Pengenalan MARF

TENTANG KITA

Yayasan Sumber Autisme Malaysia (MARF) ditubuhkan kerana kami memahami cabaran unik yang dihadapi masyarakat dalam membesarkan kanak-kanak autisme di Malaysia. Kami juga tahu bagaimana susahnya untuk mengharungi persekitaran autisme yang sentiasa berubah. Pendekatan pembelajaran mengenai autisme yang sering dikeluarkan juga boleh menambah kesukaran terhadap para ibu bapa dalam proses mencari jalan yang terbaik untuk anak-anak mereka, atau orang dewasa dengan autisme.

Disinilah MARF memainkan peranan dalam membantu perjalanan anda. Kami sebagai rakan anda yang berdedikasi, menawarkan sumber berasaskan bukti, perhubungan yang menyokong, dan menubuhkan sebuah masyarakat yang meningkatkan kesedaran terhadap neurodiversiti dan menerima autisme dengan hati yang terbuka.

Para pengasas, penasihat, dan ahli komuniti kami yang bekerja dan berkhidmat di dalam persekitaran-persekitaran yang menyokong autisme, berada disini untuk menyokong perjalanan anda. Perbadanan kami akan mengumpul, menyusun, dan menterjemah maklumat terkini kepada pelbagai bahasa untuk jelas difahami dan diakses oleh khalayak ramai.

MISI KAMI

MARF berdedikasi untuk Objektif berikut dalam Memperkasakan Perjalanan Anda Dalam Membesarkan Anak Autistik.

Membina Kefahaman dan Sokongan: Memperkasa Masyarakat Autisme di Malaysia

MARF percaya kepada potensi unik setiap kanak-kanak dan individu autistik. Kami nekad memperkasakan pengetahuan berasaskan bukti tentang intervensi dan kaedah pendidikan yang terdapat di Malaysia, sama ada dari segi panduan tentang terapi, menavigasi sistem sekolah, persiapsediaan untuk bekerja atau sekadar menghargai detik manis sebagai ibu bapa. Kami secara aktif menggalakkan pemahaman, penerimaan dan meraikan neurodiversiti dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk Rangkaian Sokongan Inklusif: Pendidikan dan Latihan

MARF berhasrat untuk membina rangkaian sokongan yang kukuh dan inklusif untuk komuniti autisme di Malaysia. Kami berhasrat untuk menyediakan sumber pendidikan yang mudah difahami dan boleh digunakan oleh keluarga, penjaga, guru, ahli terapi dan penyedia perkhidmatan. Bahan dan sumber kami akan merangkumi pelbagai topik, dari strategi intervensi awal hingga keperluan deria dan menggalakkan pemahaman pelbagai komunikasi sosial.

Dengan menawarkan sumber yang berbilang bahasa dan latihan, kami memastikan akses untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang atau kefasihan bahasa. Bersama, kita boleh mencipta rangkaian di mana semua diberi kuasa untuk menyokong dan memahami individu autistik melalui peringkat kehidupan mereka yang berbeza, dari kecil sehingga ke dewasa.

Memajukan Amalan Berasaskan Bukti: Memperjuangkan Neurodiversiti dan Kekuatan Individu

Di MARF, kami adalah penyokong amalan berasaskan bukti yang memeluk neurodiversiti dan meraikan kekuatan individu.

Melalui kerjasama bersama pakar dan pihak komuniti, kami berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif di mana setiap kanak-kanak autistik boleh berkembang maju. Kami akan berusaha untuk menggalakkan penerimaan dan meraikan neurodiversiti sebagai sebuah aset dalam komuniti Malaysia.

Sertai kami dalam perjalanan ini dengan mengunjungi perpustakaan sumber kami, berhubung bersama komuniti sokongan kami untuk memperkasakan potensi unik anak anda. Bersama, kita boleh membina masa depan yang lebih cerah untuk komuniti autisme di Malaysia, di mana pemahaman, penerimaan dan penyambutan diraikan.

Ikuti perkembangan terkini dengan semua perkara hebat yang kami lakukan