Pengurusan kewangan untuk dewasa autisme

Celik kewangan kemahiran penting untuk kehidupan berdikari

Terdapat ramai orang, termasuk mereka yang autisme, bergelut dengan pengurusan kewangan yang menjejaskan kualiti hidup dan kebebasan hidup mereka. Cheak-Zamora dan rakan sekerja (2017) mendapati bahawa golongan muda autisme menganggap bahawa kekurangan pendidikan kewangan dan pengalaman kewangan mereka sebagai penghalang untuk berdikari.

Dua kajian terkini mendapati bahawa dewasa autisme menghadapi cabaran kewangan ekoran tahap pendapatan dan kemahiran pengurusan wang mereka. Mereka yang mampu berjimat-jimat wang dan mengelak daripada meminjam untuk perbelanjaan harian berasa lebih selamat. Kajian juga menunjukkan bahawa kecelikan kewangan dewasa autisme lebih rendah jika dibandingkan dengan orang bukan autisme dan ketidakpastian yang lebih besar tentang isu kewangan menyebabkan mereka berasa kurang yakin dalam menguruskan kewangan harian.

Untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka, kita perlu membantu individu autisme mencari dan mengekalkan pekerjaan bergaji lumayan serta mengajar mereka kemahiran kewangan yang penting.

Apakah dimaksudkan dengan Celik Kewangan?

Celik kewangan bermaksud mengetahui cara mengendalikan wang. Konsep ini melibatkan pemahaman tentang cara berbelanja seperti berikut:

  1. Belanjawan: Buat rancangan terperinci cara membelanjakan wang anda setiap bulan.
  2. Jimat: Ketepikan wang untuk keperluan masa depan atau kecemasan.
  3. Melabur: Gunakan wang anda untuk mengembangkan wang simpanan, seperti meyimpan ke dalam akaun simpanan bank atau melabur melalui pembelian saham
  4. Urusan hutang: Pinjam wang secara bertanggungjawab dan bayar semula tepat pada waktu yang ditetapkan.

Celik kewangan membantu seseorang membuat pilihan yang bijak, mengelakkan masalah dan yakin mengawal kewangan mereka. Berikut adalah beberapa kemahiran yang dicadangkan yang diperlukan untuk menjadi lebih bebas dengan pengurusan wang:

  • Belanjawan: Belajar merancang dan menjejaki pendapatan dan perbelanjaan.
  • Mengakses perkhidmatan dan kemudahan perbankan serta kewangan: Membuka akaun bank, menggunakan ATM, kad debit dll sama ada secara persendirian atau dengan sokongan daripada orang yang dipercayai.
  • Membayar untuk pembelian dan perbelanjaan harian: Menggunakan wang tunai, pembayaran tanpa sentuh seperti e-dompet dan kad debit, perbankan dalam talian, dll
  • Membayar bil dan yuran langganan: Belajar membayar bil-bil utiliti seperti telefon, khidmat Internet, pembayaran sewa/gadai janji tepat pada masanya supaya membina sejarah kredit yang baik dengan pembekal perkhidmatan
  • Menjimatkan wang: Untuk kegunaan masa kecemasan, simpanan jangka panjang dan perkara lain seperti percutian, hadiah untuk rakan dan keluarga, menggantikan telefon pintar dan peranti digital lain, serta sekali-sekala berbelanja untuk memanjakan diri (apa yang diperlukan berbanding dengan apa yang diidamkan).
  • Pinjaman dan kredit: Memahami kaedah pinjaman dan kredit, termasuk kepentingan mengekalkan skor kredit yang baik.
  • Pengetahuan cukai: Memahami cara cukai berfungsi, memfailkan cukai pendapatan dan menerima faedah cukai.
  • Melindungi wang mereka: Mempelajari cara melindungi daripada penipuan dan keselamatan perbankan atas talian.
  • Insurans: Memahami cara pelbagai jenis insurans seperti kereta, hayat dan perubatan menyediakan jaringan keselamatan untuk menghadapi ketidakpastian dalam kehidupan.

Bagaimana autisme memberi kesan kepada pengurusan kewangan

Walaupun keadaan berbeza untuk setiap orang, ramai individu autisme bergelut dengan fungsi eksekutif. Ini bermakna mereka mungkin tidak mempunyai motivasi untuk mencapai matlamat dan tidak bersedia untuk tugas harian seperti menguruskan wang. Mereka sering merasa sukar untuk mempelajari kemahiran seperti mengatur, perancangan dan kebolehan berfikir serta membuat rumusan tanpa pengalaman bimbingan pembelajaran. Walaupun menghadapi cabaran ini, individu autisme masih boleh belajar mengurus wang dengan berkesan.

Langkah berguna untuk mengajar Celik Kewangan kepada dewasa autisme

Mengajar celik kewangan kepada individu autisme memerlukan rancangan jangka panjang, sokongan berterusan dan peralatan berguna. Adalah penting untuk bermula secepat mungkin.

Berikut adalah beberapa langkah berguna untuk mengajar celik kewangan kepada dewasa autisme. Sesuaikan langkah ini berdasarkan keperluan peribadi, keutamaan, kemahiran dan tingkah laku:

1. Galakkan amalan penglibatan terus-menerus apabila mengajar menguruskan wang

Masih belum terlambat atau terlalu awal untuk mula membincangkan peranan wang dalam kehidupan seharian. Cari peluang untuk berlatih menggunakan wang. Sebagai contoh, galakkan dewasa autisme membayar pembelian barangan runcit di pasar raya atau semasa membeli makanan. Berlatih menggunakan kaedah pembayaran yang berbeza, termasuk wang tunai, e-dompet atau kad debit. Contoh lain adalah menggalakkan dewasa autisme menggunakan mesin ATM di bank atau membuat deposit di kaunter bank.

Pilih kedai yang selalu dilanggan di mana dewasa autisme tersebut berasa selesa dan mengenali juruwang. Untuk mengelakkan beban deria dan mengurangkan tekanan, pilih masa apabila kedai atau bank kurang sesak.

Petua: Memberi elaun untuk tugas-tugas berbayar boleh membantu. Setelah wang yang mencukupi disimpan, sediakan akaun bank untuk membantu mereka mengetahui tentang proses dan makna istilah kewangan.

 

2. Bincangkan tekanan pergaulan dengan rakan sebaya dan penipuan

Ramai orang dewasa autisme ingin menggembirakan orang lain dan menyesuaikan diri mereka secara sosial. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada rakan sebaya yang bertindak dengan licik dan memujuk mereka meminjamkan wang atau berbelanja lebih daripada yang mereka mampu. Jurujual, yang matlamat utamanya adalah untuk menjual, mungkin juga mengambil kesempatan dan memberikan maklumat yang mengelirukan. Disamping itu, adalah penting untuk mengajar mereka cara melindungi diri mereka daripada penipuan atas talian dan secara peribadi.

Petua: Jika anda bimbang seseorang telah mengambil kesempatan ke atas dewasa autisme yang anda sayangi, jejak dan semak resit mereka untuk memahami kekerapan cara pembelian mereka berlaku. Ini adalah masa yang baik untuk membincangkan nilai barangan yang dibeli dan kepentingan belanjawan yang bijaksana.

 

3. Menyediakan belanjawan bulanan dan gunakan visual untuk menjejak perbelanjaan

Setiap bulan sediakan senarai semak belanjawan. Semak perbelanjaan penting bulanan (cth, sewa, utiliti, langganan syarikat telekomunikasi). Sebagai contoh, jika bajet untuk makanan adalah RM50 seminggu tetapi RM80 telah dibelanjakan, semak untuk memahami sebab jumlah telah meningkat. Gunakan visual seperti carta pai untuk menjejaki perbelanjaan. Aplikasi bank, seperti MAE Maybank, juga menawarkan alat untuk menjejak aliran wang dibelanjakan.

Layari Menguruskan kewangan dengan Autisme untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang:
Pinjaman dan Kredit | Penjimatan dan Belanjawan Petua:
Transaksi boleh dijejaki dengan mudah menggunakan aplikasi perbankan dan aplikasi e-dompet. Pertimbangkan untuk menambah nilai e-dompet seperti GrabPay atau Touch ‘n Go dengan jumlah yang ditetapkan setiap minggu untuk memantau perbelanjaan. Mengkaji kekerapan cara perbelanjaan boleh membantu memahami tabiat berbelanja dan membina kesedaran tentang perbelanjaan dengan bijak.

 

4. Terangkan konsep kewangan seperti kredit/debit, kadar faedah, insurans dan pelaburan.

Pengurusan kewangan dan pemahaman asas tentang konsep kewangan adalah penting untuk kehidupan berdikari. Terangkan konsep kewangan dalam istilah yang mudah dan jelas yang boleh difahami oleh individu autisme. Gunakan contoh konkrit dan alat bantuan visual untuk menggambarkan konsep ini.

Layari Menguruskan kewangan dengan Autisme untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang:
Pinjaman dan Kredit | Penjimatan dan Belanjawan££Petua:
Transaksi boleh dijejaki dengan mudah menggunakan aplikasi perbankan dan aplikasi e-dompet. Pertimbangkan untuk menambah nilai e-dompet seperti GrabPay atau Touch ‘n Go dengan jumlah yang ditetapkan setiap minggu untuk memantau perbelanjaan. Mengkaji kekerapan cara perbelanjaan boleh membantu memahami tabiat berbelanja dan membina kesedaran tentang perbelanjaan dengan bijak.

 

Layari Menguruskan kewangan dengan Autisme untuk melihat siri penuh kami tentang menerangkan konsep kewangan asas kepada orang autisme.

Untuk mendapatkan petua tentang cara mengajar orang muda autisme berkenaan kemahiran pengurusan wang, pergi ke Mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan