Pembelian pelan insurans untuk orang-orang autisme

Orang kurang upaya di Malaysia yang berdaftar OKU berhak mendapat rawatan perubatan percuma di semua kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan. Walau bagaimanapun, ibu- bapa mungkin memilih kemudahan perubatan swasta atas beberapa sebab seperti kesenangan, kebiasaan dengan kakitangan, atau penginapan yang lebih selesa untuk keperluan deria orang autisme kesayangan mereka.

Perlindungan insurans boleh membantu melindungi keluarga daripada kos yang besar bagi penjagaan kesihatan anak autistik mereka. Walau bagaimanapun, membeli insurans untuk orang kurang upaya di Malaysia, termasuk mereka yang mempunyai autisme dan ADHD adalah sangat mencabar. Sebilangan besar syarikat-syarikat insurans enggan menyediakan khdimat perlindungan untuk orang kurang upaya, menyebabkannya sukar bagi keluarga untuk mendapatkan perlindungan yang mereka perlukan.

PAUTAN DALAM: Pautan ke podcast BFM episode (2021) berkenaan

Tidak banyak pilihan insurans yang tersedia, tetapi satu penyelesaian ialah mencari polisi yang tidak memerlukan penilaian kesihatan, seperti endowmen kehidupan-sejagat, yang boleh menawarkan pendekatan perlindungan yang lebih inklusif.
Berikut adalah senarai pelan insurans terkini tetapi tidak lengkap yang tersedia untuk orang autisme yang berdaftar OKU di Malaysia.

NOTA: Maklumat ini adalah tepat pada 17 Mei 2024. Sila semak dengan agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat terkini dan rujuk ejen insurans atau penasihat kewangan yang berkelayakan.

Jenis insurans Sumber Syarikat
Pelan perlindungan kemalangan peribadi
Agro Nurani
Agro Nurani Agro Bank
Pelan perlindungan kemalangan peribadi
UniqCare PA insurance
UniqCare PA insurance Tokio Marine
Pelan perlindungan kemalangan peribadi
FWD SpecialMed 2
FWD SpecialMed 2 FWD Insurance Bhd
Pelan insurans hayat
Allianz Ability Life
Allianz Ability Life Allianz
Perlindungan hayat
FWD SpecialCare Direct Direka untuk melindungi kanak-kanak kekurangan upaya membelajar yang berkaitan dengan autisme, ADHD dan sindrom Tourette.
FWD SpecialCare Direct FWD Insurance Bhd
Pelan hayat dan perubatan
AIA A-Life Joy Pilihan untuk menambah skim A-Plus BabyCare Xtra yang menyediakan perlindungan untuk anak autisme dan ADHD.

AIA A-Life Joy

AIA Bhd
Jenis insurans Sumber Syarikat
Pelan perlindungan kemalangan peribadi Agro Nurani Agro Nurani Agro Bank
Pelan perlindungan kemalangan peribadi UniqCare PA insurance UniqCare PA insurance Tokio Marine
Pelan perubatan Takaful FWD SpecialMed 2 FWD SpecialMed 2 FWD Insurance Bhd
Pelan insurans hayat Allianz Ability Life Allianz Ability Life Allianz
Perlindungan hayat Takaful FWD SpecialCare Direct Direka untuk melindungi kanak-kanak kekurangan upaya membelajar yang berkaitan dengan autisme, ADHD dan sindrom Tourette. FWD SpecialCare Direct FWD Insurance Bhd
Pelan hayat dan perubatan AIA A-Life Joy Pilihan untuk menambah skim A-Plus BabyCare Xtra yang menyediakan perlindungan untuk anak autisme dan ADHD. AIA A-Life Joy . AIA Bhd

Ikuti perkembangan terkini dengan semua perkara hebat yang kami lakukan