Fokus pada adik beradik: Strategi praktikal untuk ibu bapa

“Saya rasa ibu bapa saya hampir tidak perasan kewujudan saya kerana mereka terlalu sibuk dengan adik saya. Saya bukan mahukan perhatian yang berterusan, tetapi saya harap mereka akan cuba mengikuti apa yang penting bagi saya.”

~ Ekstrak daripada
“Life as an Autism Sibling: A Guide for Teens”
Organisation for Autism Research

Sebagai ibu bapa, mengemudi keperluan kanak-kanak dengan autisme bersama keperluan adik-beradik neurotypical mereka sudah tentu penuh dengan cabaran.

Walaupun menyokong anak dengan autisme anda adalah penting, juga sama pentingnya untuk mengenali keperluan dan pengalaman unik adik-beradik mereka. Berikut adalah beberapa strategi praktikal untuk ibu bapa:

1. Jadualkan berhadapan satuwaktu peribadi dengan adik-beradik kanak-kanak dengan autisme

Memperuntukkan waktu peribadi berhadapan satu dengan ibu bapa adalah disarankan untuk semua kanak-kanak, terutamanya mereka yang mempunyai adik beradik dengan autisme. Layanan yang khusus membuatkan mereka berasa istimewa dan penting, meningkatkan keyakinan diri mereka dan membantu mereka bergaul dengan lebih baik bersama adik dengan autisme mereka.Beberapa cadangan untuk melakukan ini ialah:

  1. AKHIRI HARI itu dengan baik melalui:
  • Bacakan cerita sebelum tidur
  • Berikan 10 minit daripada masa anda dalam sehari untuk memberitahu anak anda tiga perkara positif tentang diri mereka atau bertanya kepada mereka tiga perkara yang tidak dapat dilupakan yang berlaku pada hari itu
  • Berikan “HADIAH PERHATIAN” Sudah tentunya sukar untuk mengetepikan masa setiap hari. Sebaliknya, apabila anak anda ingin bercakap, hentikan apa yang anda sedang lakukan, termasuk menyimpan peranti. dan berikan mereka perhatian penuh anda,
  • Luangkan masa bagi AKTIVITI KHAS untuk setiap kanak-kanak. Ini mungkin membawa mereka bersantai ke kolam renang, atau menonton wayang, atau pun keluar bersiar-siar dan membeli ais krim atau ais kacang sebagai pemanis.
  • MINTA BANTUAN Jika boleh, mohon bantuan ahli keluarga yang dipercayai, para ibu-bapa lain daripada kumpulan sokongan autisme atau pengasuh untuk menjaga anak dengan autisme anda sepanjang hari atau pada hujung minggu. Ini akan membolehkan anda meluangkan masa satu berhadapan satu dengan anak-anak anda yang lain. Pertimbangkan untuk bergilir-gilir dengan ibu bapa kanak-kanak dengan autisme yang lain untuk memberi peluang kepada semua orang meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak mereka yang lain.
  • 2. Aktiviti keluarga untuk kanak-kanak autistik dan adik-beradik mereka

    Hubungan antara kanak-kanak dan adik-beradik autistik mereka kadangkala kurang rapat kerana cabaran komunikasi sosial yang dihadapi oleh kanak-kanak dengan autisme.
    Untuk membantu mereka mengeratkan hubungan, cari aktiviti yang boleh mereka dinikmati bersama dan bina kenangan manis. Ini boleh berasaskan aktiviti dalam rumah seperti permainan atas papan – Monopoly, atau aktiviti luar seperti bermain di taman, berenang atau berjalan-kaki menikmati alam semula jadi. Mulakan dengan aktiviti yang disukai oleh kanak-kanak dengan autisme, kerana mereka mungkin lebih bermotivasi dan santai. Pilih aktiviti interaktif atau yang boleh dinikmati bersama antara satu sama lain dengan interaksi yang minimum.

    Cadangan aktiviti yang menyeronokkan bagi peningkatan tahap interaksi adalah seperti berikut:

    Aktiviti dengan interaksi rendah hingga minima

    • Menonton tayangan kartun kegemaran
    • Berjalan-kaki di taman menikmati alam semula jadi
    • Berenang
    • Bermain di dulang air atau dulang pasir
    • Berbasika

    Aktiviti berkongsi bahan mainan

    • Membakar dan memasak bersama: berkongsi perkakas masakan
    • Play-doh: berkongsi penggelek adunan dan acuan pemotong
    • Seni dan kraf: perkongsian pena, gam, gunting dll.
    • Membina dengan Lego: berkongsi kepingan Lego untuk membina susunan

    Aktiviti dengan lebih interaksi dan bergilir-gilir

    • Permainan atas papan
    • Permainan bola contohnya membaling dan menangkap bola
    • Bermain mengambil giliran contohnya bergilir-gilir untuk menghidupkan bunyi atau menyalakan lampu mainan
    • Membina mainan bersama-sama

    TIP: Gunakan kad giliran visual untuk menandakan giliran

    Menggalakkan adik-beradik untuk meminati hobi dan aktiviti masing-masing juga sangat membantu. Contohnya, jika kanak-kanak dengan autisme menghadiri kelab atau bermain dalam pasukan sukan, adik-beradik mereka boleh menyertai beberapa sesi. Begitu juga, kanak-kanak dengan autisme boleh menonton adik-beradik mereka bersukan atau mengambil bahagian dalam pertandingan rekreasi atau sukan sekolah.

    3. Menguruskan perasaan yang mencabar

    Mempunyai adik beradik dengan autisme mendatangkan kegembiraan dan juga penuh cabarannya. Sudah menjadi lumrah untuk mempunyai perasaan yang bercampur-aduk, termasuk yang mencabar.Sebagai contoh, pada waktu yang berbeza anak anda mungkin mengalami seperti berikut:

    Cemburu

    Terhadap masa yang anda luangkan untuk adik beradik dengan autisme mereka

     

    Sedih

    Kerana adik mereka seperti tidak ingin bermain dengan mereka

     

    Marah

    Jika mereka menganggap yang anda memberi layanan berbeza kepada adik-beradik mereka

     

    Tertekan

    Kerana tanggungjawab tambahan di rumah atau sekolah

     

    Melindungi

    Memberi perlindungan kepada adik beradik mereka dan marah jika orang lain mengejek mereka

     

    Malu

    Dengan perhatian yang tidak diingini semasa keluar bersama keluarga

     

    Bersalah

    Kerana berasa malu atau marah terhadap adik mereka,

     

    Risau

    Ibu bapa mungkin berpisah kerana keadaan keluarga

     

    Prihatin atau marah

    Mengenai peranan masa depan sebagai penjaga adik-beradik dengan autisme mereka

     

    Bantu anak anda menguruskan perasaan mencabar mereka dengan:

    Mengakui perasaan anak-anak anda.

    Sebagai contoh, jika anak anda berkata, “Saya tidak suka bermain dengan Mei Mei kerana dia memecahkan mainan saya”, anda boleh membalas dengan,“Itu pasti sangat mengecewakan.”

    Mendengar dan balas dengan cara yang tidak menghakimi.

    Sebagai contoh, anda mungkin berkata, “Saya tidak marah dengan anda. Beritahu saya apa yang berlaku dan bagaimana perasaan anda.”

    Cari jalan keluar yang sihat untuk menyalurkan perasaan mereka.

    Contohnya, melukis atau muzik boleh menjadi cara yang baik untuk meluahkan perasaan.

    Menampilkan tingkah laku yang anda suka lihat.

    Kongsikan perasaan anda sendiri untuk membantu anak-anak anda memahami perasaan mereka adalah semula jadi. Sebagai contoh, katakan , “Saya juga berasa sedih apabila abang anda berbuat demikian, tetapi tidak mengapa.”

    Sumber

    SibKit 2.0 SibKit adalah buku kecil yang dipenuhi dengan peralatan interaktif dan petua untuk adik-beradik kepada kanak-kanak kurang upaya, yang mengalami kerumitan perubatan atau diagnosa.

    Sibs adalah badan amal berpangkalan di UK yang berusaha memberi sokongan kepada adik-beradik orang kurang upaya. Badan ini mengutarakan pelbagai sumber yang sangat baik/berguna untuk adik-beradik yang muda dan dewasa.

    4. Menetapkan peraturan, peranan dan tanggungjawab keluarga

    Adalah penting bagi kanak-kanak merasakan mereka dilayan secara adil dan mereka membuat sumbangan yang berharga kepada kehidupan keluarga. Ini membantu semua orang untuk bekerjasama sebagai satu pasukan dan mengajar mereka kemahiran hidup yang penting untuk hidup berdikari.

    Berikut adalah beberapa petua:

    Bantu anak anda menguruskan perasaan mencabar mereka dengan:

    Tetapkan peraturan keluarga yang adil: Buat peraturan yang adil dan dikuatkuasakan secara konsisten untuk semua anak anda.

    Mengendalikan tingkah laku secara adil: Sentiasa bersikap adil dan konsisten apabila berhadapan dengan sebarang tingkah laku yang agresif atau menyakitkan hati daripada semua anak anda.

    Berikan tugas yang sesuai dengan umur: Berikan tugas dan kerja yang sepadan dengan umur, kebolehan dan kekuatan anak anda.

    Libatkan anak-anak dalam membuat keputusan: Apabila anak-anak telah cukup matang, sertai mereka apabila membuat keputusan tentang penjagaan saudara kandung dengan autisme mereka.

    Sekiranya keadaan mengizinkan, libatkan anak autistik anda sebagai sebahagian daripada yang membuat keputusan, menggunakan kaedah komunikasi yang sesuai untuk mereka.

    5. Bincangkan masa depan secara terbuka

    Rancang awal untuk keperluan penjagaan masa depan anak dengan autisme anda. Sebaik sahaja mereka cukup matang untuk memahami, bincangkan rancangan ini dengan anak-anak anda yang lain.

    Yakinkan anak-anak anda bahawa walaupun sokongan mereka dihargai, mereka tidak seharusnya berasa tertekan untuk menjadi penjaga adik-beradik autistik mereka. Pendirian ini amat penting semasa kanak-kanak masih muda, kerana memikirkan tentang penjagaan jangka panjang boleh mempengaruhi keputusan kehidupan mereka, seperti pendidikan, kerjaya dan perancangan keluarga. Beban tanggungjawab masa depan juga boleh menyebabkan tekanan mental yang ketara kepada adik-beradik. (Quatrosi et al, 2023).

    Galakkan adik-beradik meluahkan perasaan dan ingatkan mereka bahawa mereka berhak mengidamkan kehidupan dan identiti mereka sendiri, berasingan daripada menjadi adik-beradik kepada seseorang dengan autisme. Tegaskan bahawa ini tidak bermakna mereka kurang menyayangi adik-beradik mereka. Dalam keluarga yang mempunyai ramai anak, adalah wajar bagi sesetengah adik-beradik untuk mempunyai tahap minat yang berbeza terhadap adik-beradik dengan autisme mereka, dan ini tidak akan menimbulkan masalah.

    6. Menggalakkan rangkaian sokongan di luar keluarga

    Mempunyai ahli keluarga dengan autisme boleh menyebabkan seseorang berasa terasing. Kumpulan sokongan keluarga dengan autisme boleh menjadi cara terbaik untuk bertemu orang lain dalam situasi yang sama. Cara pergaulan sosial begini juga memberi peluang kepada anak-anak anda untuk bertemu dengan adik-beradik kanak-kanak dengan autisme yang lain, membantu mereka menyedari bahawa mereka tidak bersendirian dan perasaan mereka adalah semula jadi. Sokongan ini boleh meningkatkan hubungan kekeluargaan.

    Anda boleh menemui kumpulan sokongan formal dan tidak formal di seluruh Malaysia melalui kumpulan Facebook seperti Malaysia Autism Parents Support Group Special Needs (MAPSG), NGO advokasi autisme seperti Persatuan Autism Kebangsaan Malaysia, atau di sekolah anak anda.

    Galakkan anak-anak berdikari dengan mengadakan aktiviti atau hobi yang membantu mereka berhubung dan menjalinkan persahabatan dengan rakan yang menyokong. Jika anak-anak anda menghadapi kesukaran, kaunselor yang dilantik juga boleh membantu.

    Bacaan Tambahan

    Untuk penceritaan tentang pengalaman membesar dengan saudara kandung dengan autism, sila baca

    Menyokong adik beradik daripada keluarga dengan autisme

    Untuk petua bagi adik-adik kepada kanak-kanak dengan autisme, sila baca

    Focus on Young Siblings: Growing Up with an Autistic Sibling

    Untuk petua bagi adik-beradik dewasa kepada individu dengan autism, sila baca

    Focus on Adult Siblings: Navigating the Future

    Terus berhubung!