Menyokong adik beradik daripada keluarga dengan autisme
Butiran utama
- Memahami pengalaman adik-beradik: Fahami cabaran unik dan detik-detik indah yang dihadapi oleh saudara kandung kepada kanak-kanak dengan autistisme.
- Peranan ibu bapa dan penjaga: Ketahui cara bagaimana ibu bapa boleh mewujudkan persekitaran keluarga yang menyokong melalui perbualan jujur dan terbuka tentang autisme dengan mengambil kira perasaan adik-beradik yang terlibat.
- Memperkukuh ikatan kekeluargaan: Cari cara atau jalan yang terbaik untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan melalui masa bersantai dan aktiviti bersama.
- Memaksimumkan sumber yang berguna: Cari buku, video dan sumber lain yang berguna yang menawarkan cerapan dan sokongan. Perlu akur bahawa cara aktiviti yang dikongsi boleh mencipta kenangan manis dan mengeratkan hubungan adik-beradik.
- Perancangan untuk masa depan: Membuat persediaan untuk penjagaan masa depan bagi saudara kandung dengan autisme sambil mengimbangi tanggungjawab dan penjagaan diri.
“Sebagai kakak kepada kanak-kanak dengan autisme bermakna keadaan setiap hari adalah kacau-bilau dan anda tidak dapat menjangka apa yang boleh diharapkan/akan berlaku. Anda tertekan. Anda mengalami huru-hara. Anda mendewasa dengan cepat.”
~ Dipetik daripada:
Bagaimana Rasanya Memiliki Adik Beradik dengan Autisme
Mempunyai adik beradik dengan autisme bermakna mengalami keadaan yang ada kalanya lucu, membawa kegembiraan dan diwaktu yang sama ia adalah cabaran yang unik. Sudah menjadi lumrah untuk mempunyai perasaan bercampur baur tentang keadaan tersebut. Sesiapa yang mempunyai adik-beradik dengan autisme faham bahawa hubungan itu boleh menjadi pasang-surut ibarat rollercoaster. Terdapat saat-saat perselisihan faham dan konflik, tetapi terdapat juga saat-saat kasih sayang yang mendalam dan sokongan yang padu di mana anda akan melakukan apa sahaja untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka.
Apabila seorang kanak-kanak disahkan menghidap autisme, seluruh keluarga perlu menyesuaikan diri dengan keadaan yang mencabar. Adik beradik selalunya terpaksa berkompromi dan menyesuaikan diri dengan keperluan saudara kandung dengan autisme mereka. Ini kadangkala boleh membuatkan mereka berasa terlepas pandang atau cemburu, dan mungkin sukar bagi mereka untuk meneruskan kehidupan sosial dengan perkembangan terkini.
Namun, adik-beradik kepada kanak-kanak dengan autisme sering membesar dengan penuh kasih sayang dan belas kasihan, bertolak ansur serta peka terhadap keperluan orang lain. Mereka juga menjadi lebih berdikari kerana perhatian ibu bapa mereka tertumpu kepada saudara kandung dengan autisme mereka.
Ibu bapa, penjaga dan rangkaian sokongan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan mesra adik-beradik. Dengan membantu adik-beradik memahami autisme dan mengakuri perasaan sukar mereka, mereka boleh memupuk persekitaran yang penuh kasih sayang dan menyokong semua ahli keluarga.
Penceritaan: Membesar bersama saudara kandung dengan autisme
Dengarkan kisah-kisah ketulusan daripada Ara dan Arena, adik-beradik Adam, semasa mereka mengharungi cabaran dan kegembiraan hidup bersama saudara kandung dengan autisme. Episod bermula dengan perspektif Ara, berkongsi pengalaman awalnya dengan autisme abangnya, diikuti dengan kisah Arena tentang bagaimana kehidupan mereka berubah apabila keadaan Adam menuntut lebih perhatian/ memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa mereka.
Autism Diaries EP3 | Luahan Adik Beradik Adam –
Kehidupan Bersama Adam, Pengalaman & Kesan Pada Diri
Autism Diaries EP3 | Luahan Adik Beradik Adam – Kehidupan Bersama Adam, Pengalaman Kesan Pada Diri
Dalami kehidupan Sarah,
seorang remaja dengan autisme, seperti yang dilihat melalui kaca matanya sendiri dan adik-beradiknya.
Menjadi Sarah: Hidup dengan autisme
Petua untuk ibu bapa dan ahli keluarga
Mulakan awal
- Berbincang tentang autisme sebaik sahaja anda fikir anak anda boleh faham, atau sebaik sahaja mereka cukup matang untuk menyedari dan menerima bahawa adik mereka berbeza daripada kanak-kanak lain.
- Gunakan bahasa yang sesuai dengan umur anak anda.
Bersikap terbuka
- Cipta ruang yang selamat untuk anak-anak anda berkongsi pendapat dan bercakap tentang perasaan dan kebimbangan mereka sebagai sebuah keluarga.
- Luangkan masa untuk duduk bersama keluarga anda, seperti melalui mesyuarat keluarga yang lazim diadakan, dan bersikap terbuka tentang perasaan dan pengalaman anda sendiri.
Bersikap jujur
- Gunakan bahasa yang mudah dan tepat untuk menerangkan keadaan anak anda kepada adik-beradik mereka.
- Tanpa maklumat yang tepat, kanak-kanak berkeboleh mungkinan membuat penjelasan/alasan mereka sendiri, dan ini akan menambah kekeliruan dan kerisauan.
Fokus pada kekuatan dan juga cabaran.
- Bantu anak-anak anda yang lain memerhati dan memahami keadaan adik kandung mereka secara keseluruhan.
- Beri tumpuan kepada ciri kekuatan mereka, seperti mempunyai ingatan yang baik, serta cabaran yang mereka hadapi, seperti terharu di tempat yang bising.
Anda boleh menyesuaikan langkah berikut untuk kumpulan umur yang berbeza:
STEP 1 : Beri perhatian kepada apa yang anak anda sudah tahu.
“Adam adalah autistik. Pernahkah anda mendengar tentang autisme?”
“Adakah anda perasan bahawa Adam bermain secara berbeza daripada anda?”
STEP 2: Gunakan bahasa dan konsep mudah yang boleh difahami oleh anak anda.
“Autisme adalah keadaan dimana otak sesetengah kanak-kanak berfungsi secara berbeza. Mereka mungkin bermain dengan cara yang berbeza
menghadapi masalah bercakap atau perasaan tak keruantergangguterharu dengan bunyi yang kuat.”
“Autisme adalah seperti mempunyai cara yang berbeza untuk melihat dan memahami dunia. Tidak menjadiada masalah
untuk seseorang yang itu berbeza. . Ini bermakna kita mungkin perlu mencari cara baharu untuk bermain bersama dan”
memahami antara satu sama lain.”
STEP 3 : Ulangkan penerangan seberapa banyak kali yang perlu. .
Sumber Berguna
Terdapat beberapa buku yang disarankan untuk memberi penerangan tentang autisme kepada kanak-kanak. Sebahagian daripada ini disenaraikan di bawah.
All My Stripes: A Story for Children with Autism oleh Shaina Rudolph and Danielle Royer, Noah Chases the Wind oleh Michelle Worthington, My Brother Charlie oleh Holly Robinson Peete and Ryan Elizabeth Peete, Leah’s Voice oleh Lori Demonia, My Brother Otto oleh Meg Raby, Uniquely Wired: A Story About Autism dab Its Gifts oleh Julia Cook
Selain daripada kedai buku seperti Popular, Kinokuniya dan MPH, anda juga boleh mendapatkan buku-buku daripada:
Perkara Menakjubkan Berlaku! (dengan sari kata bahasa Cina) Projek Amazing Things
Apa itu Autisme? (What is Autism?)
GENIUS Kurnia
Terdapat Semua Jenis Autisme
Yayasan Amal Autisme Iceland untuk Kanak-kanak
Bacaan Tambahan
Fokus pada adik beradik: Strategi praktikal untuk ibu bapa
Untuk petua bagi adik-adik kepada kanak-kanak dengan autisme, sila baca