Menguruskan keresahan dalam
kanak-kanak dan remaja autisme
Menguruskan keresahan dalam kanak-kanak dan remaja autisme
Mengenai keresahan pada kanak-kanak dan remaja autisme
Kira-kira 40 peratus di kalangan kanak-kanak dengan gangguan spektrum autisme (autism spectrum disorder – ASD) juga mengalami gangguan keresahan (Steensel, Bögels, & Perrin, 2011). Keresahan mereka mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda awal seperti keresahan yang berlebihan atau membolehkan mereka bercakap tentang perasaan mereka. Sebaliknya, keresahan yang mereka alami mungkin kelihatan sebagai ciri autisme biasa yang dipergiatkan, menjadikan komunikasi dan interaksi sosial lebih mencabar.
Maklumat lanjut boleh didapati dalam rencana
Bagaimanakah anda boleh membantu anak anda menguruskan keresahan mereka?
Bantu anak anda belajar mengenali perasaan resah
Inderosepsi adalah deria yang membantu kita memahami isyarat dalaman, seperti kelaparan atau jantung yang berdegup kencang. Bagi kanak-kanak autisme, kesukaran dengan inderosepsi boleh menyukarkan mereka untuk mengenali tanda-tanda keresahan, kerana mereka mungkin gagal untuk melihat atau mentafsir isyarat dalaman ini.
Anak autisme anda mungkin perlu mempelajari mengesan tanda-tanda keresahan dalam tubuh mereka. Contohnya, apabila berasa resah, tapak tangan mereka mungkin berpeluh, perut mereka memulas dan berasa pelik, jantung mereka mungkin berdegup lebih laju, atau tangan mereka mungkin mengepak.
Anda boleh cuba menggunakan carta semak badan. Lukiskan garis besar tubuh seseorang dan warnakan tubuh anak anda atau tunjukkan apa yang berlaku pada setiap bahagian tubuh mereka apabila mereka berasa takut atau resah. Ini boleh membantu mereka mengenal pasti dan memahami tindak balas fizikal mereka terhadap keresahan.
Ketahui lebih lanjut tentang cara membantu anak autisme anda mengenali perasaan keresahan dalaman mereka dalam rencana
Strategi menenangkan diri dan beristirahat
Strategi menenangkan diri dan beristirahat sangat membantu untuk menguruskan keresahan. Anda boleh membantu anak anda mempelajari cara untuk bertenang apabila mereka mula berasa resah atau tertekan. Adalah lebih baik untuk menggunapakai beberapa teknik yang boleh dipelajari oleh anak anda dan dia berasa yakin menggunakannya.
Sesetengah strategi mungkin berfungsi lebih baik dalam situasi yang berbeza. Apabila terdedah kepada situasi yang tertekan, melibatkan diri dalam aktiviti kegemarannya boleh membantu anak anda bersabar sehingga perasaan resah itu tamat.
Ini mungkin semudah memejamkan mata dan mengira dengan perlahan angka satu hingga 10, atau pergi ke kawasan yang sunyi, atau melakukan senaman fizikal. Strategi lain yang boleh digunapakai termasuk:
Pernafasan dalam
Calming Belly Breathing for Kids – Blowing Candles | Mindfulness
Menegang dan melonggarkan otot
PROGRESSIVE MUSCLE RELAXATION for children Guided Session Compilation
Latihan keprihatinan
Teknik pembumian (grounding) – Kaedah pengawalan diri untuk mengawal tekanan, serangan panik dan keresahan
The 5-4-3-2-1 Method: A Grounding Exercise to Manage Anxiety
Teknik pembumian 5-4-3-2-1 menggunakan lima jenis deria dan boleh dipasangkan dengan kit pembumian buatan sendiri yang mengandungi barangan yang anak anda tahu benar, contohnya mainan boneka kegemaran, bola tekanan, bau-bauan minyak pati, gula-gula getah/gula-gula, dan lain-lain.
Galakkan anak anda mempergunakan strategi ini apabila mereka dalam keadaan tenang. Sebaik sahaja mereka berjaya menguasai strategi dengan baik, ambil masa untuk membimbing mereka untuk menggunakannya apabila mereka berasa resah.
Bagi individu autisme, amalan kesedaran tradisional atau teknik meditasi yang memerlukan mereka duduk diam mungkin mencabar. Jangan menghindarkan mereka bergerak, membuka atau menutup mata, merangsang atau memainkan muzik sebagai latar belakang.
Amalan kesedaran akan kelihatan berbeza untuk setiap orang. Perkara yang paling penting untuk diambil kira adalah teknik ini boleh diakses dan boleh diubah suai untuk menyokong kesejahteraan semua orang.
Alat visual membantu kanak-kanak dan remaja autisme bersedia untuk situasi resah
Untuk menjadikan persekitaran lebih mudah diduga, gunakan alat bantuan visual seperti jadual waktu, jadual dan set teratur untuk rutin harian (cth, berpakaian, mencuci). Cerita sosial boleh menyediakan anak anda untuk berhadapan situasi yang membuat mereka cemas.
Contohnya, jika anak anda berasa resah apabila dihantar mereka ke sekolah, ambil gambar aktiviti harian mereka – berjalan di pintu pagar sekolah, duduk di dalam bilik darjah, bersukan, makan tengah hari, dsb. Anda juga boleh mengambil foto perkara yang akan anda lakukan semasa anda tidak bersama mereka, seperti memandu pulang, membeli-belah, berkebun dan sebagainya. Sertakan gambaran yang jelas tentang aktiviti anda apabila kembali untuk menjemput anak anda pulang.
Jika anak anda berasa resah apabila terdapat perubahan dalam rutin, jadual visual harian atau mingguan boleh membantu menyediakannya. Apabila anda mendapat tahu tentang perubahan akan datang, seperti tiada kelas renang semasa cuti sekolah, tunjukkan ini pada jadual. Menjelang perubahan, semak jadual dengan kerap bersama anak anda supaya mereka faham bahawa rutin mingguan akan berbeza.
Bina kesabaran terhadap ketidakpastian
Walaupun menjadikan kehidupan mereka lebih mudah diduga boleh membantu kanak-kanak autisme menguruskan keresahan yang disebabkan oleh ketidakpastian, ini juga boleh menyebabkan mereka terlalu bergantung kepada rutin. Memandangkan ketidakpastian tidak dapat dielakkan, adalah penting untuk membantu kanak-kanak membina kesabaran terhadapnya.
Satu kaedah yang berkesan adalah memperkenalkan ketidakpastian secara beransur-ansur dalam persekitaran berstruktur dan menggalakkan kanak-kanak autisme menguruskan keresahan mereka. Sebagai contoh, jika kanak-kanak kecewa apabila rutin terganggu, bantu mereka menilai sejauh mana perubahan ini ketara (cth, adakah duduk di tempat yang berbeza semasa makan tengah hari lebih menjengkelkan daripada menggunakan pisau-sudu-garfu yang berbeza?) dan uruskan perasaan mereka apabila gangguan berlaku.
Memperkenalkan ketidakpastian semasa bermain juga boleh membantu. Sebagai contoh, meminta kanak-kanak meneka apa yang ada di dalam beg dengan merasakan teksturnya membantu mereka berlatih menangani ketidakpastian.
Peluang untuk berlatih mengendalikan situasi resah
Bila perlu mendapatkan bantuan profesional?
Keresahan memberi kesan yang berbeza kepada setiap orang dan, seperti juga autisme, keresahan wujud dalam spektrum. Bagi sesetengah kanak-kanak dan remaja autisme, keresahan yang berlaku sangat kerap dan sengit sehingga memberi kesan kepada kualiti kehidupan seharian mereka. Ini akan membawa kepada mengelakkan sekolah atau acara sosial, ketakutan yang hebat seperti takutkan anjing, dan kebimbangan berterusan tentang perkara buruk yang disangkakan akan berlaku.
Gangguan keresahan adalah berasingan daripada autisme dan boleh dirawat. Apabila keresahan mengganggu kehidupan untuk masa yang lama, keadaan ini dianggap sebagai gangguan keresahan. Dengan menggunapakai kemahiran dan sokongan khusus bagi mengatasi yang betul, sebahagian besar orang boleh menguruskan gejala mereka.
Jika keresahan anak anda memberi kesan negatif kepada kualiti kehidupan seharian mereka, anda disarankan untuk berjumpa pakar psikologi kanak-kanak yang pastinya boleh membantu. Pakar psikologi kanak-kanak boleh bekerjasama dengan anak dan keluarga anda untuk membangunkan strategi yang berupaya mengurangkan keresahan, menyediakan ruang yang selamat untuk meneroka keresahan mereka, mengenal pasti pencetus dan mempelajari kemahiran mengatasinya.
Pakar psikologi menggunakan pelbagai pendekatan seperti terapi tingkah laku kognitif, pendedahan beransur-ansur dan cerita sosial.
Ubat-ubatan juga boleh mengurangkan gejala keresahan pada kanak-kanak autisme. Tetapi kaedah ini biasanya disyorkan hanya apabila keresahan yang ekstrim menjejaskan kualiti kehidupan seharian kanak-kanak dan strategi lain tidak cukup untuk mengurangkan keresahan. Anda boleh berbincang dengan pakar pediatrik anda tentang pilihan rawatan ini.