Memahami #ActuallyAutistic:
Perkongsian Suara Autistik
Perjalanan dunia autisme boleh dianggap suatu pengalaman yang penuh cabaran dan pembelajaran bagi ibu bapa. Anda mungkin pernah melibat hashtag #ActuallyAutistic di media sosial seperti Instagram™ dan TikTok™. Apa maksudnya, dan mengapa ia penting?
Banyak perkara yang anda dengar tentang autisme biasanya datang daripada orang yang bukan autistik.
Sekarang dengan #ActuallyAutistic dalam media sosial, terdapat ramai orang autistik yang aktif dalam perkongsian pengalaman autisme mereka sendiri. Jika anda autistik, ini adalah satu cara yang mudah untuk mencari golongan masyarakat yang melalui pengalaman yang sama dan untuk memahami diri dengan lebih baik.
Mengapakah ianya penting:
Perspektif Asli/ Tulen
membantu anda mendengar perspektif orang autistik. Ini boleh mengajar anda dengan lebih mendalam tentang perasaan sebenar anak anda, apa yang mereka sukai, dan cabaran yang mereka hadapi. Pemahaman ini dapat memupuk komunikasi yang lebih baik dan hubungan yang lebih rapat dalam keluarga.
Mengubah Perspektif Kejayaan
Gerakan #ActuallyAutistic mempersoalkan apa yang dimaksudkan dengan pemikiran “biasa” atau “normal” dan untuk menyokong neurodiversiti. Sebaliknya, ibubapa mungkin boleh menilai kejayaan melalui kekuatan dan kebolehan istimewa individu anak mereka, berbanding dengan pandangan masyarakat. Perubahan perspektif ini boleh meningkatkan rasa harga diri dan membawa ketenangan bagi individu dan keluarga mereka.
Mencari Sokongan dan Persahabatan
adalah komuniti yang besar. Ramai ibu bapa seperti anda akan memahami situasi yang sama, boleh berkongsi pengalaman, dan membantu anda ketika melalui cabaran.
Mempertingkatkan pembelajaran
#ActuallyAutistic
mempunyai kisah pandangan peribadi dan artikel dari perspektif seseorang autistik. Ia boleh membantu anda memahami autisme dengan lebih baik dan menyokong anak anda atau diri anda sendiri dengan lebih berkesan.
Kita boleh menganggap #ActuallyAutistic sebagai penanda bahawa orang autistik mempunyai perspektif unik, layak didengari dan dihormati. Dengan berbuat demikian, ianya adalah suatu langkah besar ke arah masa depan yang lebih cerah untuk anak anda dan semua yang autistik.
Berikut adalah perkongsian oleh orang-orang autistik dari Malaysia tentang perjalanan mereka.
Beatrice Leong, orang dewasa yang autistik, berkongsi perjalanannya di bawah:
Learning to Be Human Through My Autism | Beatrice Leong | TEDxUKM