Bagaimana untuk menangani krisis
Bagaimana untuk menangani krisis
Mengendalikan krisis pada kanak-kanak autisme memerlukan pendekatan yang diperibadikan kerana tiada dua kanak-kanak autisme adalah sama. Walaupun tidak semua strategi berkesan untuk setiap kanak-kanak, beberapa teknik yang biasa digunapakai boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan individu mereka.
Membawa kepada kehilangan pengawalan emosi
Kadangkala anda mungkin tahu bahawa anak anda berada dalam situasi yang sukar atau mereka semakin gelisah atau terharu. Jika anda mengenali tanda-tanda kekecewaan, kemarahan atau kehampaan, seperti menjerit, melarikan diri atau mengayun, anda boleh campur tangan lebih awal.
Beberapa strategi berguna termasuk:
Ubah suai persekitaran
- Jika boleh, dengan menutup pintu, memadamkan lampu atau beralih ke ruang yang tidak hingar.
Sokong anak anda
- Mengakui perasaan mereka, mendengar dan memahami situasi mereka.
- Elakkan bercakap terlalu banyak dan jangan suruh mereka bertenang, kerana ini boleh menambah tekanan. Sebaliknya, bimbing mereka ke tempat yang sunyi dengan gambar atau perkataan bertulis.
- Beri ruang kepada anak anda dan jangan sentuh mereka melainkan jika mereka bertanya.
Ubah hala anak anda dengan pilihan
- Ubah hala anak anda ke arah sesuatu yang positif dengan dua hingga tiga pilihan berstruktur, seperti aktiviti berbeza, berjalan-jalan atau jika di sekolah, berehat dan menikmati minuman.
Teknik menenangkan
- Gunakan barangan daripada peralatan penyediaan mereka untuk menenangkannya.
- Ingatkan anak anda tentang teknik beristirehat atau alat bantu deria menggunakan isyarat visual.
- Tawarkan untuk melakukan senaman pernafasan bersama.
Semasa krisis
Mengubah persekitaran
- Tinggalkan tempat kejadian: Berpindah ke lokasi lain mungkin membantu anak anda bertenang.
- Kurangkan input deria: Padamkan lampu dan lenyapkan kehingaran keadaan. Tawarkan fon kepala yang membatalkan hingar jika itu membantu.
Menyediakan ruang dan sokongan:
- Beri mereka ruang: Kekal rapat seperti yang dibenarkan oleh keselesaan mereka. Jangan biarkan mereka bersendirian kerana ini boleh menghantar mesej negative bahawa mereka tidak layak mendapat sokongan daripada orang yang mereka sayangi apabila keadaan menjadi sukar.
- Pastikan keselamatan: Sediakan rancangan untuk memastikan semua orang selamat, kerana krisis boleh menyebabkan kecederaan akibat kemalangan semasa keadaan mencemaskan.
Mengurus reaksi anda sendiri
- Tetap tenang: Anak anda dapat merasakan kekecewaan anda, yang boleh memburukkan lagi krisis. Pastikan muka dan suara anda neutral dan tunggu dengan sabar.
Berkomunikasi dengan berkesan
- Elakkan logik: Sia-sia sahaja memberi alasan logik kepada kanak-kanak dalam keadaan kehilangan pengawalan emosi. Jangan bercakap terlalu banyak; keadaan mereka sudah cukup mengharukan.
Selepas krisis
Sejurus selepas krisis, anak anda mungkin berasa malu atau letih. Beri mereka sedikit masa, ruang dan aktiviti biasa untuk membantu mereka bertenang. Mereka boleh membaca buku, menyentuh objek deria, meluangkan masa bersama haiwan peliharaan keluarga atau mendengar muzik kegemaran mereka.
Jika anak anda boleh berkomunikasi, anda boleh membincangkan perkara yang terbaharu berlaku apabila anda berdua sudah bertenang. Ini mungkin berlaku kira-kira 30 minit selepas krisis. Berbual boleh membantu mereka memahami perasaan mereka dengan lebih baik.
Adalah penting untuk mengenal pasti sebarang pencetus baharu atau gabungan pencetus yang mungkin menyebabkan krisis berulang. Mengenali unsur-unsur pencetus boleh membantu anda mencegah situasi yang sama berulang pada masa hadapan.
Apabila krisis berlaku di sekolah
Kanak-kanak autisme yang di usia persekolahan sering terdedah kepada krisis kehilangan pengawalan emosi kerana terdapat pelbagai pencetus di sekolah. Walaupun mereka mungkin berupaya pulih dengan cepat semasa dalam jagaan ibu bapa atau penjaga, keadaan mungkin berbeza di sekolah. Guru anak anda perlu memahami dan membantu semasa krisis.
Berbincang dengan guru dan bersetuju dengan strategi-strategi yang perlu digunapakai apabila krisis berlaku. Kongsi sebanyak mungkin maklumat tentang unsur-unsur pencetus krisis anak anda dan pemulihan yang membantu mereka.
Berikut adalah beberapa petua tambahan:
- Menyelaraskan rancangan dengan kakitangan sekolah untuk membuat persediaan krisis.
- Sediakan peralatan penyediaan dalam beg sekolah anak anda.
- Minta guru menyediakan tempat yang sunyi untuk beri peluang anak anda bertenang.
- Bincangkan jadual harian dengan anak anda sebelum sekolah, menggunakan maklumat terkini daripada guru.
Dapatkan sokongan profesional
Sumber
Autism and ADHD Connection
Bacaan Tambahan
Mengurus kehilangan pengawalan emosi dalam autisme
Mengelakkan krisis