M-CHAT-R/F Memahami Anak Anda
Nota Penting
Senarai semak M-CHAT – R/F ini boleh diguna pakai bagi mengenal pasti tanda-tanda autisme pada kanak-kanak di bawah umur tiga tahun. Soalan-soalan yang ditanya merangkumi bagaimana anak anda bermain, belajar dan bertindak. Senarai semak ini telah disemak secara saintifik di peringkat antarabangsa dan diguna pakai di seluruh dunia.
![Asset 2](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Asset-2-5.png)
Anda boleh menganggap ia sebagai pemeriksaan kesihatan pantas bagi menentukan tahap perkembangan komunikasi dan sosial anak anda.
Latarbelakang
M-CHAT asal dipelopori oleh Dr. Diana L. Robins dan pasukan penyelidik University of California, di San Diego Amerika Syarikat pada tahun 1999. Senarai semak awal ini bertujuan untuk diguna pakai oleh ibu-bapa dan pegawai atau pakar perubatan, bagi menyaring ciri-ciri autisme pada kanak-kanak kecil.
Seterusnya Dr. Robins dan pasukan penyelidik menyusul dengan pembangunan M-CHAT-R pada tahun 2009. Versi yang disemak semula ini menyelesaikan beberapa kelemahan pada versi lama. Semenjak itu versi terkini ini diterima pakai secara meluas sebagai alat penyaringan yang diyakini bagi meningkatkan pengenalpastian awal dan intervensi untuk kanak-kanak autisme.
Versi M-CHAT-R/F yang tersedia sekarang adalah penambahbaikan terkini daripada M-CHAT-R. Versi terkini ini terus menjadi alat yang bernilai untuk ibu bapa dan pengamal penjagaan kesihatan bagi pengesanan awal autisme (ASD).
Bagaimana M-CHAT-R/F membantu?
1. Pengenalpastian awal adalah pengutamaan
Lebih awal ASD dikenalpasti, maka anak anda boleh mendapat manfaat daripada intervensi bersesuaian dan sokongan padu yang mampu meningkatkan tahap perkembangan anak dan kejayaan masa hadapan.
M-CHAT-R/F boleh anda isi di rumah.
Kaedah ini telah diuji dan disahkan oleh para penyelidik dan diguna pakai oleh pengamal penjagaan kesihatan di seluruh dunia.
M-CHAT-R/F ialah alat saringan, bermakna ia membantu mengenal pasti risiko autisme dalam kanak-kanak yang memerlukan penilaian lanjut. Ia tidak sama sekali mendiagnosis autisme (ASD).
Bagaimana menggunakan M-CHAT-R/F
- Muat turun borang soal selidik
Anda boleh mendapat M-CHAT-R/F atas talian atau memintanya daripada doktor anak anda.
![Design_UsefulLinks_MChatRF_ENG](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Design_UsefulLinks_MChatRF_ENG.jpg)
![Design_UsefulLinks_MChatRF_Malay](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Design_UsefulLinks_MChatRF_Malay.jpg)
![Design_UsefulLinks_MChatRF_CN](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Design_UsefulLinks_MChatRF_CN.jpg)
![Design_UsefulLinks_MChatRF_lelaki](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Design_UsefulLinks_MChatRF_lelaki-1.jpg)
![Design_UsefulLinks_MChatRF_perempuan](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Design_UsefulLinks_MChatRF_perempuan-1.jpg)
- Jawab soalan secara jujur
Berteliti apabila membaca setiap soalan dan sediakan jawapan berdasarkan kelakuan dan tabiat anak anda. Jangan risau jika anda tidak pasti tentang beberapa jawapan; terdapat bahagian susulan untuk memberi penjelasan lanjut.
Harap maklum: Penting untuk kedua-dua ibu bapa meneliti senarai semak ini bersama. Di antara anda berdua mungkin sedar perkara yang berbeza tentang kelakuan anak anda dan berbincang mengenainya boleh membantu anda berdua mengenal pasti persamaan.
- Semak keputusan
M-CHAT-R/F menyenaraikan sistem pemarkahan tertera di laman sesawang yang anda boleh masukkan secara langsung. Sekiranya anak anda beroleh markah tinggi, itu tidak bermakna mereka mempunyai autisme. Sebaliknya, ini bermakna mereka perlu dinilai oleh seorang pakar.
- Berunding dengan pakar pediatrik anda
Kongsi keputusan M-CHAT-R/F anda dengan doktor anak anda. Mereka boleh memberi nasihat yang bersesuaian tentang langkah seterusnya, termasuk pemeriksaan lanjut, rujukan kepada pakar, atau sekadar meyakinkan bahawa anda tidak perlu risau.
Perkara yang perlu diberi perhatian
- M-CHAT-R/F merupakan suatu alat saringan.
Jika anda bimbang tentang tahap perkembangan anak anda, berunding dengan pakar pediatrik anda tanpa mengira keputusan M-CHAT-R/F.
- Intervensi awal adalah penting untuk kanak-kanak dengan ASD,
- M-CHAT-R/F bukan pengganti diagnosa oleh pakar atau professional berkaitan.
Nota Penting
M-CHAT tidak mendiagnosis autisme. Jika anda risau tentang anak anda, sentiasa bincangkan dengan doktor atau profesional kesihatan yang berkaitan.