Mengatasi Kehilangan
Mempersiapkan Individu Autistik untuk Menghadapi Kehilangan
Adalah penting bagi rangkaian sokongan individu autistik, terutamanya bagi mereka yang sangat bergantung kepada ibu bapa atau penjaga, untuk menyediakan suatu pelan/rancangan dalam membantu mereka bersiap sedia dan mengatasi kematian.
Berikut adalah beberapa tip untuk mempersiapkan individu autistik menghadapi penyakit serius atau kematian, cara menyampaikan berita kehilangan, dan cara mengenang serta memperingati arwah:
Untuk Anak Autistik
dan Remaja
Untuk
Orang Dewasa Autistik
Proses ini adalah mencabar, tetapi anda tidak perlu menghadapinya bersendirian. Kami juga mengesyorkan anda supaya mendapatkan sokongan dari individu atau kumpulan yang boleh membantu anda melalui masa yang penuh emosi ini.
Menyokong Kanak-Kanak dan Remaja
Mempersiapkan Anak Anda untuk Kehilangan
Mengajar sebelum kehilangan berlaku
Kematian adalah konsep yang rumit dan abstrak. Gunakan istilah yang mudah untuk menerangkan kematian, sebagai contoh apabila seseorang meninggal dunia, mereka tidak lagi boleh bernafas, bergerak atau makan. Terangkan kematian sebagai sebahagian daripada kehidupan dengan menggunakan contoh yang mereka boleh lihat, seperti lalat mati di tingkap, atau kitaran hidup tumbuhan.
Anda juga boleh memperkenalkan konsep kematian dengan menggunakan situasi harian, seperti kematian rakan sekerja atau kematian seseorang yang terkenal. Biarkan anak anda melihat bagaimana anda bereaksi terhadap kehilangan untuk membantu mereka belajar tentang emosi. Jika sesuai, pertimbangkan untuk membawa anak anda menghadiri majlis pengebumian atau upacara peringatan.
Adalah membantu untuk mempersiapkan anak anda untuk kematian anda sendiri pada masa akan datang dengan berbicara tentang masa depan di mana anda tidak lagi bersama mereka. Filem, buku, berita, cerita tentang orang yang mereka kenal atau permainan boleh digunakan untuk memulakan perbualan.
Perlu diingat bahawa perasaan sedih bukan hanya untuk kehilangan orang. Kematian haiwan kesayangan yang dicintai juga boleh menimbulkan kesedihan yang sama mendalam seperti kehilangan rakan atau ahli keluarga.
Mulakan dengan penyakit
Jika kematian seseorang yang rapat sudah dijangka, mulakan dengan perlahan-lahan mempersiapkan anak tersebut terlebih dahulu. Terangkan apa yang akan berlaku di hospital, pengebumian, dan majlis peringatan. Jika boleh, lawati tempat-tempat ini terlebih dahulu atau lihat gambar bersama untuk membiasakan anak tersebut.
Sebelum melawat hospital/hospis, beritahu anak tentang sebarang perubahan yang mungkin mereka perhatikan pada orang yang sakit, seperti perubahan dalam penampilan, bunyi, atau rasa. Terangkan kehadiran peralatan perubatan seperti saluran intravena atau peralatan bantuan penafasan / ventilator dan terlebih dahulu pastikan anda memberitahu bahawa ini mungkin bising.
Kekalkan Rutin Harian
Cuba kekalkan rutin harian sedekat mungkin dengan rutin biasa anak. Jika akan ada perubahan, jelaskan dengan jelas terlebih dahulu. Beritahu anak siapa yang akan membawa mereka ke sekolah atau aktiviti mereka, menggunakan bahasa yang jelas dan konkrit. Gunakan gambar dan foto untuk membantu menerangkan orang atau tempat baru, seperti gambar pengasuh baru atau hospital.
Gunakan Cerita Sosial
Mempersiapkan anak anda untuk kematian anda sendiri atau seseorang yang dekat boleh menjadi sangat sukar. Membuat Cerita Sosial terlebih dahulu boleh membantu.
Mencipta Cerita Sosial?
Cerita Sosial ini boleh membantu mempersiapkan anak untuk lawatan ke hospital/hospis, pengebumian, dan majlis peringatan. Cerita tersebut harus termasuk butiran penting (contohnya, rupa keranda, rupa mayat, bahawa orang mungkin menangis, dan lain-lain). Di mana sesuai, gambar generik harus digantikan dengan foto sebenar (contohnya, foto hospital, gereja, dan lain-lain).
Pertimbangkan untuk meminta orang tertentu mengambil gambar dan video semasa pengebumian. Ini boleh mengingatkan anak anda tentang apa yang berlaku dan boleh ditambahkan ke dalam Cerita Sosial yang anda sediakan.
"Menghadapi Subjek Kematian Secara Langsung"
Click to read about Jacquelyn Ang’s moving account with a high support needs autistic child here.
Menyampaikan Berita Kehilangan
Bercakap tentang situasi kehilangan, jangan mengelak
Apabila bercakap dengan anak anda tentang kematian, gunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami. Daripada mengatakan bahawa seseorang telah “pergi ke tempat yang lebih baik” atau “pergi tidur,” beritahu dengan jelas bahawa mereka telah meninggal dunia.
Menjelaskan kematian adalah penting kerana penjelasan yang samar boleh menyebabkan anak anda salah faham mengapa orang tersebut tidak lagi hadir. Contohnya, anak anda mungkin berfikir orang yang mereka sayangi telah pergi kerana alasan lain, seperti orang itu meninggalkan mereka kerana tidak lagi menyayangi mereka.
Jika sistem kepercayaan anda merangkumi konsep seperti Syurga, jelaskan bahawa Syurga bukanlah tempat yang boleh dikunjungi, seperti sebuah bandar di peta. Ini membantu mengelakkan anak anda daripada berasa keliru atau kecewa tentang mengapa mereka tidak boleh ke sana untuk melihat orang yang mereka sayangi atau mengapa orang tersebut tidak kembali untuk melawat.
Memberi Keselesaan dan Kepastian
Jika seseorang yang dekat dengan anak anda meninggal dunia, anak anda mungkin bimbang kehilangan anda juga. Penting untuk meyakinkan mereka bahawa anda masih ada untuk menjaga mereka dan bahawa terdapat orang lain yang menyokong dalam hidup mereka.
Pantau berapa kerap anak anda mencari kepastian. Adalah normal untuk mereka memerlukan keselesaan tambahan pada masa ini, tetapi perhatikan jika ia mula menjadi tingkah laku kompulsif. Jika ya, tangani dengan lembut dengan mempromosikan cara mengatasi yang sihat.
Cari Cara untuk mengingat
Apabila seorang kanak-kanak kehilangan seseorang yang penting seperti ibu bapa atau penjaga, mengingati orang tersebut adalah bahagian penting dalam mengatasi kesedihan. Walaupun orang tersebut tidak lagi hadir secara fizikal, ikatan emosi masih kuat. Kenangan membantu anak memahami siapa yang mereka tangisi/ rindu dan mengapa.
Galakkan anak untuk bercakap tentang orang yang telah meninggal dunia. Terangkan bahawa adalah okay untuk merindui mereka dan berkongsi kenangan, walaupun mereka tidak dapat melihat atau bercakap dengan mereka lagi. Beri anak banyak peluang untuk menyatakan perasaan dan minda mereka.
Anda juga boleh membantu dengan berkongsi kenangan dan perasaan anda sendiri tentang orang tersebut. Lihat gambar bersama-sama dan ceritakan kisah tentang mereka. Ingat, mungkin mengambil masa untuk anak memahami sepenuhnya kehilangan mereka, dan mereka mungkin ingin bercakap mengenainya walaupun selepas lama.
![Element_CopingWithLoss_1](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Element_CopingWithLoss_1.jpg)
Barang peribadi
Sepotong kain dari pakaian arwah boleh disimpan dalam poket atau dijadikan bantal untuk keselesaan.
![Element_CopingWithLoss_2](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Element_CopingWithLoss_2.jpg)
Buat kotak memori
Kotak ini boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Surat dan mesej untuk anak anda dengar, tonton atau baca selepas pengebumian
- Rakaman dan video mereka bersama anak anda
- Pemacu memori dengan video atau muzik yang disukai oleh arwah
- Gambar anak anda dan orang yang mereka sayangi yang telah meninggal dunai melakukan aktiviti biasa bersama-sama
- Barang-barang peribadi yang istimewa kepada arwah dan barang-barang dengan bau mereka seperti minyak wangi
![Element_CopingWithLoss_3](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Element_CopingWithLoss_3.jpg)
Peringatan deria
Cuba sertakan barang-barang yang anak anda boleh lihat, dengar, bau dan sentuh apabila mereka merindui orang yang telah meninggal dunia.
![Element_CopingWithLoss_4](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Element_CopingWithLoss_4.jpg)
Garis Masa Visual
Mengatur gambar untuk mencipta garis masa membantu membangkitkan kenangan peristiwa penting dan membina cerita kehidupan orang tersebut.
Aktiviti dan barang-barang ini boleh memberikan cara yang bermakna untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang berkabung untuk berhubung dengan dan mengingati seseorang yang penting yang telah meninggal dunia.
Bacaan Tambahan
Untuk
Orang Dewasa Autistik
Menyokong Orang Dewasa
Mempersiapkan Kehilangan
Pendidikan
Sebelum menghadiri pengebumian atau sebarang majlis berkaitan kematian, adalah penting untuk menjelaskan dengan jelas kepada orang tersayang dengan autisme tentang apa yang akan berlaku. Orang dengan autisme sering mengambil perkara secara literal, jadi jelaskan secara langsung jika si mati akan dikebumikan atau dibakar, dan apa yang mungkin mereka lihat, seperti keranda atau urn. Melawat tempat tersebut terlebih dahulu untuk membiasakan mereka dengan persekitaran boleh membantu.
Kepercayaan agama tentang kehidupan selepas mati, seperti malaikat atau Syurga, boleh menenangkan sesetengah orang tetapi mengelirukan yang lain kerana sifatnya yang abstrak. Sesuaikan penjelasan kepada apa yang kelihatan paling membantu bagi individu tersebut.
Komunikasi
Gunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami apabila membincangkan apa yang akan berlaku di majlis tersebut, dengan memperincikan apa dan siapa yang mungkin mereka lihat, dengar, rasa dan bau. Sediakan mereka untuk interaksi sosial yang mungkin, seperti menerima ucapan takziah, dan bincangkan pakaian yang sesuai serta bagaimana mereka mungkin ingin mengambil bahagian, memastikan mereka selesa dengan sentuhan fizikal dan norma sosial.
Mencontohi
Jika perlu, tunjukkan kepada mereka cara untuk bertindak balas terhadap interaksi biasa yang mereka akan hadapi, seperti orang yang menawarkan ucapan takziah. Melatih tindak balas ini boleh mengurangkan kebimbangan sosial dan menyediakan mereka untuk jenis komen dan gerak isyarat yang mungkin mereka hadapi di majlis tersebut.
Tawarkan Pilihan
Biarkan orang tersayang anda memilih sejauh mana mereka ingin terlibat dalam majlis tersebut. Jelaskan dengan jelas apa yang akan berlaku, seperti berdoa, berlutut, atau melafazkan. Sentiasa beri mereka pilihan supaya mereka boleh turut serta dengan cara yang membuat mereka berasa selesa.
Bantuan
Pastikan mereka mempunyai rangkaian sokongan di sekeliling mereka semasa kejadian, terutamanya jika rangkaian sokongan sedia ada akan sibuk mengendalikan persiapan kematian. Rancang lebih awal untuk keperluan mereka, seperti menjadualkan waktu rehat atau mempunyai alat bantuan seperti alat penenang.
Proses
Selepas kejadian, bersedia untuk membantu mereka memproses pengalaman mereka. Hormati kesediaan mereka untuk berkongsi fikiran dan emosi mereka dengan menyediakan sokongan semasa mereka menangani perasaan mereka.
Menyampaikan Berita Kehilangan
Menyampaikan Berita
Apabila berkongsi berita kematian dengan seseorang yang menghidap autisme, gunakan bahasa yang jelas dan jujur untuk memastikan mereka memahami perkara yang telah berlaku. Daripada menggunakan istilah yang lebih lembut seperti meninggal dunia, gunakan perkataan langsung seperti meninggal untuk lebih jelas. Sesuaikan penjelasan anda dengan tahap pemahaman mereka.
Fahami Reaksi Mereka
Jangan mengharapkan reaksi biasa. Individu yang mempunyai autisme mungkin kelihatan tenang tetapi mungkin mengalami reaksi dalaman yang sengit. Mereka mungkin kehilangan keupayaan untuk berkomunikasi, tidak menunjukkan emosi mereka, menarik diri, atau mengabaikan berita. Ingat, setiap orang dan cara mereka mengendalikan berita mungkin berbeza.
Belajar dari Masa Lalu/ Pengalaman
Fikirkan kaedah komunikasi yang terbukti berkesan sebelum ini dengan orang ini. Gunakan pengetahuan anda tentang keperluan mereka untuk membimbing cara anda menyampaikan berita, sama ada mengenai kematian atau penyakit serius.
Berikan Jaminan
Yakinkan mereka bahawa perasaan mereka adalah sah dan sokongan berterusan akan diberikan. Jelaskan bahawa hubungan mereka dengan si mati masih boleh dihormati melalui ingatan, tradisi, dan tingkah laku, walaupun ia mungkin kelihatan tidak logik bagi mereka.
Cari Cara untuk mengingat
Mengingati orang tersayang yang telah meninggal dunia boleh membawa keselesaan dengan memgenang hubungan dengan mereka, walaupun ia boleh menyakitkan perasaan, terutamanya sejurus selepas kematian. Berikut ialah beberapa cara untuk mengingati seseorang, yang boleh anda kongsi dengan orang autistik yang anda sokong. Perlu diingat, perkara yang membawa keselesaan kepada seseorang autistik mungkin tidak serupa atau berbeza-beza bagi setiap orang dan boleh berubah mengikut perubahan masa.
![Element_CopingWithLoss_5](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Element_CopingWithLoss_5.jpg)
Simpan Foto
Mempunyai foto si mati boleh mengingatkan tentang masa gembira bersama, walaupun bagi sesetengah orang, ia mungkin peringatan yang menyakitkan.
![Element_CopingWithLoss_6](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Element_CopingWithLoss_6.jpg)
Pakai Barangan Mereka
Memakai pakaian atau barang kemas si mati, seperti baju, atau cincin kegemaran, boleh membantu merasakan sambungan dengan mengingati semula bauan atau saat-saat yang dikongsi mereka.
![Element_CopingWithLoss_7](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Element_CopingWithLoss_7.jpg)
Cipta Seni atau Penulisan
Menulis surat, puisi atau lukisan tentang si mati boleh membantu meluahkan perasaan. Ini boleh dikongsi dengan orang lain atau dirahsiakan.
![Element_CopingWithLoss_8](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Element_CopingWithLoss_8.jpg)
Kongsi Kenangan
Bercakap tentang detik istimewa bersama si mati boleh membantu mengekalkan ingatan mereka.
![Element_CopingWithLoss_9](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Element_CopingWithLoss_9.jpg)
Lawati Tempat Bermakna
Pergi ke tanah perkuburan atau tempat yang pernah dikunjungi bersama boleh melahirkan rasa lebih dekat.
![Element_CopingWithLoss_10](https://marf.org.my/wp-content/uploads/2024/07/Element_CopingWithLoss_10.jpg)
Gunakan Cerita Sosial
Bacaan Tambahan
Untuk Anak Autistik
dan Remaja