Mengukur Kemajuan/Perkembangan dari Masa ke Masa –
Lembaran Skor ATEC
Mengukur Kemajuan/Perkembangan dari Masa ke Masa – Lembaran Skor ATEC
ATEC adalah singkatan untuk Autism Treatment Evaluation Checklist. Ia merupakan senarai semak yang dapat membantu ibu bapa/pengasuh/ ahli terapi memantau kemajuan anak anda melalui terapi selepas diagnosis.
Anda boleh melayari laman web yang disediakan untuk maklumat tambah : (Autism Treatment Evaluation Checklist (ATEC)Dr. Stephen M. Edelbrock dan Dr. Ronald S. Prinz adalah pencipta lembaran skor ATEC.
Pada tahun 1986, mereka pertama kali menerbitkan ATEC dalam sebuah majalah bertajuk “Journal of Abnormal Child Psychology” sebagai alat untuk mengukur keberkesanan pelbagai jenis model rawatan pada kanak-kanak yang mempunyai masalah gangguan tingkah laku yang serius.
Anggaplah ini seperti kad laporan kemajuan bagi perjalanan autisme anak anda. Ia membantu ahli terapi menilai di mana anak anda memerlukan lebih banyak sokongan dan di mana mereka sudah menunjukkan kemajuan
Anda boleh melayari laman web yang disediakan untuk maklumat tambah : (Autism Treatment Evaluation Checklist (ATEC)
Lembaran Skor ATEC tersedia dalam bahasa Inggeris, Melayu, dan Cina. Versi bahasa dapat diakses di sini:
Versi bahasa boleh diakses di sini:
Cara Membaca Lembaran Skor ATEC:
Lembaran ini mempunyai empat bahagian:
- Ucapan/pertuturan/bahasa/komunikasi
- Sosialisasi
- Kesedaran sensor/kognitif
- Kesihatan/fizikal/tingkah laku
Setiap bahagian mempunyai soalan yang perlu dijawab:
Soalan-soalan ini membantu kita memahami bagaimana anak anda berkelakuan dan berinteraksi dengan dunia luar.
Anda perlu menjawab semua soalan:
Anda akan berkongsi pemerhatian anda mengenai tingkah laku anak anda, dan jawapannya akan direkodkan pada lembaran yang tersedia.
Skor akan dijumlahkan:
Jawapan tersebut kemudian digunakan untuk pengiraan skor pada setiap bahagian. Ini membantu anda memahami kekuatan anak anda dan mengenalpasti di mana mereka memerlukan sokongan tambahan.
Contoh Lembaran Skor ATEC