Mengelakkan krisis

Mengelakkan krisis

Untuk mengelakkan krisis kehilangan pengawalan emosi, kanak-kanak dan remaja autisme memerlukan sokongan untuk belajar cara-cara berikut:
    • Kenal pasti situasi sukar: Bantu anak anda mengenali situasi yang mereka rasa mencabar.
    • Kenali perasaan mereka: Ajar anak anda memahami perasaan terharu.
    • Ketahui perkara yang perlu dilakukan: Membangunkan strategi untuk mengurus situasi ini.
    • Kelab makan tengah hari
    • Masa perpustakaan
    • Kebenaran untuk menggunakan makmal komputer
    • Aktiviti taman permainan berstruktur yang membantu anak anda bersosial

 

Kenali Tanda Amaran Awal

Kanak-kanak autisme sering menghadapi masalah untuk mengenali emosi dan isyarat dalaman. Bantu anak anda mengenali tanda-tanda awal ketidakselesaan atau krisis kehilangan pengawalan emosi yang akan berlaku. Berlatih mengenal pasti emosi seperti kecemasan dan sensasi fizikal seperti degupan jantung yang kencang, perut memulas atau kesukaran bernafas.

Ketahui lebih banyak strategi untuk membantu anak autisme anda mengenali perasaan mereka di:

Membangunkan dan mengamalkan strategi daya tindak

Ajar anak untuk mengenali apa yang membantu mereka berasa tenang dalam situasi yang sukar. Pilihan strategi untuk mengatasi mungkin termasuk:

Untuk menenangkan diri mereka, orang autisme bertindak sebegini:

  • Teknik beristirehat: Senaman pernafasan atau pengenduran otot.
  • Tindakan berguna: Meninggalkan kelas beberapa minit lebih awal untuk mengelakkan kesesakan di koridor yang bising.
  • Alat bantu deria: Menggunakan fon kepala untuk mengelakkan kehingaran atau wangian kegemaran untuk menghidu.
  • Aktiviti menyeronokkan: Mendengar podcast kegemaran atau bermain dengan haiwan peliharaan.
  • Aktiviti fizikal: Menendang bola atau melompat di atas trampolin.
Galakkan anak anda untuk mengamalkan strategi ini apabila mereka tenang. Ini akan membantu mereka menggunapakai strategi tersebut apabila tertekan. Contohnya, jadikan senaman pernafasan sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka, berlatih menggunakan fon kepala di rumah apabila kehingaran, atau berbincang dengan guru kemungkinan anak anda dibenarkan meninggalkan kelas lima minit lebih awal.

Ketahui lebih banyak strategi untuk membantu anak autisme anda membina strategi untuk menenangkan diri:

Peralatan persediaan menghadapi kehilangan pengawalan emosi

Peralatan persediaan menghadapi kehilangan pengawalan emosi, atau peralatan memudahkan bertenang, adalah set objek-objek yang disuaikan untuk membantu mencegah atau mengurangkan tahap kehilangan pengawalan emosi kanak-kanak. Bantu anak anda mencipta peralatan penyediaan mereka sendiri dengan bersama menjawab soalan berikut:
  • Apakah jenis mainan atau aktiviti yang mereka gemari?
  • Bolehkah barangan ini membantu menghentikan atau mengurangkan krisis?
  • Adakah barangan ini mempunyai tekstur, bentuk atau warna yang mereka suka?

Berasaskan jawapan yang diberi, berikut adalah beberapa barangan yang boleh anda sertakan dalam peralatan penyediaan tersebut:

Mainan yang menenangkan kegelisahan (fidget toys)

Objek deria (pasir kinetik, dempul permainan, lender plastik (slime), bola tekanan)

Cermin mata hitam

Fon kepala yang membatalkan hingar

Muzik kegemaran

Mainan buih

Snek yang kenyal atau rangup.

Mainan kegemaran

Teka-teki

Selimut berat/baju dalam/alas riba (lap pad)

Peralatan penyediaan ini bertujuan untuk mengelakkan kehilangan pengawalan emosi tetapi mungkin tidak berkesan jika kanak-kanak itu sudah berada di tengah-tengah krisis.

Bacaan Tambahan

Mengurus kehilangan pengawalan emosi dalam autisme

Bagaimana untuk menangani krisis

Terus berhubung!