E-Learning Pembelajaran Kemahiran Penjaga: eCST oleh WHO

Program Latihan Kemahiran Penjaga (CST) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia Program Latihan Kemahiran Penjaga (CST) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah untuk menjaga kanak-kanak dengan ketidakupayaan dan perkembangan perkembangan termasuk autisme.Program ini adalah meningkat skil/kebolehan peniaga menggunakan aktiviti harian untuk mempromosi dan meningkatkan tahap perkembangan serta kebolehan komunikasi anak yang mengalami kelewatan perkembangan, ia sekaligus boleh mengurangkan tingkah laku yang mencabar. CST WHO pada asalnya direka sebagai intervensi kumpulan dimana ia merangkumi 9 sesi secara berkumpulan dan 3 sesi lawatan ke rumah oleh pegawai/pengajar terlatih.

Bagi mereka yang lebih gemar pembelajaran dalam talian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menjadikan CST sebagai kursus latihan kendiri percuma untuk ibu bapa, keluarga, atau sesiapa sahaja yang kerap berhubung dengan kanak-kanak autisme.

“WHO, dengan sokongan daripada Autism Speaks dan bantuan teknikal dari SystemsSeed telah memulakan proses penukaran strategi dan sumber CST WHO semasa untuk memboleh penjaga mengakses pembelajaran ini secara langsung atas talian.Prototaip module pembelajaran atas talian kini sedang dikaji oleh pakar antarabangsa, penyedia perkhidmatan dan pengguna, terutamanya penjaga dan individu-individu/mereka yang memberi sokongan kepada kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan. Program ini mengamalkan pendekatan berteraskan kekeluargaan dan direka untuk dilaksanakan oleh penjaga yang bukan pakar (jururawat, pekerja berasaskan komuniti atau penjaga) sebagai sebahagian daripada rangkaian perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan sosial untuk kanak-kanak dan keluarga mereka.

Fokus kursus atas talian ini adalah untuk/ bagi melatih penjaga berkaitan cara menggunakan permainan dan aktiviti harian di rumah untuk meningkatkan interaksi, penyertaan, pembangunan dan pembelajaran mereka. Sesi ini secara khususnya bertujuan bagi menangani masalah komunikasi, penglibatan, kemahiran hidup harian, tingkah laku mencabar dan mengajar penjaga strategi menangani cabaran,” – WHO

Bagi pendaftaran latihan atas talian:

Buka platform latihan kemudian klik pada butang: Daftarkan saya untuk kursus ini

Kursus ini tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja.

Selain itu, Autism Speaks juga ada menyediakan tujuh video pendek yang berasaskan program latihan CST WHO yang boleh digunakan sebagai panduan petua kepada ibubapa/ penjaga.

Petua ringkas untuk Ibu Bapa, Penjaga Kanak-kanak dengan autisme

Latihan Kemahiran Pengasuh: Menggunakan Play untuk Menggalakkan Penglibatan | Autism Bercakap

Petua ringkas untuk Ibu Bapa, Penjaga Kanak-kanak dengan autisme

CST: Menggunakan Rutin Di Rumah untuk Menggalakkan Penglibatan Mencegah Tingkah Laku Mencabar | Autism Bercakap

Petua ringkas untuk Ibu Bapa, Penjaga Kanak-kanak dengan autisme

Latihan Kemahiran Pengasuh: Mencipta Peluang untuk Berkomunikasi dan Mencegah Tingkah Laku Mencabar | Autism Bercakap

Petua ringkas untuk Ibu Bapa, Penjaga Kanak-kanak dengan autisme

Latihan Kemahiran Pengasuh: Mempromosi dan Menjawab Komunikasi | Autism Bercakap

Petua ringkas untuk Ibu Bapa, Penjaga Kanak-kanak dengan autisme

Menjawab Tingkah Laku Mencabar Mendapat Perhatian | Autism Bercakap

Petua ringkas untuk Ibu Bapa, Penjaga Kanak-kanak dengan autisme

Menjawab Tingkah Laku Mencabar untuk Mengelak Sesuatu | Autism Bercakap

Petua ringkas untuk Ibu Bapa, Penjaga Kanak-kanak dengan autisme

Memperkenalkan Program Latihan Kemahiran Pengasuh | Autism Bercakap

Ikuti perkembangan terkini dengan semua perkara hebat yang kami lakukan