Apa yang perlu dilakukan jika anak anda dibuli?

Apa yang perlu dilakukan jika anak anda dibuli?

Jika anak autisme anda dibuli di sekolah, bertindak segera dan dapatkan bantuan daripada pihak sekolah. Semua sekolah di Malaysia mempunyai dasar anti-buli yang direka untuk melindungi semua pelajar.

Berbincang dengan kakitangan sekolah

Bertemu dengan guru atau kakitangan sekolah anak anda. Nyatakan kebimbangan anda dengan jelas dan tenang. Rancang apa yang anda ingin katakan terlebih dahulu. Semasa mesyuarat, terangkan bagaimana pembulian itu memberi kesan buruk kepada anak anda dan dapatkan perspektif sekolah. Bersikap khusus tentang insiden dan ambil perhatian tentang apa yang guru katakan dan sebarang tindakan yang dipersetujui.

Merangka pelan yang jelas

Sebelum menamatkan mesyuarat, pastikan anda mempunyai rancangan yang jelas. Elakkan menghubungi pembuli atau ibu bapa mereka secara langsung, kerana ini boleh memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mencari penyelesaian.

Jika pembulian berterusan

Jika perlakuan membuli berterusan walaupun anda berusaha, ambil langkah selanjutnya:
  • Simpan rekod insiden.
  • Tulis kepada guru, menyatakan pembulian masih berlaku dan minta jawapan bertulis.
  • Berbincang dengan pengetua untuk mencari penyelesaian.

Pendekatan untuk membantu anak anda di sekolah

  • Merajahkan kawasan aktiviti anak anda: Buat peta persekitaran sekolah anak anda untuk mengenal pasti kawasan di mana mereka rasa terdedah. Ini membantu sekolah memberi tumpuan kepada bidang ini.
  • Waktu rehat dan makan tengah hari: Kawasan permainan sekolah adalah salah satu tempat di mana kanak-kanak dan remaja autisme boleh menjadi paling terdedah. Cadangkan agar sekolah mempunyai aktiviti waktu rehat berstruktur dan ruang selamat seperti:
    • Kelab makan tengah hari
    • Masa perpustakaan
    • Kebenaran untuk menggunakan makmal komputer
    • Aktiviti taman permainan berstruktur yang membantu anak anda bersosial
  • Sistem kawan dan berkawan: Bantu anak anda berkawan dan berasa disokong.
    • Contohnya, bangku persahabatan di mana kanak-kanak boleh duduk jika mereka memerlukan kehadiran seseorang untuk berbual atau bermain.
    • Menggunakan konsep circle of friends boleh mengajar kanak-kanak lain tentang autisme dan juga membantu pelajar autisme mengembangkan kemahiran sosial.
  • Sistem untuk melaporkan buli:
    • Kanak-kanak autisme mungkin tidak berasa selesa melaporkan perlakuan buli secara bersemuka.
    • Kotak laporan perlakuan buli membolehkan mereka melaporkan insiden secara peribadi.
    • Ini juga memberi mereka lebih banyak masa untuk mempertimbangkan kata-kata mereka semasa membuat laporan.
  • Program kesedaran autisme
    • Berbincang dengan sekolah tentang program untuk mendidik kanak-kanak lain tentang kepekaan autisme, tanpa mengasingkan anak anda.
  • Sokongan konsisten
    • Pastikan anak anda mendapat sokongan pasukan kakitangan yang jujur menjalankan tugas yang mereka percayai.
    • Ketekalan (consistency) dalam sokongan adalah penting untuk mengelakkan kekecewaan.
    • Maklum balas yang tidak konsisten daripada kakitangan mungkin tidak menggalakkan anak anda untuk melaporkan insiden buli pada masa hadapan.

Pendekatan seluruh sekolah

Kajian menunjukkan bahawa sekolah yang menggunakan pendekatan keseluruhan sekolah terhadap buli sering mengalami pengurangan buli dan persekitaran yang lebih selamat. Galakkan sekolah untuk mengamalkan strategi anti-buli yang komprehensif, termasuk:
  • Pelajaran anti-buli untuk semua pelajar
  • Menggalakkan pelajar melaporkan perlakuan buli
  • Melibatkan semua kakitangan dan pelajar dalam pencegahan perlakuan buli
  • Poster dan bahan bertulis yang jelas mempromosikan dasar toleransi sifar mengenai buli

Memperkasakan anak anda

Jika anak autisme anda dibuli di sekolah, mereka memerlukan kasih sayang dan sokongan di rumah. Yakinkan mereka bahawa perlakuan membuli bukan salah mereka dan anda akan membantu menyelesaikannya.

  • Terangkan tentang perlakuan buli: Gunakan lakonan, jalur kartun atau buku cerita untuk membantu anak anda memahami perbezaan antara buli dan salah faham. Jelaskan bahawa buli menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.
  • Sediakan strategi menyelamatkan diri: Sediakan kad bantuan (prompt card) yang menyenaraikan langkah yang perlu diambil dan peta tempat selamat di sekolah. Jika berlaku pembulian ajar mereka untuk berkata, “Berhenti – Saya tak suka,” dan untuk mendapatkan bantuan daripada guru.

Lihat artikel kami tentang

untuk mendapatkan petua bagi memperkasakan anak anda dengan kemahiran untuk menyokong diri mereka sendiri dan bersuara menentang perlakuan buli.

  • Galakkan persahabatan: Atur jadual bermain bersama (play date) dan aktiviti sosial. Rakan yang menyokong boleh membantu melindungi anak anda daripada dibuli.
  • Menangani kesan jangka panjang: Buli boleh menyebabkan isu seperti kerendahan harga diri, masalah tingkah laku dan tumpuan yang lemah. Kanak-kanak mungkin mengelakkan pergaulan sosial kerana ketakutan dan mungkin mengalami penyakit yang berkaitan dengan tekanan.
  • Tingkatkan harga diri: Puji anak anda atas usaha dan pencapaian mereka. Sediakan buku atau papan pencapaian untuk mempamerkan kejayaan mereka. Kongsi kisah individu autisme yang berjaya untuk memberi inspirasi kepada mereka.
  • Ajar strategi tindak balas: Lengkapkan anak anda dengan strategi apabila mereka berasa kecewa, seperti berjumpa guru tertentu atau menggunakan kotak laporan pembuli untuk melaporkan perlakuan buli.
  • Latihan kemahiran sosial: Anak anda mungkin mendapat manfaat daripada latihan untuk mengenali perbezaan tingkah laku mesra dan tidak mesra. Gunakan rancangan TV dengan ungkapan yang dibesar-besarkan, seperti program Mr Bean atau The Simpsons, untuk mengajar kemahiran ini.
  • Dapatkan bantuan profesional: Jika perlu, dapatkan sokongan profesional kesihatan untuk membina keyakinan dan harga diri anak anda.

Bagaimana jika anak autisme anda membuli?

Kanak-kanak autisme boleh menunjukkan tingkah laku membuli, tetapi niat mereka mungkin berbeza. Mereka mungkin bergelut dengan peraturan sosial yang mungkin mengelirukan dan tidak menyedari kesan tindakan mereka. Pihak sekolah harus memahami bagaimana autisme mempengaruhi kanak-kanak berkenaan dan mengelakkan membuat kesimpulan terburu-buru.

Adalah penting bagi kakitangan sekolah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

  • Empati dan memahami: Fahami perspektif kanak-kanak dan galakkan empati.
  • Gunakan pendekatan pemulihan: Bekerjasama dengan kumpulan yang lebih besar untuk memulihkan keadaan dan hubungan.
  • Redakan keresahan: Usahakan cara terbaik untuk membantu kanak-kanak berasa kurang cemas atau resah.
Kanak-kanak autisme mungkin bertindak balas dengan cara tertentu disebabkan oleh salah faham normasosial; keresahan; atau keperluan untuk kawalan, yang boleh disalah anggap sebagai pembulian. Sebagai contoh, mereka mungkin:
  • Ingin menyertai aktiviti kumpulan tetapi tidak tahu caranya.
  • Merasa resah tentang perubahan dalam rutin mereka.
  • Bergelut untuk memahami pandangan orang lain.
Jika anda menyangkakan anak anda sedang membuli orang lain, berikut adalah beberapa langkah untuk membantu:
    • Jelaskan tentang perlakuan membuli: Pastikan anak anda memahami apa itu membuli. Jelaskan bahawa mengejek dan mengecualikan orang lain adalah bentuk membuli.
    • Kenal pasti puncanya: Fahami mengapa anak anda berkelakuan sedemikian. Mereka mungkin memerlukan bantuan untuk meneroka cara yang lebih baik untuk berinteraksi, seperti meminta seorang dewasa untuk menyertai aktiviti. Guru, kakitangan sokongan, atau pakar psikologi boleh membantu.
    • Bekerjasama dengan pihak sekolah: Bincangkan dengan pihak sekolah tentang dasar anti-membuli mereka dan bagaimana anda boleh menyokongnya. Sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk memantau tingkah laku anak anda dan langkah tambahan yang boleh anda lakukan.
    • Memperoleh bantuan profesional: Rujuk kepada profesional kesihatan tentang terapi atau sokongan yang boleh membantu anak anda memahami peraturan sosial dan kesan tindakan mereka terhadap orang lain.
    • Galakkan tingkah laku positif: Ganjar anak anda untuk tingkah laku sosial yang baik, seperti sedia untuk bergilir-gilir. Tetapkan akibat yang jelas apabila berlaku pembulian, seperti terlepas peluang beraktiviti jika mereka terus membuli.
    • Dengar rintihan anak anda: Anak anda mungkin membuli kerana mereka sendiri telah dibuli. Memahami pengalaman mereka boleh menjelaskan tentang tingkah laku mereka.

Bacaan Tambahan

Memahami perlakuan membuli berkaitan kanak-kanak autisme

Mengenali tanda-tanda
perlakuan membuli

Terus berhubung!