Membina Komuniti Mesra-autisme di Malaysia

Pengenalan

Autisme bukan hanya keadaan zaman kanak-kanak, sebaliknya keadaan ini wujud sepanjang hayat.

Individu dengan autisme mengalami dan melibatkan diri dengan dunia dengan cara yang tersendiri. Aktiviti mudah seperti membeli-belah atau makan di luar boleh menjadi sangat mencabar untuk mereka disebabkan isu deria dan stigma, yang membawa kepada peningkatan pengasingan diri.

Individu dengan autisme menghadapi pelbagai cabaran sepanjang hidup mereka, daripada tahap yang sederhana hingga yang teruk, kadang-kadang tersembunyi atau tidak jelas pada pandangan kasar. Walaupun menghadapi kesukaran sebegini, mereka mempunyai kekuatan diri yang layak diteladani. Penyertaan bersama bermaksud menjemput mereka menggunakan kekuatan diri mereka untuk membuat sumbangan sebenar kepada masyarakat.

Sokongan-kendiri, di mana individu autisme membantu membentuk dasar, adalah penting. Komuniti mesra-autisme menyokong perkara ini dengan mendengar keluhan orang dengan autisme, keluarga dan sekutu mereka. Dengan berbuat demikian, kita boleh mencipta dasar yang meningkatkan kualiti hidup mereka dan memastikan mereka mempunyai akses penuh kepada masyarakat.

Memahami autisme adalah penting untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa. Dengan mewujudkan komuniti mesra-autisme, kita boleh mewujudkan perubahan luar biasa. Ini melibatkan memberi sokongan kepada penyokongan diri, membawa kepada dasar yang lebih baik dan menjadikan masyarakat kita lebih inklusif dan mesra untuk semua orang.

Lihat artikel kami tentang Kemahiran penyokongan-kendiri dalam kanak-kanak dengan autisme untuk mengetahui sebab advokasi diri adalah kemahiran hidup yang penting dan cara anda boleh membantu anak autistik anda mengembangkannya.

Apakah itu komuniti mesra-autisme?

An autism-friendly community (AFCo) includes businesses, services, organisations, and individuals working together to create spaces that are accessible and supportive for people with autism and their families. These communities make sure everyone, no matter their age or abilities, can fully take part in community life. Komuniti tergolong (inklusif) direkabentuk untuk didiami semua orang, menggabungkan prinsip yang memberi manfaat kepada semua peringkat umur dan keupayaan. yang telah dilakukan menunjukkan bahawa konsep daripada rekabentuk yang ditujukan khas untuk mesra-demensia (dementia-friendly) boleh disesuaikan bagi membantu orang yang mempunyai keperluan yang berbeza, termasuk mereka dengan autisme.Prinsip KMA boleh digunapakai di mana-mana sahaja daripada tempat kerja ke premis perniagaan individu dan dari kawasan kejiranan ke bandar raya.

Ciri-ciri komuniti mesra-autisme

Komuniti mesra autisme memberi tumpuan kepada inklusi, penghormatan, dan sokongan kepada individu autisme. Berikut adalah ciri-cirinya:

  • Mengalu-alukan dan menghargai semua orang: emua orang dialu-alukan dan dihargai, menggalakkan persefahaman dan rasa hormat.
  • Persahabatan dan penglibatan komuniti: Menawarkan peluang untuk menjalin persahabatan dan menggalakkan penglibatan komuniti.
  • Persekitaran yang boleh diakses:Memastikan persekitaran boleh diakses dan menampung keperluan tertentu.

Mewujudkan komuniti mesra autisme yang benar-benar inklusif memerlukan lebih daripada sikap mesra. Ia memerlukan tindakan khusus untuk menyediakan sokongan yang diperlukan dan menghapuskan halangan. Berikut adalah elemen sokongan utama:

  • Sokongan dan sumber yang disesuaikan: Menyediakan sokongan dan sumber tersuai adalah penting. Ini termasuk membenarkan individu dengan autisme membuat pilihan mereka sendiri, memperkasakan sikap mereka dengan pengurusan diri sendiri.
  • Menghapuskan halangan: Fokus pada mengalih keluar halangan seperti tidak difahami, berat sebelah, buli dan kekurangan sumber.
  • Akses kepada pekerjaan yang bermakna: Menangani kekurangan peluang pekerjaan yang bermakna dan kelemahan kewangan untuk individu autisme, kerana ini merupakan halangan penting kepada kehidupan berdikari.

Perniagaan mesra autisme bertujuan untuk inklusif dengan menawarkan cara fleksibel untuk individu berinteraksi dengan persekitaran. Mereka mengekalkan suasana mesra deria dan melibatkan diri dalam interaksi yang bermakna serta penuh hormat.

Perniagaan ini menyediakan kawalan persekitaran kepada pengguna apabila praktikal, arahan visual yang jelas, dan penyampaian perkhidmatan yang menyokong serta tidak mengganggu.

Bagaimana mewujudkan komuniti mesra-autisme?

Setiap individu autisme adalah unik dan mungkin mendapati kesukaran menghadapi beberapa perkara harian. Ramai orang autisme sering melaporkan cabaran yang sama apabila mereka berada di luar tempat tinggal mereka dan berinteraksi dalam komuniti.

Walaupun mungkin tidak dapat membuat semua perubahan ini, walaupun penyesuaian kecil, kos rendah atau tanpa kos boleh membuat perbezaan besar antara keluar berjaya dan yang membebankan bagi individu spektrum autisme dan keluarga mereka.

Mewujudkan komuniti mesra-autisme melibatkan beberapa langkah yang perlu diambil:

  1. Latihan kakitangan: Mendidik kakitangan untuk memahami autisme dan strategi untuk menyokong individu dengan autisme dan keluarga mereka.
  2. Pengubahsuaian infrastruktur: Ubahsuai persekitaran supaya lebih mesra-deria.
  3. Kempen kesedaran:Run cJalankan kempen untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang autisme.

Prinsip SERVICE, yang diadaptasi daripada projek perintis Universiti Wollongong di Corrimal, Australia, menangani cabaran biasa yang dihadapi oleh individu autisme dalam komuniti. Menggunapakai prinsip ini dalam perniagaan anda akan membantu menangani cabaran yang paling kerap berlaku yang telah dilaporkan oleh individu autisme.

Dengan melaksanakan langkah-langkah ini, komuniti mesra-autisme berupaya memastikan setiap individu autisme berasa tergolong, dihormati dan disokong, mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan mesra untuk semua.

Untuk contoh dan butiran yang lebih khusus tentang prinsip SERVICE, sila layari laman sesawang Autism Friendly Communities – Corrimal website. Autism Society of Greater Wisconsin, di Amerika Syarikat, juga telah menghasilkan lembaran maklumat yang berguna dengan petua tentang deria dan pengambilan kira umum untuk mewujudkan komuniti mesra-autisme. Anda boleh mengakses lembaran maklumat tersebut di sini.

Apa erti prinsip yang menggunakan akronim SERVICE?

  • Pastikan jenis dan tahap rangsangan deria yang betul.
  • Kejelasan pembunyian harus boleh didengar tetapi tidak menenggelami bunyi-bunyi lain.
  • Gunakan produk yang kurang berbau dan persekitaran bebas minyak wangi apabila boleh.
  • Gunakan perabot dan kelengkapan yang menyerap bunyi, mudah diakses atau mengehadkan akses dengan jelas dan membantu mencipta ruang yang jelas dan teratur.
  • Memberi salam dengan senyuman.

  • Menawarkan sokongan

  • Berikan masa yang sesuai untuk tindak balas.

  • Sentiasa bercakap terus dengan orang yang anda perlukan untuk berkomunikasi.

  • Jangan sekali-kali menganggap bahawa seseorang tidak dapat memahami anda.

  • Pastikan ruang bebas gangguan

  • Gunakan papan tanda yang jelas dengan gambar dan penanda tempat di mana mungkin.

  • Warna semula jadi atau warna padat dengan kemasan tidak berkilat (matte) adalah yang terbaik.

  • astikan apa sahaja yang ada dalam ruang dan perkara yang anda tuturkan adalah perlu dan mempunyai tujuan.
  • Adakah bahasa yang digunakan jelas dan ringkas?
  • Adakah perlu meletakkan banyak barang di sekeliling kaunter atau mempunyai poster berhampiran papan tanda penting?
  • Ciptakan ruang yang mudah dikemudi
  • Sediakan isyarat visual kepada fungsi setiap ruang.
  • Gunakan perabot atau warna untuk menunjukkan pergerakan melalui ruang.
  • Sediakan pilihan rangsangan rendah dengan menggunakan pembahagi, peletakan tempat duduk, pemandangan tanpa cermin/tidak reflektif atau pembunyian rendah/tiada ruang gema.
  • Persekitaran keseluruhan hendaklah neutral.
  • Pengudaraan semula jadi, kipas desibel rendah, cahaya semula jadi atau pijar di mana mungkin.

Faedah kepada perniagaan dan komuniti meluas

Mewujudkan persekitaran mesra-autisme memberi manfaat kepada perniagaan dan komuniti yang lebih luas. Apabila perniagaan menjadikan ruang mereka mesra untuk individu autisme dan keluarga mereka, mereka boleh menarik lebih ramai pelanggan dan membina kesetiaan yang lebih kukuh. Komitmen terhadap keterangkuman ini bukan sahaja menarik lebih ramai pelanggan tetapi juga mendorong mereka mahu kembali semula.Pada peringkat sosial, menggalakkan pemahaman dan penerimaan autisme membawa kepada komuniti yang lebih menyokong. Keluarga yang ada individu autisme berasa kurang terasing dan lebih terlibat dalam kehidupan masyarakat, melahirkan semangat komuniti lebih subur dan lebih berhubung. Perubahan ini mewujudkan komuniti yang pelbagai dan bertenaga di mana semua orang berasa dihargai dan tergolong.

Di mana terdapat komuniti sebegini?

LemmeLearn, sebuah organisasi yang berpusat di Pulau Pinang,
menyediakan latihan vokasional inklusif untuk individu dengan autisme, memberi fokus kepada melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk sokongan minimum dan kebebasan.
Organisasi ini sedang berusaha untuk menjadikan radius 1km di sekitar pusat mereka di Pulau Tikus sebagai sebuah bandar mesra autisme.
Pulau Tikus adalah sebuah bandar yang serba lengkap dengan kemudahan asas seperti balai polis, bank, klinik, dan pasar.

Inklusi bukan tentang individu dengan ketidakupayaan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan matlamatnya, tetapi tentang sistem yang berubah untuk merangkumi mereka. Sistemlah yang menyebabkan halangan, bukan individu itu sendiri.

Dato’ Dr Amar-Singh HSS
APEC 2020

Kehidupan adalah tentang Kepelbagaian. Malangnya, ramai di antara kita dikecualikan kerana perbezaan seperti umur, jantina, etnik, agama, penampilan fizikal, status sosial, ketidakupayaan, negara asal, dan lain-lain.
Jika kita mahu inklusi dalam ketidakupayaan, jika kita mahu masyarakat yang inklusif, kita perlu menyokong dan mempromosikan inklusi dalam setiap bidang.

Dato’ Dr Amar-Singh HSS Embracing Autism: Creating Inclusive Communities 2024

Terus berhubung!