Autisme kesedihan
Butiran utama
- Dukacita atau kesedihan adalah perasaan yang unik kepada setiap orang yang melaluinya.
- Orang dengan autisme mungkin mengalami duka cita atau kesedihan akibat kehilangan orang tersayang, aktiviti yang digemari, objek kegemaran, atau ruang selamat yang menenangkan.
- Orang dengan autisme mengalami dan meluahkan perasaan dukacita mereka berbeza daripada orang biasa.
- Tidak mudah untuk mereka meluahkan perasaan dukacita dan memahami kesedihan yang mana akan melahirkan tindak balas tingkah laku dan reaksi fizikal yang berbeza.
- Tindak balas tingkah laku yang akan berlaku: emosi terpendam bergolak, mudah tersinggung, kusut pemikiran, kesukaran merancang serta bertindak dengan sepatutnya dan kegagalan mengawal perasaan.
- Reaksi fizikal: rasa loya, pening kepala, sengal badan, perubahan waktu haid dan masaalah penghadaman makanan.
- Keresahan dan kerisauan tentang pergaulan sosial: kekhuatiran tentang persekitar sosial yang belum dikenali, keadaan kehidupan yang berubah dan rutin harian yang telah berubah.
- Gangguan Kesedihan Berpanjangan (Prolonged Grief Disorder – PGD): keadaan kesedihan atau dukacita yang berpanjangan dan sengit mungkin memerlukan bantuan profesional kerana kesan buruk terhadap kehidupan seharian.
Kesedihan yang melanda orang dengan autisme
Dukacita dan kesedihan adalah tindak balas semula jadi apabila kehilangan seseorang atau sesuatu yang kita sayangi. Keadaan ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi, seperti:
- Kematian ahli keluarga, rakan, jiran, rakan sekerja, guru, atau haiwan kesayangan.
- Kehilangan pekerjaan atau putus hubungan, perubahan besar dalam kehidupan seperti perceraian atau berpindah ke tempat baharu.
- Peristiwa penting yang menjejaskan gaya hidup komuniti terdekat atau seluruh dunia, seperti pandemik COVID-19.
- Kematian tokoh terkemuka, seperti pemimpin Kerajaan; politik atau selebriti, walaupun tidak mengenali mereka secara peribadi.
- Penyakit tenat seseorang yang rapat atau yang sedang nazak.
Bagi orang dengan autisme, samada kanak-kanak atau dewasa, kesedihan mungkin berpunca daripada kehilangan objek kegemaran, aktivit yang digemari, atau ruang selamat yang menenangkan.
Walaupun terdapat pelbagai penyelidikan tentang bagaimana kesedihan memberi kesan kepada orang awam, penyelidik-penyelidik masih memperdalami tentang bagaimana kesedihan memberi kesan secara khusus kepada orang dengan autisme.
Kesedihan Juga Spektrum
Kesedihan Juga Spektrum | Projek Autisme Kesedihan
Lima fakta umum yang penting mengenai kesedihan:
1. Kesedihan adalah unik untuk setiap orang
Lazimnya kita menangani kesedihan dengan cara tersendiri dan cara mengatasinya berbeza bagi setiap orang. Adalah penting untuk memahami bahawa kesedihan tidak mencerminkan betapa kita menghargai orang yang telah meninggal dunia tersebut; tetapi hanya bagaimana kita secara individu bertindak balas terhadap kesengsaraan itu. Reaksi kita boleh berubah berdasarkan tahap penderitaan yang dialami.
2. Kesedihan tidak mengikut jadual waktu
Penderitaan tidak berpegang pada garis masa atau peringkat yang ditetapkan. Kesengsaraannya lebih seperti roller-coaster, dengan pergolakkan emosi yang tidak terkawal. Kesengsaraan baharu boleh mengimbau kembali penderitaan masa lalu dan anda mungkin bertindak balas secara berbeza daripada sebelumnya.
Autisme dan kesedihan
Adalah sukar bagi orang dengan autisme meluahkan perasaan mereka apabila mengalami kehilangan. Reaksi mereka apabila kehilangan orang, haiwan atau bahan yang tersayang boleh berbeza bergantung pada pemahaman mereka tentang apa yang sedang berlaku dan sejauh mana mereka boleh berkongsi perasaan sedih mereka.
Kematian, keadaan abstrak dan boleh dianggap rumit, akan sukar difahami oleh sebahagian besar orang dengan autisme. Mereka mungkin menyedari seseorang telah pergi tetapi tidak berdaya untuk meluahkan pemahaman mengenainya atau bagaimana pemergian tersebut mengubah kehidupan seharian mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak dengan autisme mungkin tidak mampu memahami sepenuhnya makna pemergian seseorang atau mengetahui bagaimana mereka harus berkelakuan dalam situasi seperti upacara pengebumian atau proses perkabungan.
Pengalaman yang dicerita oleh orang dengan autisme menunjukkan bahawa mereka sering mengalami dan bertindak balas terhadap kesedihan secara berbeza daripada khalayak ramai. Orang dengan autisme yang dewasa mungkin mengalami reaksi emosi, tingkah laku, fizikal dan mental yang serupa dengan orang yang mengalami ketekanan jiwae.
“Kesedihan orang dengan autisme tidak seperti kesedihan orang biasa”
Karla Fisher menyedari bahawa dia autistik semasa bertugas dengan ahli terapi mengenai isu kesedihan. Dia mula memahami kesedihannya sebagai isu pemprosesan deria dan mencadangkan strategi untuk kedua-dua penjaga dan orang dengan autisme yang dewasa untuk mengendalikannya dengan lebih baik.
Autisme dan perkabungan
Autisme dan perkabungan | Purple Ella
Orang dengan autisme akan mempamerkan reaksi berbeza terhadap kesedihan dan duka cita seperti berikut:
Tidak mempamerkan perubahan luaran
- Mungkin tidak boleh menangis atau menunjukkan emosi
- Kesukaran berdepan dengan emosi sendiri
Tindak balas tingkah laku
- Menunjukkan tindak balas emosi yang selama ini terpendam atau sangat sengit
- Kelihatan lebih resah, gelisah
- Mengalami peningkatan dalam ciri-ciri autistik seperti merajuk berlebihan, menangis teresak-esak, menyisihkan diri atau kesukaran untuk bertutur dengan jelas.
- Mengalami kesukaran untuk mengatur, merancang dan menumpukan perhatian pada tugas – aturan kemahiran yang dikenali sebagai fungsi eksekutif.
- Mengalami kesukaran untuk mengurus dan memahami emosi mereka sendiri – juga dikenali sebagai peraturan emosi.
Perubahan fizikal
- Masalah fizikal seperti meloya, pening kepala, sengal tubuh, atau perubahan dalam waktu haid atau kesukaran penghadaman makanan
Keresahan
- Kekhuatiran tentang cara berkelakuan yang sewajarnya dalam suasana sosial seperti melawat hospital, menghadiri upacara pengebumian atau mengendali emosi orang lain yang keterlaluan
- Kekhuatiran tentang perubahan dalam hidup mereka akibat kehilangan – takut kehilangan rutin yang biasa dan boleh diramalkan.
Adalah penting untuk mengetahui bahawa jikalau orang dengan autisme tidak menzahirkan perubahan yang jelas dalam tingkah laku mereka, itu tidak bermakna mereka tidak sedih atau tidak memahami kehilangan tersebut. Ketiadaan reaksi menunjukkan bahawa mereka berasa terharu dan rawan. Kesedihan mereka harus diakui dan difahami. Mereka memerlukan masa dan ruang untuk memahami kehilangan tersebut dan meluahkan perasaan mereka dengan cara yang selesa untuk mereka.
Bila perlu mendapat bantuan professional?
Tiada jadual waktu untuk kesedihan. Setiap orang mengalaminya dengan cara tersendiri. Bagi orang dengan autisme, pengalaman kesedihan mereka berbeza daripada orang biasa.
Secara purata, penyelidikan menunjukkan bahawa 7 – 10% mereka yang merasai kehilangan mungkin mengalami kesedihan yang teruk, juga dikenali sebagai Gangguan Kesedihan Berpanjangan (Prolonged Grief Disorder – PGD).
Penyelidikan tentang keadaan ini amat terhad bagi orang dengan autisme. PGD berlaku apabila seseorang mengalami kesedihan yang teruk selama lebih daripada enam bulan. Kesedihan jenis ini menjejaskan kesihatan tubuh dan minda mereka, seterusnya menyukarkan kehidupan seharian.
Tanda-tanda gejala Gangguan Kesedihan Berpanjangan (PGD):
- Terlalu merindui arwah yang telah meninggal.
- Sukar menerima pemergian arwah.
- Rasa kaku atau menyisihkan diri.
- Mengalami masalah tidur atau tidur lebih daripada biasa
- Kesukaran memfokus dan menyelesaikan tugas harian tepat pada masanya.
- Sering ponteng untuk ke tempat kerja atau kelas kerana keletihan
- Hilang minat dalam aktiviti yang biasa digemari.
- Berawan, gundah-gulana atau kemurungan.
- Mengelak bercampur dengan rakan dan aktiviti sosial.
- Berperasaan seperti hidup tidak bermakna.
- Kejengkelan yang tidak terkawal
![GAA](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/GAA.png)
Adalah penting untuk mengenali tanda-tanda tersebut bagi mendapatkan sokongan yang diperlukan ke arah menguruskan kesedihan dengan berkesan. Kesedihan kadangkala boleh keterlaluan sehingga perlu dilayan seperti trauma. Terapi khusus boleh membantu. Jika anda atau orang dengan autisme dibawah jagaan anda terbelenggu dengan kesedihan dalam jangka masa yang lama, anda perlu mendapatkan bantuan daripada profesional kesihatan mental yang arif dengan cara-cara menyokong orang yang dilanda kesengsaraan.
Untuk panduan tentang cara mempersediakan orang dengan autisme untuk menghadapi kehilangan dan proses kesedihan, sila lihat