Fokus pada adik-beradik muda

Membesar bersama saudara kandung dengan Autisme

Apabila anda membesar bersama saudara kandung yang autistik, kehidupan keluarga anda mungkin kelihatan berbeza daripada keluarga rakan anda, tetapi itu tidak memudaratkan.

Adik beradik seperti anda mengalami campuran perasaan dan pengalaman sebagai sebahagian daripada lumrah kehidupan keluarga anda. Sebahagian daripada ini adalah positif dan menyeronokkan tetapi sesetengahnya boleh menjadi negatif dan rumit. Perkembangan begini adalah perkara biasa.

Sila baca: Menyokong Adik Beradik daripada Keluarga dengan Autisme untuk mendapatkan lebih banyak cerita tentang membesar dengan adik beradik autistik

Saya perlukan ruang untuk saya

Ada kalanya, keadaan kelihatan seperti segala-galanya di rumah berkisar tentang adik anda yang autistik. Anda mungkin perlu membantu dengan penjagaannya dan oleh yang demikian terlepas peluang aktiviti yang menyeronokkan dengan kawan-kawan anda. Di sekolah juga keadaan boleh menjadi rumit kerana rakan dan guru mungkin tidak memahami apa yang anda sedang alami.

Anda perlu faham bahawa ibu bapa anda menyayangi anda sama seperti adik dengan autisme anda. Mereka mungkin mempercayai anda berupaya untuk mengendalikan sesuatu sendiri kerana anda tidak memerlukan banyak sokongan. Sentiasa luahkan perasaan anda dengan mereka tentang kekhuatiran atau kegelisahan anda supaya mereka boleh membantu anda.

“Apabila di dalam kereta dalam perjalanan kami pulang dari sekolah. saya memberitahu ayah tentang aktiviti harian saya. Pada masa itu hanya kami berdua sahaja dan saya sangat menikmati masa itu kerana saya tahu dia memberi perhatian penuh kepada saya.”

Emosi nyata

Anda mungkin mengalami campuran emosi yang ketara. Ada yang positif, ada yang sukar disembunyikan. Ini adalah lumrah.

Anda mungkin mengalami tekanan, perasaan cemas atau tertindih, dan kegelisahan, ini munasabah. Perasaan anda juga mungkin muncul dalam cara yang berbeza. Berikut adalah beberapa contoh bagaimana tubuh dan minda anda mungkin menunjukkan perasaan:

  • Mengalami masalah untuk tidur.

  • Pada sebahagian besar masa, anda mungkin mengalami keletihan atau sering marah

  • Anda mungkin kurang minat untuk bercakap dengan rakan anda.

  • Anda mungkin mengalami sakit kepala atau sakit perut tanpa sebab

  • Mungkin sukar untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran di sekolah atau menyelesaikan kerja rumah anda.

Sentiasa berikan diri anda peluang untuk
memperlihatkan/melihat/mengalami dan menghayati emosi nyata /besar anda. Cuba beri tumpuan kepada cara yang sihat untuk melahirkan setiap emosi.

Bincangkan dengan ibu bapa anda tentang perasaan anda. Menjaga kesihatan mental anda adalah penting dan meminta bantuan apabila anda memerlukannya adalah langkah yang sangat berani.

“Apabila saya kesedihan, saya selalu meminta ibu untuk peluk saya. Permintaan tersebut memberitahu dia bahawa saya tidak OK dan saya memerlukan bantuan. Pelukan kasih ibu membuatkan saya berasa lebih tenang dan disayangi.”

Bagaimana dengan masa hadapan?

Anda mungkin bimbang tentang siapa yang akan menjaga adik anda apabila mereka meningkat dewasa atau memikirkan rancangan masa depan anda sendiri, seperti kolej atau bekerja. Ini adalah kebimbangan munasabah, tetapi agak sukar untuk berbincang mengenainya.
Pelbagai kebimbangan yang mengusik pemikiran anda boleh menjejaskan ketenteraman kehidupan dan mengganggu kerja sekolah anda. Adalah penting untuk mendapatkan bantuan bagi menenteramkan kekusutan minda anda.

Bercakap dengan ibu bapa anda tentang perasaan anda mungkin boleh membantu. Ibu bapa lebih suka apabila anak-anak mereka memberitahu mereka apa yang mengganggu pemikiran dan kesejahteraan mereka. Jika anda berasa sukar untuk melakukan ini secara peribadi, anda boleh menulis surat, menghantar teks melalui telefon atau hantar e-mel kepada mereka.

Jika anda segan atau keberatan bercakap dengan ibu bapa anda, berbincang dengan seseorang yang anda percayai – seorang guru, kaunselor sekolah atau saudara mara.

Anda juga boleh menulis keresahan anda dalam diari – kadangkala meluahkan perasaan begini membantu mengeluarkannya daripada pemikiran anda kepada catatan di atas kertas

Sila baca: Focus on siblings: Practical strategies for parents

bagi mengetahui tentang bagaimana untuk berbincang berkenaan masa depan adik-beradik dengan autisme secara peka.

“Apabila saya berasa gelisah, saya menarik nafas panjang dan kemudian pergi dan bercakap dengan ibu bapa saya. Hanya memberitahu mereka tentang perasaan saya sangat membantu dan melegakan.”

SUMBER TAMBAHAN:

Sibkit 2.0 adalah buku kecil yang dipenuhi dengan lembaran kerja interaktif dan petua untuk orang seperti anda yang mempunyai saudara kandung kurang upaya, mengalami kerumitan perubatan atau diagnosis.

YoungSibs oleh UK Charity Sibs mempunyai beberapa sumber yang berguna untuk membantu anda mengurus pengalaman dan perasaan anda sebagai adik beradik lelaki atau perempuan dengan autisme. Buku panduan ini ditulis oleh adik-beradik untuk adik-beradik yang memahami apa yang anda alami.

Jika anda seorang remaja, anda mungkin ingin melihat Kehidupan sebagai adik beradik dengan autisme: panduan untuk remaja oleh Pertubuhan Penyelidikan Autisme.

Terus berhubung!