Memahami Pendidikan Inklusif untuk Pelajar Autisme

Pengenalan

Setiap kanak-kanak, tanpa mengira kebolehan mereka, mempunyai hak untuk mengakses peluang pendidikan yang sama.

Perkara 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menjamin sokongan yang diperlukan untuk kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas (Special Education Needs (SEN)) untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam pendidikan. Dasar Penolakan Sifar Kementerian Pendidikan (KPM) (2018) memastikan setiap pelajar menerima pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka dan mengesahkan hak ibu-bapa untuk memilih sekolah (di kawasan kejiranan mereka) dan jenis kelas untuk anak-anak mereka.

Walaupun begitu, mengemudi dunia pendidikan berkeperluan khas di Malaysia berpotensi mengelirukan dan mengecewakan ibu-bapa kanak-kanak autisme.

Artikel ini bertujuan untuk membantu ibu-bapa membuat keputusan termaklum tentang pilihan sekolah untuk anak autisme mereka bagi menyokong pembelajaran dan perkembangan mereka dengan lebih baik.

Apakah Pendidikan Berkeperluan Khas?

Pendidikan Khas, atau pendidikan berkeperluan khas, direka untuk membantu pelajar dengan SEN seperti autisme dengan menyediakan sokongan yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan unik mereka. Ini bukan sahaja bermakna meletakkannya di dalam bilik darjah yang berasingan, walaupun selalunya begitulah yang dilakukan. Sebaliknya, pendidikan ini melibatkan pelarasan matlamat pembelajaran, bahan dan kaedah pengajaran, serta menyediakan peralatan khas dan memastikan sekolah mudah diakses.

Definisi pendidikan khas di Malaysia

‘Pendidikan Khas’ bermaksud pendidikan untuk murid berkeperluan pendidikan khas di sekolah khas, atau sekolah yang melaksanakan Program Bersepadu Pendidikan Khas atau Program Pendidikan Inklusif, di peringkat: (a) pendidikan pra-sekolah, (b) pendidikan rendah, (c) pendidikan menengah, atau (d) pendidikan lepas menengah.’ – Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 2013 (di bawah Akta Pendidikan 1996)

Apakah itu Pendidikan Inklusif?

Pendidikan inklusif mengalu-alukan semua pelajar ke sekolah tempatan dalam kelas yang sesuai dengan usia, tanpa mengira kebolehan atau ketidakupayaan mereka, memastikan mereka belajar dan mengambil bahagian secara bermakna dengan rakan sebaya mereka. Di Malaysia, Rangka Tindakan Pendidikan 2013-2025 mentakrifkan pendidikan inklusif sebagai pendidikan berkeperluan khas untuk pelajar cacat dan kurang upaya tertentu. Pelajar berkeperluan khas adalah mereka yang disahkan oleh profesional perubatan dan berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Lihat Laluan Pendaftaran OKU untuk maklumat lanjut tentang proses pendaftaran.

Pendidikan inklusif bukan hanya tentang mengintegrasikan pelajar autisme ke dalam bilik darjah arus perdana. Pendidikan ini melibatkan transformasi keseluruhan sistem pendidikan untuk menyokong semua pelajar. Ini bermakna menghapuskan halangan kepada pendidikan, seperti akses, pembelajaran dan penyertaan sosial, dengan menyediakan sokongan individu dan menghargai kepelbagaian yang dibawa oleh setiap pelajar kepada komuniti sekolah.

Ini termasuk:

  • Menjadikan kaedah pengajaran, bahasa dan kurikulum boleh diakses oleh pelajar yang berkeupayaan pelbagai dengan alat penyesuaian dan matlamat yang fleksibel.
  • Memastikan persekitaran sekolah senang diakses.
  • Memupuk pemahaman tentang ketidakupayaan dan kepelbagaian.
Semua pelajar dengan SEN harus mempunyai Pelan Pendidikan Individu (Individualised Education Plan (IEP)) untuk membolehkan penyertaan yang bermakna. Mewujudkan IEP adalah langkah unggul sebagai usaha kolaboratif yang melibatkan guru, ibu-bapa/penjaga, profesional lain dan pelajar.

Jadual di bawah menunjukkan persekitaran inklusif yang unggul dan amalan semasa.

Kemasukan pelajar dengan SEN: Penyertaan yang unggul dibandingkan dengan amalan biasa di Malaysia

Pendidikan inklusif mengalu-alukan semua pelajar ke sekolah tempatan dalam kelas yang sesuai dengan usia, tanpa mengira kebolehan atau ketidakupayaan mereka, memastikan mereka belajar dan mengambil bahagian secara bermakna dengan rakan sebaya mereka. Di Malaysia, Rangka Tindakan Pendidikan 2013-2025 mentakrifkan pendidikan inklusif sebagai pendidikan berkeperluan khas untuk pelajar cacat dan kurang upaya tertentu. Pelajar berkeperluan khas adalah mereka yang disahkan oleh profesional perubatan dan berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Penyertaan unggul

Amalan biasa

Pelajar mengambil bahagian dalam bilik darjah biasa dengan sokongan peribadi.

  • Pelajar mesti menunjukkan kemahiran yang sama seperti rakan sekelas mereka untuk mengambil bahagian dalam bilik darjah biasa.

Pelajar boleh mengakses kurikulum yang sama dengan penyesuaian diri dan pengubahsuaian.

  • Pelajar mesti membuktikan kebolehan dan diharapkan dapat mengikuti kurikulum semasa.

Pelajar terlibat dan berinteraksi dengan rakan sekelas.

  • Pelajar tidak mempunyai interaksi yang bermakna dengan rakan sekelas

Pelajar adalah ahli kelas yang bebas, dihargai dan dihormati.

  • Pelajar itu dilihat tidak berdaya, memerlukan dan bergantung.

Penyertaan unggul

Amalan biasa

Pelajar mengambil bahagian dalam bilik darjah biasa dengan sokongan peribadi.

  • Pelajar mesti menunjukkan kemahiran yang sama seperti rakan sekelas mereka untuk mengambil bahagian dalam bilik darjah biasa.

Pelajar boleh mengakses kurikulum yang sama dengan penyesuaian diri dan pengubahsuaian.

  • Pelajar mesti membuktikan kebolehan dan diharapkan dapat mengikuti kurikulum semasa.

Pelajar terlibat dan berinteraksi dengan rakan sekelas.

  • Pelajar tidak mempunyai interaksi yang bermakna dengan rakan sekelas

Pelajar adalah ahli kelas yang bebas, dihargai dan dihormati.

  • Pelajar itu dilihat tidak berdaya, memerlukan dan bergantung.

Elemen utama untuk penyertaan adalah akademik dan sosial. Menentukan sama ada anak anda mampu menghadapi sukatan pelajaran adalah tanggungjawab bersama antara pihak sekolah dan ibu-bapa. Pendidikan inklusif menggalakkan persekitaran di mana setiap kanak-kanak boleh berkembang maju, menyumbang kepada komuniti sekolah yang pelbagai dan menyokong.

Definisi pendidikan inklusif di Malaysia

“Program pendidikan untuk pelajar berkeperluan pendidikan khas di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam bilik darjah bersama pelajar lain.” – Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 2013 (di bawah Akta Pendidikan 1996)

Faedah persekitaran pembelajaran inklusif

Pendidikan inklusif membawa banyak faedah kepada semua pelajar, baik dalam jangka pendek mahupun panjang. Penyelidikan oleh Simón and colleagues (2023) dan Bunch and Valeo (2004) menunjukkan bahawa memasukkan pelajar dengan SEN dalam bilik darjah biasa membantu mereka membentuk persahabatan dan hubungan yang menyokong. Penyertaan ini juga menggalakkan kesedaran, penerimaan dan penghayatan yang lebih tinggi terhadap kepelbagaian.

Bagi kanak-kanak autisme dan keluarga mereka, pendidikan inklusif membolehkan penyertaan yang bermakna dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Kemasukan awal ini menyediakan asas untuk penerimaan dan penglibatan masa depan di tempat kerja dan masyarakat yang lebih luas.

Kajian menyeluruh oleh Hehir dan colleagues pada tahun 2016 menunjukkan bahawa pendidikan inklusif meningkatkan prestasi akademik dan pertumbuhan sosial-emosi semua pelajar, sama ada mereka mempunyai SEN atau tidak. Pendidikan begini juga menggalakkan guru menggunakan kaedah pengajaran baharu yang dipanggil Universal Design for Learning (UDL). UDL menawarkan pelbagai cara untuk pelajar melibatkan diri dengan bahan, memahami konsep dan membuktikan apa yang mereka telah pelajari seterusnya memberi manfaat kepada semua orang.

Rujukan

  • Amar-Singh, HSS. (2020) Education in Malaysia for Children with Special Needs Progress, Critical Gaps, Efforts under Way and Policy. Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Human Resources Development Working Group (HRDWG). https://doi.org/10.13140/RG.2.2.30019.07204
  • Bunch G. & Valeo A. (2004). Student attitudes toward peers with disabilities in inclusive and special education schools, Disability & Society, 19:1, 61-76.
  • Hehir T, Grindal T., Freeman B., Lamoreau R., Borquaye Y., Burke S. (2016). A Summary of the Evidence on Inclusive Education. Prepared for the Instituto Alana, São Paulo. https://eric.ed.gov/?id=ED596134
  • Simón C., Martínez-Rico G., McWilliam R.A. et al. (2023) Attitudes Toward Inclusion and Benefits Perceived by Families in Schools with Students with Autism Spectrum Disorders. J Autism Dev Disord 53, 2689–2702. https://doi.org/10.1007/s10803-022-05491-5

Terus berhubung!