Kad OKU – Pendaftaran

Apakah Kad OKU?

Kad OKU (Orang Kurang Upaya) adalah kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berfungsi sebagai kad pengenalan untuk anak anda mendapatkan sokongan yang diperlukan.

Contoh Kad OKU

Mengapa anda perlu mendapatkan Kad OKU?

  • Bagi membantu kerajaan memahami bilangan individu yang memerlukan sokongan dan merancang dengan sewajarnya.
  • Kad ini membuka peluang kepada kemudahan dan perkhidmatan yang memanfaatkan kesejahteraan hidup anak autisme anda dan membantu mempergiatkan penyertaan aktif mereka dalam komuniti setempat.
  • Untuk maklumat lanjut mengenai senarai kemudahan OKU yang disediakan oleh JKM di seluruh Malaysia, sila rujuk di bawah. Anda juga boleh merujuk laman sesawang berikut untuk informasi yang terkini.

Senarai Kemudahan & Keistimewaan OKU

Maklumat yang diterbitkan dalam risalah adalah tepat sehingga Jun 2023. Sila semak pautan JKM yang diberikan di atas untuk panduan terkini.

Siapa yang boleh membantu?

Cara memohon Kad OKU (untuk warganegara Malaysia sahaja)

Permohonan Secara Semuka

Anda boleh mengunjungi mana-mana pejabat yang ada di kawasan anda:

Borang Permohonan Untuk Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Contoh Borang Pendaftaran Kad OKU

Garis Panduan Pendaftaran OKU (Pindaan 2019): Garis Panduan Pendaftaran OKU (Pindaan 2019)

Penyerahan

  • Jika memohon secara semuka, anda disarankan agar menyerahkan borang permohonan bersama dokumen-dokumen sokongan terus kepada pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang terdekat.
  • Semak Senarai Dokumen untuk Penyerahan:

Masa Pemprosesan Pendaftaran

  • Masa pemprosesan mungkin berbeza bagi setiap pemohon, kebiasaannya diantara seminggu hingga 3 bulan. Adalah terbaik menyemak dengan pegawai JKM tempoh masa pemprosesan pendaftaran semasa membuat penyerahan borang.
  • Anda boleh menyemak status permohonan anda di sini: Semakan OKU

Pengambilan Kad

  • Anda akan dimaklumkan oleh pegawai JKM cawangan apabila kad sudah siap. Jangan lupa membawa dokumen-dokumen berkaitan sebagai bukti semasa pengambilan kad OKU.

Pengisian Borang

  • Autisme termasuk dalam kategori “Kecacatan Pembelajaran” (Kurang Upaya Pembelajaran) yang merangkumi:

i. Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD)

ii. Autisme

iii. Kelewatan Perkembangan Global (GDD)

iv. Kurang Upaya Intelektual (Intellectual Disability)

v. Gangguan Pembelajaran Spesifik (Specific LD)

  • Ibu bapa perlu mengisi: Bahagian A dan C
  • Doktor akan mengisi: Bahagian D, E, F, G, H, I
  • Bahagian J: diisi oleh doktor jika terdapat cadangan khas/khusus untuk anak anda menerima bantuan seperti prostetik/alat sokongan, ortosis, dsb. (contoh: ortosis pergelangan kaki, alat bantu jalan, kerusi roda)

Penting

Setelah anda selesai, buat sekurang-kurangnya 3 salinan permohonan lengkap termasuk dokumen sokongan untuk simpanan anda dan untuk diajukan kepada sekolah khas, program kerajaan, dan sebagainya untuk kegunaan di masa hadapan.

Profesional Perubatan Mana Yang Boleh Menandatangani Borang Permohonan Autisme

Borang mesti ditandatangani dan dicap oleh profesional perubatan yang sedang mengamalkan sebagai seorang doktor dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau National Specialist Register (NSR).

Cap rasmi doktor akan mempamerkan nombor pendaftaran MMC No. XXXXX dan/atau NSR No. XXXXX

Pakar Perubatan Yang Boleh Menandatangani Komen
Bolehkah seorang doktor dalam amalan swasta menandatangani? Ya, selagi mereka pengamal perubatan dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Daftar Pakar Kebangsaan (NSR).
1. Pakar Perubatan Keluarga (Family Medicine Specialists (FMS))

Pakar Perubatan Keluarga/FMS (1) – Kebanyakan Klinik Kesihatan (KK) kerajaan mempunyai Doktor Pakar ini. Sekiranya tiada FMS tersedia yang menjalankan penilaian dan diagnosa kanak-kanak autisme, Pegawai Perubatan di KK boleh merujuk anak anda ke Klinik Pediatrik atau Klinik Psikiatri Hospital Kerajaan berhampiran, dan proses ini mungkin mengambil sedikit masa.

Bukan semua Doktor Pakar dari kategori (1), (2), atau (3) selesa menjalankan penilaian dan membuat diagnosa kanak-kanak autisme dan menandatangani permohonan kad OKU. Ini bergantung pada pengalaman klinikal profesional, latihan, dan minat khusus doktor tersebut.

Secara umumnya, doktor dari kategori (1), (2), dan (3) boleh membuat diagnosa kanak-kanak dengan autisme sederhana hingga kehilangan upaya yang teruk (Gangguan Spektrum Autisme dengan Tahap 2 dan 3 Gangguan Komunikasi Sosial dan Tingkah Laku Berulang Terhad).

*Untuk Doktor Pakar dari kategori (2) dan (3):

Adalah disyorkan untuk menghubungi klinik Pakar Kanak-kanak atau Psikiatri swasta berhampiran anda terlebih dahulu, untuk bertanya sama ada doktor menjalankan penilaian dan diagnosa kanak-kanak autisme dan menandatangani permohonan kad OKU.

*Jika ya, buat temujanji.

Jika tidak, doktor boleh memberikan maklumat tentang doktor yang boleh menjalankan penilaian dan diagnosa di kawasan anda.

2. Pakar Kanak-kanak Am (Pediatrik/Paediatrician)
3. Pakar Psikiatri Am (General Psychiatrist)
4. Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja (Child and Adolescent Psychiatrist) Pakar Perkembangan Kanak-kanak dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja mempunyai kelayakan profesional tertinggi untuk menilai dan mendiagnosa kanak-kanak autisme. Walau bagaimanapun, terdapat begitu sedikit daripada doktor ini bermakna masa menunggu yang lebih lama untuk temujanji.
5. Pakar Perkembangan Kanak-kanak (Developmental Paediatrician)

Berikut adalah laman sesawang untuk mencari Doktor Pakar berhampiran anda yang berdaftar dengan Daftar Pakar Kebangsaan Malaysia (NSR): National Specialist Register of Malaysia

Ringkasan

  • Tidak wajib untuk mendapatkan Kad OKU, tetapi sangat membantu.
  • Kad tersebut memberikan individu autisme kelayakan untuk pelbagai program perkhidmatan dan keistimewaan lain termasuk sokongan dalam pendidikan dan penjagaan kesihatan, pengecualian cukai untuk ibu bapa mereka, dsb.
  • Mudah untuk mendaftar, dan terdapat sumber yang tersedia untuk membantu anda.

Jutaan terima kasih kepada Dr Annie Liau Vui Fun, Pakar Perunding Pediatrik yang berpangkalan di Klang Selangor, kerana berkongsi pandangan beliau mengenai proses permohonan OKU untuk autisme di blog beliau: Blogs – Dr Annie Liau Paediatrician 廖慧汶儿科医生

Ikuti perkembangan terkini dengan semua perkara hebat yang kami lakukan