Mewujudkan rutin pada kanak-kanak autisme
Kemustahakan adanya rutin
Perkembangan manusia secara semula jadi menyubur dengan maju disebabkan adanya rutin. Tidak kira umur, gaya hidup atau latar belakang, keseluruhannya mereka mendapat manfaat daripada mempunyai jadual yang ditetapkan. Bagi kanak-kanak autisme, yang sering bergelut dengan peralihan dan perubahan, rutin memberikan rasa keselesaan dan kestabilan. Kestabilan ini boleh menjadikan kehidupan seharian lebih mudah diduga dan kurang tekanan untuk kedua-dua pihak – kanak-kanak dan penjaga mereka.
Bagi ibu bapa dan penjaga, mewujudkan rutin di rumah boleh menyelaraskan tanggungjawab dan mengurangkan tekanan keseluruhan. Rutin juga mengajar kanak-kanak kemahiran hidup yang berharga dan menggalakkan ikatan kekeluargaan. Dengan mencipta jadual harian yang berstruktur, keluarga boleh menikmati keselesaan dengan keadaan teratur yang mengalir ke kehidupan harian mereka, menjadikan tugas harian lebih terurus.
![Asset 2@4x](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/08/Asset-2@4x-2.png)
Memahami autisme dan keperluan rutin
Para penyelidik telah mendalami tentang keperluan rutin untuk keselesaan dan keyakinan orang autisme. Mereka mendapati bahawa ‘ketidaksabaran terhadap ketidakpastian’ adalah faktor utama dalam keresahan yang berkaitan dengan perubahan pada rutin. Ini bermakna kanak-kanak autisme selalunya berada dalam keadaan terangsang dan bergelut untuk mengetahui perkara yang perlu diberi tumpuan apabila keadaan berubah.
Mewujudkan rutin harian menyediakan struktur yang boleh diduga untuk kanak-kanak autisme, mengurangkan tekanan daripada perubahan yang tidak dijangka. Penyelidikan menunjukkan bahawa rutin yang konsisten membantu mereka menjadi lebih berdikari dan menyuburkan perkembangan sosial dan kesihatan emosi mereka. Sebaik sahaja rutin dilaksanakan, kanak-kanak tersebut berasa lebih selamat dan kurang cemas. Adalah penting untuk memaklumkan kepada penjaga lain tentang rutin harian kanak-kanak untuk memastikan kesamaan yang menerus.
Selain itu, rutin harian mengukuhkan ikatan antara penjaga dan kanak-kanak, memberikan kanak-kanak perasaan yang aktiviti harian mereka terkawal dan persekitaran mereka terjamin selamat dan selesa.
Apabila kanak-kanak berasa selamat dan tahap tekanan mereka rendah, mereka lebih mudah menerima keperluan mengukuhkan kemahiran sedia ada dan mempelajari kemahiran baharu. Rutin biasa bukan sahaja membantu mereka menghadapi situasi yang berpotensi menimbulkan keresahan dan diwaktu yang sama menyuburkan perkembangan mereka.
Pembentukan rutin
Rutin untuk kanak-kanak autisme harus disusun dan diatur mengikut keperluan harian dan susunan semula jadi. Mulakan setiap minggu dengan meletakkan senarai rutin harian anak anda di tempat yang mudah diakses. Ini membantu mereka mewujudkan kekerapan cara sesuatu berlaku yang boleh diduga untuk minggu itu.
Kenal pasti tugas penting
Senaraikan semua yang anak anda perlu lakukan setiap hari, seperti kerja rumah, tugasan di rumah, makan dan aktiviti lain. Pecahkan tugasan ini kepada langkah yang lebih kecil dan mudah diurus.
Kunci kejayaan rutin boleh diramal dan adalah khusus. Letakkan langkah atau pilihan tugas dengan jelas untuk setiap blok bagi memastikan anak anda memahami perkara yang sedang berlaku.
Contohnya, persediaan untuk tidur pada pukul 8 malam boleh dipecahkan kepada langkah-langkah tersebut:
- Pakai baju tidur
- Berus gigi
- Baca satu cerita sebelum tidur
- Padamkan lampu
Jika terdapat terlalu banyak langkah akan mengelirukan, maka sertakan tanda arah mudah di sebelah setiap tugasan. Contohnya, ‘Bersedia untuk tidur’ boleh termasuk ‘memakai baju tidur, memberus gigi, mencuci muka,’ diikuti dengan langkah berasingan untuk membaca cerita dan memadamkan lampu.
Bersabar dan berkomunikasi dengan anak anda untuk mencari rutin yang mudah diikuti.
Sediakan jadual
Cipta alat visual, seperti kalendar dan letakkan pada pintu peti sejuk atau poster di dinding, untuk membantu anak anda memahami dan mengikuti rutin mereka. Susun tugasan ke dalam jadual harian tersebut dan uji kaji dengan menggunakan gambar-gambar tugas, foto anak anda melaksanakan setiap tugasan atau teks ringkas. Kejayaan alat visual ini bergantung kepada tindak balas yang diberi oleh anak anda.
Jadual harian tersebut perlu khusus untuk keluarga dan anak anda, sealiran dengan rutin sedia ada mereka. Jangan lupa memasukkan aktiviti yang menyeronokkan, membolehkan anak anda melibatkan diri dengan minat mereka atau meneroka yang baharu.
Sebarang peralihan atau perubahan boleh menjadi sukar tanpa sokongan yang mencukupi. Kanak-kanak autisme mungkin tidak peka pada isyarat sosial, seperti apabila tiba masanya untuk berkemas atau menghentikan perbualan. Mereka boleh menjadi kecewa jika permainan atau rutin biasa mereka berakhir secara tiba-tiba.
Untuk membantu dengan peralihan, gunakan alat mencatat waktu dan penggera untuk memberikan isyarat yang ketara. Alat bantuan visual seperti gambar atau menyemak langkah dengan penanda atau pelekat boleh menjadikan peralihan kurang mengelirukan dan lebih bermanfaat.
Rutin Pagi
![Asset 3@4x](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/08/Asset-3@4x-2.png)
Contoh jadual harian untuk kanak-kanak autisme.
Mengekalkan Rutin
Sering rujuk jadual
Kekerapan merujuk kepada jadual sepanjang hari bagi menyediakan anak anda untuk aktiviti yang berikutnya adalah digalakkan. Kukuhkan kejayaan sesuatu aktivit dengan pujian bersifat membina, seperti, “Terbaik membersihkan mainan sendiri.” Peneguhan ini membina keyakinan dan jaminan kejayaan, menjadikan kanak-kanak lebih selesa dengan rutin.
Sering merujuk jadual visual dan tekankan kepentingan setiap acara atau tugasan. Gunakan peneguhan positif, seperti carta pelekat, untuk memberi ganjaran kepada penyiapan tugasan. Selain itu, gunakan komunikasi lisan untuk membimbing anak anda melalui setiap tugasan – sebelum, semasa dan selepas tugasan tersebut.
![Asset 4@4x](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/08/Asset-4@4x.png)
Imej contoh
Perlu konsisten
Untuk membantu mengekalkan rutin harian, amalan dan konsistensi adalah penting. Berterusan pada jadual dan cuba ikuti dengan cara yang sama setiap hari. Perlu ambil kira bahawa anak anda akan mengambil masa untuk mempelajari rutin, maka jangan berputus asa. Setiap langkah perlu konsisten dan dikukuhkan dengan pujian positif. Ini akan membantu menggalakkan anak anda menyesuaikan diri dengan jadual yang disediakan.
Untuk membina struktur dalam kehidupan mereka, jadikan jadual itu terasa seperti miliknya dengan menetapkannya sebagai bahagian kekal dalam kehidupan mereka. Sebaik sahaja anda dan anak anda mengekalkan jadual yang konsisten, tambahkan tugas baharu secara beransur-ansur ke dalam rutin untuk membantu mereka mempelajari kemahiran dan tingkah laku baharu.
Benarkan kelenturan (flexibility)
Walaupun mengekalkan rutin adalah penting, kelenturan juga perlu dipertimbangkan. Perubahan dalam lokasi atau rancangan boleh mengganggu ketenteraman sebahagian kanak-kanak. Oleh yang demikian, mereka perlu diberitahu lebih awal tentang sebarang perubahan daripada masa ke semasa. Jika anda menjangkakan jadual akan berubah, sertakan aktiviti seperti ‘surprise event’ atau ‘aktiviti baharu’ untuk membantu mereka menyesuaikan diri. Gunakan peneguhan positif dan jangan tergesa-gesa untuk membuat peralihan lebih lancar.
Kesimpulan
Rutin harian membantu kanak-kanak autisme berdikari, menggalakkan harga diri mereka dan meningkatkan keseluruhan kesejahteraan mereka. Menyediakan alatan dan kemahiran yang sesuai adalah penting untuk membantu anak anda berkembang maju. Rutin yang konsisten akan membantu mereka mempelajari kemahiran baharu, menempa kemajuan dan mencapai matlamat mereka.
Sumber Berguna
Video berikut daripada Projek Autisme Awal mungkin membantu anda untuk menyediakan rutin dan jadual visual untuk anak anda.
Cara Menggunakan Jadual Visual Untuk Kanak-kanak Austime
Cara Mengajar Kanak-kanak Autisme untuk Bekerjasama
Mengikuti Jadual – Kerjasama Pengajaran