berbanding peribadi. Mengetahui perbezaan ini membantu mereka memahami perkara yang sesuai secara peribadi tetapi tidak di khalayak ramai. Galakkan anak anda bercakap dengan orang dewasa yang dipercayai seperti ibu, ayah, guru atau doktor jika mereka mempunyai kekhuatiran.

Norma sosial berubah berdasarkan konteks, maka anda perlu jelas. Sebagai contoh, membincangkan bahagian tubuh ‘peribadi’ adalah baik di rumah dengan ibu bapa tetapi tidak dengan rakan. Juga tidak sesuai untuk membincangkannya di ruang awam, walaupun dengan ibu bapa, meskipun bahagian tubuh lain sedang dibincangkan.

Berikut adalah beberapa strategi untuk membantu anak anda memahami perbezaan antara awam dan peribadi:

• Bilik awam berbanding peribadi: Terangkan bilik mana yang awam dan yang peribadi. Sebagai contoh, bilik tidur adalah peribadi.

• Aktiviti peribadi: Bincangkan perkara yang boleh dilakukan di khalayak ramai dan perkara yang perlu dilakukan secara tertutup. Contohnya, “Apabila saya pergi ke tandas, saya harus menutup pintu.” Ajar anak anda bahawa menanggalkan pakaian atau melancap hanya boleh berlaku di bilik peribadi, seperti bilik tidur mereka.

• Jadual visual: Gunakan gambar yang menunjukkan anak anda berjalan ke tandas, menutup pintu, menggunakan tandas, mencuci tangan dan keluar. Pastikan jadual kelihatan, seperti di sebelah sinki bilik mandi.

• Hormati kebersendirian:
Pastikan semua orang faham untuk mengetuk sebelum memasuki bilik tidur dan pastikan pelawat ke rumah anda mengetahui peraturan in

Public and private places activity for children with intellectual disability


Sokong anak anda untuk belajar tentang perbezaan tempat awam dan peribadi, di rumah dan dalam komuniti, menggunakan kad dan imej.

Planet Puberty merupakan sumber digital dari Australia ciptaan Family Planning NSW untuk ibu bapa dan penjaga kanak-kanak kurang upaya, intelek atau autisme. Platform ini menawarkan maklumat, strategi dan sumber terkini untuk menyokong kanak-kanak melalui akil baligh. Kandungannya direka bentuk bersama dengan orang dewasa yang kurang upaya intelek dan/atau gangguan spektrum autisme.

4. Perbatasan peribadi dan keselamatan

Mengajar anak anda tentang perbatasan peribadi membantu mereka memahami cara berkelakuan di khalayak ramai dan mengenali perkara yang boleh diterima. Kanak-kanak autisme mungkin akan mudah terdedah kepada penderaan seksual jika mereka tidak mengenali risiko apabila ada sesuatu yang tidak betul berlaku.

Recognising Warning Signs
Tubuh kanak-kanak memberi mereka tanda amaran apabila ada sesuatu yang tidak kena, atau mereka berasa tidak selamat. Tanda-tanda ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi yang tidak selamat, termasuk yang tidak selamat secara seksual. Adalah penting untuk kanak-kanak mengenali tanda-tanda ini untuk kekal selamat. Kanak-kanak autisme mungkin mendapati lebih mencabar untuk mengenal pasti tanda amaran ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara membantu kanak-kanak autisme mengenali isyarat dalaman tubuh ini, sila rujuk
Memahami Inderosepsi: Membantu Individu Autisme Merasakan Perasaan Dalaman Tubuh.

5. Sentuhan selamat berbanding sentuhan berisiko

Adalah penting untuk menjelaskan bahawa perbatasan peribadi termasuk peraturan tentang siapa yang boleh menyentuh tubuh mereka dan bila ini boleh berlaku. Anda perlu mengajar anak anda secara jelas dan nyata tentang perbezaan antara sentuhan selamat dan sentuhan yang berisiko atau tidak selamat.

Sebagai contoh, sentuhan selamat mungkin pelukan daripada orang tersayang atau pemeriksaan doktor, manakala sentuhan tidak selamat bermakna orang asing yang meminta ciuman atau seseorang menyentuh bahagian sulit mereka tanpa alasan yang kukuh atau persetujuan mereka. Wujudkan peraturan yang jelas, seperti hanya ibu bapa atau doktor boleh menyentuh kemaluan kanak-kanak atas sebab kesihatan.

Perlu juga dijelaskan bahawa apa yang dirasakan seperti sentuhan selamat untuk seseorang mungkin tidak bermakna akibat yang sama untuk orang lain. Sebagai contoh, seseorang mungkin seronok digelitik, manakala yang lain mungkin tidak. Begitu juga, tidak mengapa untuk mencium kawan rapat atau ahli keluarga, tetapi bukan orang yang tidak dikenali.

Menggunakan alat bantuan visual boleh menerangkan konsep ini dengan lebih jelas. Gambar yang menunjukkan pelukan daripada rakan dengan pangkah hijau dan pelukan daripada orang yang tidak dikenali dengan palang merah boleh membantu membezakan sentuhan baik dengan yang dilarangkan.

Aktiviti seperti ‘rangkaian persahabatan’ (Circle of Friends) boleh membantu anak anda memahami perbatasan peribadi. Ajar mereka secara jelas dan nyata tentang persetujuan, menekankan bahawa mereka mempunyai hak untuk mengatakan ‘tidak’ kepada sebarang sentuhan yang membuatkan mereka tidak selesa.

Cerita sosial boleh menerangkan situasi di mana seseorang mungkin bertindak tidak wajar, membantu anak anda memahami perkara yang perlu dilakukan. Ajar mereka untuk memberitahu orang dewasa yang dipercayai, seperti ibu bapa atau guru, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Keselamatan dalam talian adalah satu lagi aspek penting. Jelaskan kepada anak anda bahawa tidak semua yang dipaparkan di Internet sesuai untuk mereka, terutamanya imej orang berbogel atau aktiviti seksual. Bincangkan bahawa pornografi membesar-besarkan kecenderungan syahwat dan bukan cara yang baik untuk belajar tentang seks. Ajar mereka tentang keselamatan siber dan cara menggunakan telefon bimbit mereka secara bertanggungjawab.

ASERT – Be Safe: Okay and Not Okay Touches Social Story
Living with Autism – boleh dimuat turun social stories about personal safety termasuk penjelasan tentang dewasa yang boleh dipercayai dan sentuhan selamat berbanding sentuhan berisiko.

5. Sentuhan selamat berbanding sentuhan berisiko

Adalah penting untuk menjelaskan bahawa perbatasan peribadi termasuk peraturan tentang siapa yang boleh menyentuh tubuh mereka dan bila ini boleh berlaku. Anda perlu mengajar anak anda secara jelas dan nyata tentang perbezaan antara sentuhan selamat dan sentuhan yang berisiko atau tidak selamat.

Sebagai contoh, sentuhan selamat mungkin pelukan daripada orang tersayang atau pemeriksaan doktor, manakala sentuhan tidak selamat bermakna orang asing yang meminta ciuman atau seseorang menyentuh bahagian sulit mereka tanpa alasan yang kukuh atau persetujuan mereka. Wujudkan peraturan yang jelas, seperti hanya ibu bapa atau doktor boleh menyentuh kemaluan kanak-kanak atas sebab kesihatan.

Perlu juga dijelaskan bahawa apa yang dirasakan seperti sentuhan selamat untuk seseorang mungkin tidak bermakna akibat yang sama untuk orang lain. Sebagai contoh, seseorang mungkin seronok digelitik, manakala yang lain mungkin tidak. Begitu juga, tidak mengapa untuk mencium kawan rapat atau ahli keluarga, tetapi bukan orang yang tidak dikenali.

Menggunakan alat bantuan visual boleh menerangkan konsep ini dengan lebih jelas. Gambar yang menunjukkan pelukan daripada rakan dengan pangkah hijau dan pelukan daripada orang yang tidak dikenali dengan palang merah boleh membantu membezakan sentuhan baik dengan yang dilarangkan.

Aktiviti seperti ‘rangkaian persahabatan’ (Circle of Friends) boleh membantu anak anda memahami perbatasan peribadi. Ajar mereka secara jelas dan nyata tentang persetujuan, menekankan bahawa mereka mempunyai hak untuk mengatakan ‘tidak’ kepada sebarang sentuhan yang membuatkan mereka tidak selesa.

Cerita sosial boleh menerangkan situasi di mana seseorang mungkin bertindak tidak wajar, membantu anak anda memahami perkara yang perlu dilakukan. Ajar mereka untuk memberitahu orang dewasa yang dipercayai, seperti ibu bapa atau guru, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Keselamatan dalam talian adalah satu lagi aspek penting. Jelaskan kepada anak anda bahawa tidak semua yang dipaparkan di Internet sesuai untuk mereka, terutamanya imej orang berbogel atau aktiviti seksual. Bincangkan bahawa pornografi membesar-besarkan kecenderungan syahwat dan bukan cara yang baik untuk belajar tentang seks. Ajar mereka tentang keselamatan siber dan cara menggunakan telefon bimbit mereka secara bertanggungjawab.

ASERT – Be Safe: Okay and Not Okay Touches Social StoryLiving with Autism – boleh dimuat turun social stories about personal safety termasuk penjelasan tentang dewasa yang boleh dipercayai dan sentuhan selamat berbanding sentuhan berisiko.

Sumber

Pendidikan seks positif untuk kanak-kanak dan remaja
Keselamatan dalam talian
Cerita-cerita daripada ibu-bapa kanak-kanak autisme

Terus berhubung!